Memang Puan rita ni tak lokek dengan nasihat dan pesanan penaja dia la.

Nadia angguk. Dia kemudian berlalu pergi kearah kereta Hana. Hana pula sudah lama menaiki kereta kerana ingin memanaskan dahulu enjin kereta.

"Bawa elok-elok. Sampai KL telefon umi..". Jerit Puan Rita sedikit kuat.

"Baik umi. Pergi dahulu. Assalamualaikum".

"Waalaikumusam".

Moga perjalanan mereka baik baik sahaja.

***********

Cafe Garden dihadapan dipandang mereka berdua.

Hana memalingkan wajahnya kearah Nadia yang seakan senyap.

"Kau okay tak? Nervous pelik je aku tengok kau ni. Dah kenapa?". Soal Hana pelik. Selalunya kalau sampai cafe, Nadia lah orang pertama jejak masuk pintu cafe ni. Tapi tidak pada harini. Nampak macam gemuruh?

Nadia mengetap bibir. Tangannya digenggam erat. Ingin menghasilkan haba.

"Pfftt...".

Nadia berpaling kearah gerangan yang suka. Dijeling geram Hana yang ketawa tak ingat dunia!

"Kau kenapa tiba-tiba gelak. Kena sampuk?". Soal Nadia geram.

"Kau la. Dah kenapa gabra tahap gajah sekarang. Masuk cafe je kut. Bukannya nak ajak pergi kahwin. Ish kalau kahwin betul-betul ni, aku rasa kau pengsan terus". Ujar Hana lalu membuka pintu cafe .

"Dia takde harini. Dia call aku semalam cakap yang harini shift Yuna pulak..". Sambung Hana kembali.

Macam tahu tahu je si Nadia ni takut bertemu pujaan hati.

Nadia mengemam bibir lalu melangkah masuk kedalam cafe.

Matanya meliar memandang sekeliling. Ingin memastikan bahawa orang yang dia ingin jumpa tiada.

Line clear..

Alhamduli--

"Puan Hana..".

Ya Allah!

Peluh kembali bermaharajalela di segenap wajah. Hujung blouse dimain kasar. Ingin menghilangkan debaran yang bertandang dihati. Wajah si penegur tidak dipandang.

Malu!

"Eh Khai. Harini bukan awak off ke? Bukan harini shift Yuna?". Soal Hana sedikit pelik.

Khai tersengih lalu menggaru belakang lehernya.

"Ermmm haah puan Hana. Ta-tapi Khai datang kerja hari ini sebab-".

"Nak jumpa buah hati ke?". Sampuk Hana memintas percakapan Khai. Terlakar senyuman mengejek di wajah Hana.

Wajah Khai merah. Telinganya auto bertukar merah. Kulit dia putih jadinya mudah untuk mengecam kalau dia marah ke, menangis ke, malu ke.

Ehek!

"Ma-mana ada Puan Hana".

Hana tergelak. Dia memandang Nadia yang berdiri kaku sahaja di belakangnya sambil bermain hujung blouse nya.

"Ni hah. Si pujaan hati Khai dah masuk kerja balik. Dia kata rindu Khai. Jadinya saya ajak dia kerja sini balik. Bolehlah lepaskan rindu di kedua hati merpati sejoli ini". Ujar Hana galak. Dia memandang Khai dan Nadia selih berganti.

Shy shy cat pulak. Aku hempuk kang dua ekor ni terus jumpa Ayah Pin.

"Ouh ahhh haah iyeee..".

Hana terjongket keningnya.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now