"Awak dah kenapa?". Soal Hana pelik. Yer lah. Tiba-tiba je tarik orang ni.

Haris tersenyum.

"Jom lah keluar. Abang ada suprise untuk sayang ni".

"Suprise apa pulak ni. Saya mengantuk ni. Jom lah kita pergi check in hotel dulu ke". Gumam Hana perlahan sambil menahan kantuknya.

Haris tersenyum sinis. Dia tidak mendengar malah menarik lembut tangan Hana supaya mengikutinya. Tidak jadilah suprise dia kalau tidak tunjuk sekarang.

"Ish nanti-nantilah tidur tu. Jom pergi dulu ye sayang. Japgi abang janji yang Kita terus ke hotel tau". Ujar Haris perlahan lalu menutup pintu dan menarik lembut Hana untuk ikutinya ke dalam kawasan itu.

Suprise dia ni lebih menarik tau dari kfc Hana tu.  Tunggu je ye.

Hana hanya ikut. Malas nak bantah. Kalau bantah pun,macam lah dia boleh balik hotel nak tidur. Sambil tahan mengantuknya, dia terus berjalan sambil dipimpin erat oleh Haris yang membawa dirinya entah ke mana. Pergilah, asalkan jangan tinggal dia sorang diri dekat sini.

Haris tidak sabar untuk menunjukkan suprise pada isterinya. Pasti isterinya akan suka lebih daripada kfc dia. Dan dia pasti, Hana akan terus lupa pada kfc nya. Wkwkwkwk.

"Abang nak bawak sa.....". Mata Hana terbentang luas setelah dia dapat mengagak di mana dia berada sekarang.

Cantik!

Itu perkataan pertama yang keluar di mulut dia. Sangat cantik. Dengan pelbagai warna yang disusun rapi. Ada putih, ungu, pink dan banyak lagi.

Hana yang teruja terus memeluk Haris tanpa mengira pandangan orang lain. Yang pasti, dia sangat gembira sekarang. Haris seakan tahu yang dia sangat meminati bunga.

Dan sekarang, Haris bawa dia ke kawasan lavender.

Dia sekarang berada di tengah-tengah taman lavender

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia sekarang berada di tengah-tengah taman lavender.

Haris tersenyum suka dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Hana. Dia tahu bahawa Hana sangat suka akan bunga. Sebab dulu, masa dia mengintip Hana, dia selalu nampak bunga baru yang dibeli oleh Hana di rumah sewa itu. Jadi, dia plan untuk suprisekan isteri kesayangannya dengan datang ke taman lavender . Dan dia juga dapat hadiah free iaitu dapat dipeluk oleh isterinya. Mestilah dia suka. Gila tak suka!

"Suka tak sayang?". Soal Haris semasa mereka sedang berjalan mengelilingi taman lavender itu sambil berpegangan tangan

Hana memandang Haris dengan senyuman manis. Dia mengangguk.

"Suka sangat. Macam mana abang tahu yang bunga favourite saya adalah lavender?" Soal Hana teruja.

Haris tersenyum lebar. Perlu ke dia terus terang?

Hana menanti dengan penuh sabar sambil matanya tidak lepas melilau sekeliling. Memikirkan warna apa yang perlu dia beli terutamanya untuk Umi kesayangan. Mesti Umi suka.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now