chapter 59✔️

732 19 1
                                    

"Saya nak jumpa Tuan Firdaus".

P.A Tuan Firdaus menekan interkom di atas mejanya. Seketika kemudian, terdengar suara pada interkom.

"Tuan, ada orang nak jumpa Tuan".

"Siapa?".

Wanita itu memandang Dania. Seakan mahu menanyakan namanya.

"Dania Izreen".

"Dania Izreen, Tuan".

"Suruh dia masuk".

Wanita itu bangun lalu dia menuju ke arah pintu yang tertulis "CEO".

Dania membongkokkan sedikit badannya berserta satu senyuman.

"Terima kasih Mary".

"Sama sama Dania".

Tidak sempat untuk membuka pintu, Nama Dania dipanggil.

"Dania nanti kalau nak bercakap dengan Tuan Firdaus, hati hati tau. Tuan Firdaus itu orangnya panas baran. Kalau orang tak ikut jejak dia, mula lah dia nak naik angin". Ujar Mary.

Dania menarik senyuman nipis.

"Saya tahu Mary. Dia bapa saudara saya..".

Mary nampak terkejut. Dia segera menunduk.

"Maaf cik Dania. Sa-ya tak tahu yang cik anak saudaranya..". Terketar Mary memohon maaf.

Dia dah mengumpat bapa saudara di hadapan anak saudara. Arghh!

Dania tergelak. Dia mengusap perlahan bahu Mary.

"It's okay Mary. Saya tahu yang dia tu takde perangai baik. Saya selaku anak saudara dia pun tak anggap dia bapa saudara saya. Perangai tak semenggah. Saya masuk dulu". Ujar Dania selamba. Pintu dikuak lalu ditutup rapat oleh Dania.

Mary tercengang dengan kata kata Dania.

Hebat sekali!

Tapi bagus jugak Dania cakap macam tu. Dia sokong seratus peratus.

Dia masih ingat lagi peristiwa dimana maruah dia sudah tercalar disebabkan lelaki tua itu. Mahu berhenti, perlu bayar RM100,000 sebagai ganti. Mana ada duit sebanyak tu. Terpaksa lah dia kerja hingga habis kontrak selama 10 tahun.

Haih.

*********

Tuan Firdaus menarik senyuman sinis tatkala melihat anak saudaranya masuk ke dalam bilik nya.

"Kenapa Dania datang jumpa uncle? Ada berita baik?". Soal Tuan Firdaus.

Dania menatap tajam kearah bapa saudaranya.

"Saje. Nak tengok jugak macam mana keadaan uncle. Masih sihat ke atau sudah sakit..".

Tuan Firdaus mengangkat kening. Keliru dengan kata kata anak saudaranya.

"Yelah. Buat perkara terkutuk sampai lupa yang masih ada lihat perbuatan kita di dunia ni..". Ujar Dania selamba.

Tuan Firdaus berdecit.

Anak saudaranya dah melampaui batas.

"Kau kenapa takde adab sangat ni. Ingat yang aku ni bapa saudara kau tau. Jangan sampai daddy kau pukul teruk kau..".

Dania mencebik. Ugutan itu bagai angin sahaja pada pendengarannya.

Matanya meliar ke segenap bilik itu. Semua warna hitam.

Takde taste betul orang tua ni.

"Macam mana plan Kita?". Soal Tuan Firdaus selepas suasana sunyi seketika. Dia sedikit gelisah mennantikan kata kata Dania.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now