Aku jejak kaki kerumah. Aku menuju ke bilik untuk bersiap diri. Tombol pintu ditarik. Tiba-tiba tudung sekolah aku ditarik dari belakang. Aku mengerang kesakitan.

'Akak. Lepaskan Hana. Sakit kak'. Aku merayu pada Intan supaya melepaskan genggamannya yang sedang menarik tudung aku.

'Eh kau cakap apa dekat Umi sampai Umi marah dekat luar tadi?'. Soal Intan sambil menguatkan lagi genggaman pada tudung aku.

Aku tidak mampu menjawab kerana terlalu sakit dengan apa yang dilakukan oleh Intan.

'JAWABLAH AKU TANYA'.

Intan menyergah aku sambil mengeratkan lagi pegangannya pada tudung sekolah aku.

'Tak..takde apa-apa. Cu...cuma Umi cakap dekat da..dapur takde lauk. Abah tak be...beli hari ni'.

Aku menjawab sambil mengaduh kesakitan. Sakit sebab leher aku hampir tercekik kerana tudung tertarik ke belakang. Boleh bayang tak? Haa macam tu lah.

'Kau ni kan kalau tak menyusahkan orang lain tidak boleh eh. Selalu sakitkan hati orang lah'. Balas Intan semula.

'Ma..mana ada. Hana tak cakap apa-apa pun ta...tadi. Hana tak ca...cakap pun lapar. Umi je tiba-tiba tengking Hana'.

Aku berusaha menjelaskan pada Intan supaya Intan dapat melepaskan pegangannya pada tudung aku.

'Ish kau ni. Serabut aku'.

Akhirnya Intan melepaskan tudung aku. Aku dapat bernafas semula setelah sekian lama tercekik. Kalau arwah aku tadi, kau orang pertama aku ganggu. Biar padan muka.

Tapi macam mana entah silap langkah, Intan menjatuhkan pasu bunga Umi. Berkecai habis pasu bunga itu. Aku hanya melihat Intan yang ternganga sebelum dia duduk dihadapan pasu yang pecah itu. Aku melihat dia yang sedang menunduk sahaja tanpa berbuat apa-apa. Jangan cakap.....

'Pasu bunga akuuuuuuu'.

Terdengar jeritan di sebalik pintu rumah. Kelihatan Umi memandang tajam pasu itu sebelum matanya beralih melihat kami berdua.

'Cakap siapa yang buat hah?'.

Sergah Umi dengan suara yang lantang. Uish ni mesti dengar juga sampai kampung sebelah.

Kami berdua hanya diam seribu bahasa. Tidak mampu membuka mulut. Kami tahu kalau cakap nanti ada yang makan penampar. Tahu dengan perangai Umi. Bila barang kesayangannya disentuh, mula lah dia akan mengangkat tangan pada kami. Nampak sahaja Umi peramah, tapi bila melibatkan barangnya, tiada istilah peramah dah. Naga terus.

'JAWAB LAH AKU TANYA'. JANGAN DIAM MACAM TUNGGUL'.

Aku masih lagi diam. Mengharap Intan untuk menjawab kerana disebabkan dia lah pasu ini pecah. Tapi macam tiada tanda yang dia akan bersuara.

'In...'

'Hana Umi. Dia tolak Intan sampai jatuh. Intan tak perasan yang pass Umi ada sini. Masa Intan jatuh, siku Intan terkena pasu Umi. Tu yang pecah'. Jelas Intan sekali dengan package suara serak basah.

Aku melopongkan mulut. Aku tolak dia??? What the?? Agak-agak lah kau nak tipu pun.

Tapi melihat air muka Umi, sudah pasti dia termakan dengan kata-kata Intan. Muka Umi bertukar merah akibat menahan marah. Dada Umi berombak-ombak menahan nafas.

'Kau ni kan. Kalau tak menyusahkan aku tidak boleh ke hah? Letih lah aku. Ish kau ni. Nak makan penampar ke?'.

Seusai berkata, Umi menuju ke tempat dimana aku berdiri kaku. Menanti apa yang Umi akan lakukan.

Sampai sahaja, Umi menampar muka aku dengan kudrat yang dia ada. Pedih weh. Bukan sekali tapi dua kali. Tidak cukup dengan itu, dia juga sempat menunjang kepala aku dengan kuat. Aku merasa pening dengan tindakannya itu.

'Anak tak kenang budi. Menyesal aku lahirkan kau'.

Dan untuk kesekian kali, Umi menarik tudung aku dengan kuat sehingga tudung sekolah aku sedikit terkoyak.

Aku?

Hanya mampu menahan sakit. Merintih di dalan hati akan kesakitan yang dialami.

'Um..Umi. Sa....sakit Umi. Sakit'

Sedaya upaya aku mengeluarkan suara menyuruh Umi menghentikan perbuatan itu tapi apakan daya, Umi langsung menolak aku hingga aku terjatuh.

Allah.

Akhirnya aku tidak dapat tahan lagi. Mata aku mulai kabur. Dan akhirnya pandangan aku gelap. Tapi sempat aku melihat ada seseorang yang berada di muka pintu itu sedang menjerit memanggil nama seseorang. Dan aku pasti itu abah.

'Allah Rita...'

Ayat seterusnya aku tidak dapat dengar dengan jelas.

Sakit.

Terlalu sakit.















Vote dan comment.

Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now