chapter 59✔️

Začít od začátku
                                    

Dania memandang Tuan Firdaus. Dia mengeluh perlahan. Dia duduk di kerusi yang terdapat pada meja kerja Tuan Firdaus. Dania menyilangkan kaki dan berpeluk tubuh sambil matanya memandang tajam ke arah Tuan Firdaus.

"Dania taknak teruskan..".

Tuan Firdaus terpaku. Mulutnya sedikit ternganga.

"What the f**k". Meja kerjanya ditepuk kuat. Sedikit laju mahu retak.

Dania tidak terkejut kerana dia tahu yang bapa saudaranya panas baran. Sudah lali.

Tuan Firdaus memandang tajam kearah Dania.

"Kau kenapa nak berhenti tiba tiba?". Soal Tuan Firdaus tegas.

"Nia taknak buat kerja ni lagi. Nia nak cuci tangan dah. Nia nak stop. Nia dah tak simpan perasaan lagi pada Haris. Cukuplah rumah tangga dia musnah sebab perbuatan uncle sendiri..". Ujar Dania serious. Matanya memandang tepat ke arah wajah Tuan Firdaus yang berkerut.

Tuan Firdaus mengurut pelipisnya perlahan

"Kau tahu kan. Plan kita ni dah nak berjaya. Kau sendiri yang cakap pada aku yang kau nak rampas Haris dari perempuan tak guna tu. Dan sekarang Haris nak ceraikan perempuan tu. Peluang dah ada depan mata Nia. Kamu nak apa lagi. Dah cukup baik tau sebab uncle setuju dengan rancangan kamu walaupun masa tu uncle taknak pun terlibat dengan semua ni..". Jelas Tuan Firdaus.

Dania tersenyum sinis.

"Uncle tak setuju masa tu? Bukan uncle sendiri yang memang nak hancurkan Haris masa tu sebab Haris dah maju ke hadapan dalam dunia bisnes. Uncle sendiri yang nak runtuhkan empayar bisnes Haris. Uncle tak ingat? Merayu pada Dania supaya ikut rancangan uncle. Tak ingat?". Soal Dania penuh sinis.

Tuan Firdaus berdecit.

"Memang lah. Satunya sebab uncle sendiri yang nak hancurkan Haris. Biar dia rasa apa yang uncle rasa sekarang. Tapi bila kamu datang bagitau uncle yang kamu nak rampas Haris dari perempuan tu, uncle terus setuju sebab impian Kita sama. Kamu nak perempuan tu hancur supaya kamu boleh bahagia dengan Haris. Dan uncle nak Haris jatuh dalam dunia bisnes".

Dania menggeleng.

"Dulu. Sekarang, Dania nak stop dari semua ni. Biarlah uncle nak marah sekalipun. Dania dah taknak teruskan". Ujar Dania tegas.

Tuan Firdaus tergelak sinis. Dia memandang wajah Dania dengan pandangan sinis.

"Betul?".

Dania mengangguk.

"Baiklah. Kamu yang nak stop. Tapi uncle tidak. Uncle akan teruskan rancangan ni sehingga berjaya. Tiada siapa yang boleh halang uncle walaupun kamu sendiri". Ujar Tuan Firdaus yakin.

Dania mengangkat kening . Dania menarik senyuman.

"Are you sure Tuan Firdaus? Yakin dengan rancangan uncle?".

"Yup".

"Okay then..".

Dania bangun daripada kerusi. Dia mengambil barangan daripada beg nya. Satu sampul surat berwarna coklat diambil dan diletakkan di hadapan Tuan Firdaus. Dania senyum senget.

"Uncle teruskanlah plan uncle. Dania tak kisah. Ini semua bukti menandakan yang uncle pernh buat jahat. Dania harap uncle berjaya dengan plan uncle tapi tak sempat sebab meringkup di penjara dulu". Ujar Dania sinis.

"Oh satu lgi. Dania tak izinkan untuk uncle sentuh sikit pun Hana. Walaupun satu jari. Dania banyak pasang mata. Jangan sampai uncle sendiri yang jatuh dalam tangan Dania..".

Dania berlalu pergi.

Dia harap dengan buat semua ni dapat Hana memaafkan dirinya.

Maafkan aku, Hana..

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Kde žijí příběhy. Začni objevovat