Nadia yang mendengar tidak terkejut dengan perkara itu kerana dia tahu bahawa setiap kesalahan disiplin yang berlaku pasti cepat tersebar di sekolah itu. Tidak hairanlah jika junior juga turut tahu pasal hal ini. Siapa lagi yang buat gosip kalau bukan si Alia kepoh itu.

'Betul lah apa yang awak dengar tu. Kenapa?'.

'Saya tak sangka yang senior Hana sanggup buat perkara terkutuk macam tu dengan senior Haris. Saya respect senior Hana sejak saya form 1 lagi. Tengok yang senior Hana baik, peramah, cantik, akhlak baik. Tapi dengar cerita yang berpelukan dengan senior Haris buat saya hilang kehormatan saya pada dia kak. Saya rasa yang senior Hana tu memang nak buat macam tu lah. Sebab dia dah lama suka senior Haris , sebab itu lah dia sanggup buat macam tu'.

Nadia yang mendengar melirik ke arah Alisa. Dia merenung tajam Alisa yang menunduk merenung lantai sambil menguis kasutnya. Tersungging senyuman sinis di bibir Nadia.

'Awak jangan pandai-pandai buat cerita ye. Saya warning awak. Saya kawan Hana so saya tahu semua perkara pasal dia. Lagipun masa tu saya ada sekali dengan mereka. Saya nampak apa yang berlaku. Haris tu yang tergedik sangat nak sentuh Hana'.

Jelas Nadia tanpa melihat kearah Alisa. Marah mungkin.

'Lagi satu. Dari apa yang saya dengar, nampak sangat yang awak ni memang dari dulu lagi suka Haris tu. Nampak sangat yang awak memang dari dulu benci Hana. Sebab tu awak reka cerita pasal Hana. Sebab nak suruh saya makin benci Hana bukan. Saya tak mudah lah makan hasutan orang. Jadi tak payah hilangkan air liur awak tu nak cerita pada saya ye. Belajar elok-elok. Nak pt3 nanti. Tak payah nak cari kesalahan orang ye adik'.

Selepas itu, Nadia mengayunkan langkah meninggalkan Alisa yang terkebil-kebil melihat dia pergi.

Belum sempat Alisa pergi, dia berpaling ke belakang melihat gerangan yang memanggil namanya sebentar tadi.

'Oh ya. Bagitau tuan yang suruh awak cerita pada saya tu untuk renung diri sendiri ye. Saya takut apa yang terjadi sekarang akan berbalik pada dia. Jangan ingat yang saya tidak tahu siapa yang suruh awak ye. Baii'.

Aku semenjak tadi lagi melihat adegan antara kedua manusia tu disebalik dinding. Tidak berani untuk menunjukkan muka. Aku sedikit terharu dengan jawapan yang dilontarkan Nadia pada budak itu. Hati aku tengah membara ni menahan amarahnya pada budak itu. Nasib baik ada Nadia. Kalau tak lunyai muka budak itu. Si Alia kepoh pun satu. Suruh budak mentah ni reka cerita buat apa. Cakap je yang kau dari dulu suka si Haris. Senang. Tak payah hantar budak tu suruh cakap bagi pihak dia. Loserrr.

Peristiwa yang berlaku itu bermain di fikiran aku. Seperti radio rosak pula. Sungguh aku terharu dengan persahabatan Nadia pada aku. Menangis? Ye aku sedang menahan air mata daripada mengalir. Menahan rasa sebak di dada.

**********

Aku yang sedang enak makan keropok lekor itu tersedak selepas ada orang yang jahanam pergi tepuk bahu aku dari belakang.

'Salam mana salam. Arwah aku dekat sini, kau orang pertama aku ganggu malam-malam'.

Si jahanam yang menepuk bahu aku bagai tiada akal itu ketawa berdekah-dekah selepas aku berleter padanya.

'Sorry sister. Aku tak nampak yang kau tengah melantak. Tu yang aku main tepuk je. Sorry eh'.

Aku hanya memandang tajam pada si jahanam itu. Siapa lagi kalau bukan Nadia ni. Aku hanya beriak biasa melihat dia. Kang tak pasal-pasal melayang kasut sekolah aku dekat wajah dia baru tahu. Menahan geram di hati comel aku ni.

'Kau kenapa. Tersengih-sengih macam beruk Pak Samad sebelah rumah kau je. Ada benda la tu nak bagitau aku'.

'Eh kau ni. Ada ke patut samakan aku yang comel ni dengan beruk Pak Samad yang tak comel tu. Aku manusia yang cantik okey. Beruk tu binatang. Ish dia ni'.

Aku hanya diam. Tidak mahu membalas. Aku sedang enak melantak keropok lekor yang baru sahaja dibeli di kedai hadapan sekolah. Panas-panas lagi. Baru keluar dari kuali panas ni tau. Engko hado??

'Ni hah. Sebelum exam trial dua minggu lagi, sekolah kita ada buat satu lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang. Nak tanya yang kau nak ikut tak sebab ada lagi tempat kosong dalam 5 macam tu. Aku cek tadi. Nak tak?'.

Aku tidak memberi respon malah hanya mengunyah keropok yang masih tersisa 4 batang lagi. Sedap mak oiiii. Layann. Nanti kena repeat lagi ni gayanya.

'Cepat lah nyah. Kau nak ikut tak. Aku simpan seat untuk kau'.

Nadia yang berang dengan aku yang tidak membalas pertanyaannya membuatkan dia merampas keropok lekor di tangan aku lalu mengunyah.

'Woi. Keropok aku giler. Kalau kau nak beli sendiri la. Depan tu je kut kedai dia'.

Aku merampas semula plastik keropok itu ditangan Nadia. Alu melihat hanya tinggal 2 batang lagi. Keropok akuuuu.

'Padan muka kau. Aku tanya taknak jawab. Rasakan. Kau ingat aku tak berani'.

Aku melirik tajam ke arahnya.

'Kau rasaa?'.

Soal aku padanya.

'Okay cun. Nanti aku masukkan nama kau dalam list pelajar. Good girl my bestie. Lav u. Muah'.

Aku tahu yang dia akan buat macam tu juga. Tak payah susah-susah cakap ya, dia pandai la. Aku cakap tak pun dia main letak je nama aku tanpa beritahu aku dulu. Dasar Nadia kepoh sama je dengan Alia gendut.

Aku melihat Nadia yang sudah berjalan jauh meninggalkan aku di sini.

'Aku harap kau jatuh sebab tersepak batu Nadia kepoh'.
Monolog aku dalam hati.

Tiba-tiba terdengar suara orang menjerit. Kelihatan Nadia yang jatuh terduduk. Aku ketawa melihat dia yang sedang marah pada batu yang tidak bersalah.

'Dasar batu. Halang jalan aku. Dah jatuh. Aku sumpah kau jadi lipas. Eh taknak aku takut. Nanti dia terbang bukan lipas namanya. Dah jadi nama lain. Hmm. Aku bunuh kau batu. Ambil ni. Padan muka'.

Nadia terus sepak batu itu jauh dari tempat asalnya. Seusai itu, dia tersenyum lalu pergi.

Aku yang melihat tidak dapat menahan ketawa. Sampai keluar air mata babe.

















Vote dan comment.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now