"Erm saya nak jumpa doktor. Nak tanya pasal kucing saya ni". Sambil menjawab, sambil menunjukkan Stella yang nampak begitu lemah di dalam dukungannya.

"Baiklah. Sebentar ya encik".

Haris hanya menganggukkan kepala sedikit sambil melilau mata memerhati keadaan sekeliling. Klinik serba mewah. Ubat-ubatan dan barang lain juga tersusun kemas di rak. Dinding dicat dengan warna biru muda. Nyaman. Terasa seperti berada di tepi laut. Tidak lupa juga dengan semburan wangian yang enak dibau. Sungguh nyaman. Terdapat sijil-sijil yang tergantung elok di dinding.

AWARDS OF VETERINAR
5 STARS
UNIVERSITY OXFORD, LONDON
2018

Wah. Tidak terkata dia punya award yang diterima tu. Nampak sangat klinik ni sungguh cemerlang. Dan banyak lagi lah sijil yang tergantung elok di dinding.

"Doktor. Ada orang nak jumpa doktor untuk rawatan kucing'".

Terdengar sayup-sayup suara di telefon itu menandakan doktor menjawab panggilan daripada pekerjanya.

"Baiklah".

Telefon diletakkan di tempatnya semula lalu matanya memandang kearah Haris yang masih setia berdiri statik dihadapan kaunter itu.

"Erm encik boleh masuk bilik doktor yer. Pintu bilik itu tertulis dengan DOKTOR HANA".

"Okay terima kasih".

Seusai mengucapkan terima kasih, Haris berlalu pergi ke bilik rawatan. Haris mengetuk pintu untuk memastikan kehadirannya diketahui doktor.

"masuk".

Masuk sahaja Haris kedalam bilik itu, terbau wangian yang sama seperti di luar. Sedap!

"Letakkan kucing awak atas meja tu".

Haris pun meletakkan Stella di atas meja seperti yang diarahkan oleh doktor itu.

Haris melihat sejenak doktor itu dari belakang memandangkan dia belum lagi membalikkan badannya berhadapan dengannya.

Seminit..

Dua minit..

Tiga minit..

Empat minit..

Lima minit..

Pusing juga doktor.

Bukan main terkejut Haris melihat wajah doktor itu. Sama dengan si dia. Si dia yang paling haris rindu 7 tahun lepas.

Haris melihat wajah doktor itu pun turut merah seperti sedang menahan daripada air mata keluar.

Wajahnya sudah lah putih, ditambah lagi dengan wajahnya bertukar merah, pasti orang perasan.



*********


"Terima kasih doktor". Lebih kurang 15 minit dalam bilik rawatan itu. Hanya diberi suntikan pada Stella kerana keadaan Stella yang begitu lemah.

Sempat doktor Hana memberi sedikit nasihat berkaitan penjagaan kucing, Stella.
Haris mendengar dengan tekun. Tidak mahu ter skip satu maklumat pun dari penerangan doktor dihadapannya itu.

Seusai itu, dia bergerak kearah pintu. Haris hanya menundukkan kepala melihat Stella yang sedikit lemah didalam dukungannya.

"Erm awak taknak keluar ke?". Soal doktor Hana pada Haris . Mungkin kerana Haris tidak memberi tanda untuk keluar dari bilik itu lagi.

"Erm doktor. Boleh saya nak bercakap sedikit dengan doktor?". Soal Haris pada doktor muda itu dengan muka penuh pengharapan.

"Kenapa yer? Saya banyak kerja ni. Lagipun selepas ini saya ada appoinment dengan patient lain pula". Nampak sangat yang Hana kurang senang dengan ajakan Haris tapi dia tidak boleh berputus asa memandangkan ini pertemuan Haris dengan dia tanpa sengaja selepas 7 tahun. Haris terlalu rindu pada dia. Sudah bertahun-tahun dia memendam rindu ini pada dia jadi hari ini Haris tidak akan sia-siakan pertemuan ini.

"Five minutes. Outside". Ringkas tapi dapat membuatkan hati Haris sangat gembira. Mana taknya, orang yang kau suka ajak bercakap walaupun sekejap. Hehe.

Tergopoh-gapah Haris keluar dari bilik rawatan itu. Sempat Haris melirik sebentar kearahnya yang setia berdiri dimuka pintu sambil berpeluk tubuh.

"Tunggu saya dekat luar. Saya nak ke kaunter sekejap ambil ubat Stella".

Walaupun sekejap tapi dapat membuatkan hati Haris berlagu riang. Kau tahu hape??

La la la la la la.

Bye nak jumpa crush jap eh. Orang single duk diam dekat bucu katil. Daaa.


•You have no idea how much I love you, how much you make me smile, how much I love talking to you, and how much I wish you were mine•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

You have no idea how much I love you, how much you make me smile, how much I love talking to you, and how much I wish you were mine•


Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)Where stories live. Discover now