Elina tergelak. Puan Sri Fida membiarkan menantunya makan bersendirian. Dia mahu menjenguk cucunya. Risau pula ditinggal sendirian.

Syahrul menghampiri isterinya. Kepala isterinya dikucup. "Sayang makan apa tu?"

Elina menunjukkan lauk dihadapannya. Syahrul menarik kerusi sebelah isterinya. "Sayang, suap sikit. Saya tak makan lagi dari tengahari tadi. Rindu sangat dekat awak, terus saya balik tau." Rengek Syahrul. Elina tergelak manja.

"Ngada-ngadalah awak ni. Dahlah busuk. Pergi mandi." Ejek Elina.

Syahrul mendekatkan wajahnya. "Busuk eh? Jom teman saya mandi?" Ajak Syahrul nakal. Sebelah keningnya terangkat.

"Auchh!" Syahrul mengaduh. Puan Sri Fida melepaskan telinga Syahrul yang dipiat.

"Mana boleh lagi. Pantang tak habis. Kamu jangan nak melebih, Syahrul." Puan Sri Fida memberi amaran.

Elina tergelak melihat wajah cemberut suaminya. Setelah Puan Sri Fida berlalu, Syahrul kembali memandang isterinya. "Sayang, kita balik rumah kitalah. Susah lah duduk sini. Asyik diperhatikan aje." Rungut Syahrul.

Elina menampar peha suaminya. "Awak ni jangan gatal sangat. Memang padan pun kena piat telinga. Nganga cepat, saya suap."

Syahrul mengangakan mulutnya. Akhirnya, dia yang menghabiskan makanan Elina. Ni kalau Puan Sri Fida tahu, mahu kena piat lagi sekali si Syahrul ni. Kuat lantak betul. Siapa yang sakit ni sebenarnya?

Syahrul membuka pintu bilik. Elina sedang menyusukan anak itu dihampiri. Comel betul anak lelaki mereka. Sebijik mengikut wajah Syahrul. Tetapi mata dan warna kulitnya mengikut Elina. Bermata bulat dan putih kemerah-merahan.

"Awak, baby dah tidur. Hidupkan suis buaian." Bisik Elina perlahan. Tidak mahu suara mereka mengganggu nyenyak si kecil.

Syahrul hanya menurut. Dia menghidupkan suis buaian eletrik. Dia membantu Elina memasukkan anak mereka ke dalam buaian. Setelah memastikan keadaan anak mereka okey, Elina bergerak ke balkoni. Diikuti Syahrul.

Syahrul merangkul pinggang isterinya dan meletakkan wajahnya dibahu isterinya. Elina menyandarkan tubuhnya ke tubuh suaminya. "Awak, dah fikirkan nama baby belum?"

Syahrul menarik jemari Elina. Dia bermain-main dengan jemari runcing isterinya. "Dah."

"Apa dia?"

"Syazril Eilman. Okey tak? Kan awak nak sangat nama Syazril tu." Ucap Syahrul sambil mengucup pipi isterinya.

Elina mengangguk. "Okey aje. Saya suka. So, bila awak nak uruskan hal surat beranak anak kita?"

"Esok InshaaAllah. Awak pun dah setuju dengan nama tu."

Suasana sepi seketika. Elina memejamkan matanya. Tak sangka perkahwinannya bersama Syahrul sudah hampir dua tahun dan telah dikurniakan seorang bayi lelaki yang comel.

Elina tergelak tiba-tiba. Tawa isterinya menarik perhatian Syahrul. "Kenapa awak gelak tiba-tiba?"

"Rul, macam kejap aje semua ni berlalu. Saya rasa macam baru semalam kenal awak, bengang dengan awak. Tiba-tiba dah ada anak dengan awak. kelakar kan?"

Syahruk ikut tergelak. "Awak ni dah kenapa? Ermm... Elina, terima kasih."

"Sebab apa?"

"Sudi kahwin dengan saya. Terima saya dan lahirkan anak saya." Ucap Syahrul romantik.

Elina terharu. "Tak sia-sia kan saya gadaikan masa depan saya dekat awak? Hasil yang lumayan. Hahaha..." seloroh Elina. Syahrul mengigit pipi Elina.

"Awak sayang saya tak, Syahrul?"

"Saya cintakan awak, dan sayang awak lebih dari segalanya."

Elina memusingkan badannya menghadap wajah suaminya. "Rul, saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Awak ialah cinta pertama saya dan InshaaAllah cinta terakhir saya. Saya tak menyesal kahwin dengan awak. Sebab saya dah lama syok dekat awak cuma saya tak mengaku aje. Sebab saya sendiri pun tak pasti perasaan apakah itu.

Saya mula tahu yang saya sayangkan awak masa kita kat pantai pada hari pernikahan Sofea. Baru saya sedar masa awak peluk saya, yang saya ni sebenarnya sayangkan awak." Luah Elina buat pertama kalinya akan perasaannya.

Syahrul tersenyum. Wajah isterinya diusap. "Awak mungkin bukan cinta pertama saya, tapi pastinya awak adalah cinta terakhir saya. Saya akan terus mencintai awak sehingga ke syurga. Saya mahu awak menjadi bidadari saya disana dan sayalah wildan awak."

Elina merangkul leher suaminya. "Ermm.. nak dukung. Boleh?" Pinta Elina manja. Syahrul tergelak.

"Dukung pergi mana?"

"Katil."

"El, awak jangan goda saya lebih-lebih..."

"Lah, nak tidur kan? Takkan nak tidur dekat tangga kot. Dah lah, taknak dukung saya tak apa. Saya jalan sendi....argh!" Elina pantas menekup mulutnya.

"Shuu...jangan kuat sangat suara tu. Nanti mama datang piat telinga saya pula. Kang dia ingat saya yang nakal." Bisik Syahrul. Elina mengangguk.

Mereka tergelak. Bahagia saja yang dirasakan saat ini. Syahrul melafazkan kalimah cinta dan Elina setia mendengarnya. Malam yang hangat dengan cinta dilalui bersama.

"Semoga cinta kita kekal selamanya."

~Tamat~

Jangan!Where stories live. Discover now