Bab 2

16.9K 666 14

"Kaki awak ni perlu tukar balutan sehari sekali. Jangan kena pada air kerana luka masih belum kering."ujar doktor muda yang bernama Sofiana.
Gadis itu mengangguk faham.

Betisnya yang terdedah lantas di tutup setelah dibalut. Syahrul masih leka memerhati x-ray pada skrin komputer.

"Kau jangan risaulah, Rul. Kaki dia tak patah pun. Cuma luka dalam."ujar doktor Sufiana.

"Thanks Ana, lega aku. Kalau macam tu, aku balik dulu. Jom." Syahrul menggamit lengan gadis itu keluar dari bilik doktor.

"Cik Eliana."panggil jururawat yang bertugas di kaunter.

Gadis itu cuba untuk bangkit dari duduknya tetapi dihalang oleh Syahrul. "Let me." Syahrul membayar kos perubatan kemudian setelah selesai, dia memapah gadis itu menuju ke kereta.

"Siapa nama kau?"

Gadia itu memandang Syahrul yang sedang memandu. "Elina Atia."

"Okey, Elina. Sekarang, mana perlu aku hantarkan kau?"soal Syahrul tanpa memandang kearah Elina.

"Hantar saya di mana awak langgar saya tadi."ujar Elina mendatar. Syahrul menoleh.

"Kau nak kutip balik basikal kau yang dah berkecai tu ke?"

Elina mengangkat bahu. Suka hati akulah nak kutip ke, nak sapu, ke nak jual ke, nak letak dekat muzium ke, apa ada hal dengan dia?

"Tak payahlah kutip. Nanti aku bayar ganti rugi pada kau atau, kau beli aje basikal yang baru. Ni mana rumah kau? Aku hantar balik."

"Rumah saya dekat area situ... awak hantar ajelah saya balik dekat situ."rungut Elina. Menyampah pula lama-lama dengan mamat kekwat ni.

"Okay tapi...." kata-kata Syahrul tergantung dek deringan talifonnya. Dia menjawab panggilan talifon dari adiknya.

"Ye Nuar. Abang dah balik rumah mama tadi. Apa? Mama drop down? Pasal apa pulak ni? Yelah, abang datang segera."

Elina terkebil-kebil memandang lelaki disebelahnya itu. Kesian, dari tadi dia nampak tergesa-gesa kerana mamanya. "Awak berhentikan saya dekat bus stop depan tu. Awak pergilah tengok mama awak tu. Saya boleh balik sendiri."

Syahrul mengendahkan kata-kata Elina. Dalam otaknya, dia hanya fikir mahu cepat tiba di rumah dan melihat mamanya. Risau akan keadaan mamanya itu.

Anuar melihat di luar jendela. Kesian kau bang, nasib kau lah. Desis hatinya. Mamanya yang sedang menitikkan eye mo dipandang sekilas.

"Mama ni, kesian abang."

Pun Sri fida menjegilkan matanya. Dia pantas berbaring di atas katil apabila mendengar bunyi hon kereta di luar rumah. Anuar duduk di birai katil. Dia terpaksa mengikuti rancangan sengal mamanya untuk memaksa abangnya yang teramat degil itu.

Syahrul membuka pintu kereta buat Elina. "Turun."

Terkial-kial Elina mengejar langkah Syahrul. Wah, cantiknya rumah ini! Syahrul mendengus. Dia menggamit lengan Elina.

"Jalan cepat sikit boleh tak? Hati-hati, tangga tu tinggi. Nanti jatuh susah pulak."ujar Syahrul. Elina hanya menurut. Tapi dalam hati usah katalah, sakit jiwa dan matanya memengok lelaki itu punya selamba landing tangan pada bahunya. Konon-konon tu papahkan aku lah tu. Gerutu Elina dalam hati.

"Syahrul."

"Ha?" Elina memandang wajah Syahrul. Dia ada cakap apa-apa ke?

"Nama aku Syahrul."

"Ohh." hanya itu yang keluar di bibir Elina. Satu demi satu anak tangga dipanjat. Memang orang kaya ni suka tangga tinggi-tinggi ke apa? Terhinjut-hinjut Elina menapak.

Syahrul mendengus. "Kalau macam ni, sampai subuh esok pun tak sampai ke atas lagi." Elina memandang Syahrul besar kecil aje. Geram!

"Oitt."terjerit kecil Elina apabila tubuhnya tiba-tiba terhuyung ke udara. "Apa awak ni? Selamba badak sumbu aje dukung-dukung orang. Ingat saya ni patung ke?"

Syahrul hanya beriak biasa. "Dah tu nak tunggu kau sampai bila? Lembab! Kura-kura."

Elina ingin menyanggah kata-kata Syahrul tetapi sempat Syahrul memotong. "Better you shut up your mouth b'fore something interesting happened. Nak ke? Kalau aku, aku suka aje." Tutur Syahrul selamba. Elina bingkas menekup mulutnya apabila Syahrul merapatkan wajahnya.

Dasar kampung. Baru test sikit dan menggelabah. Syahrul menurunkan tubuh Elina setelah sampai ke anak tangga yang terakhir. Syahrul berjalan ke bilik mamanya yang tidak tertutup rapat itu.

"Nuar, mama okey?"

Anuar menggeleng lemah. Mamanya yang terbaring di pandang. Hish mama ni. Over betul berlakon. "Mama dah sedar tadi tapi Nuar suruh mama berehat. Ma, abang dah sampai ni."

Syahrul menghampiri mamanya. Tangan tua itu dikucup. "Ma, Rul dah balik." Bisik Syahrul.

"Rul, mama dah tak lama mana dah ni. Mama betul-betul nak tengok Rul bahagia."ujar Puan Sri Fida. Sayu benar suaranya.

Anuar sudah membuat muka. Propa betul mama aku ni. Syahrul pula mengeluh lemah. Dah bertahun-tahun aku mendengar ayat ni tapi elok aje mama. Tak ada sakit ke ape ke. Panjang aje jangka hayatnya. Astaghfirullah... tak baik aku fikir macam ni. Desis Syahrul dalam hati.

"Ma, Rul bahagialah hidup macam ni. Rul..."

"Maksud mama kah...." kata-kata Puan Sri Fida tergantung apabila melihat susuk tubuh seorang gadis disebalik pintu.

"Siapa tu Rul?"

Syahrul menepuk dahinya. Dia hampir terluka akan kewujudan Elina. "El, come here. Meet my mama." Syahrul menghampiri Elina dan menarik bucu baju kurung Elina untuk mendekati mamanya.

"Ma, ni Elina." Elina menyalam tangan Puan Sri Fida dengan penuh hormat.

"Err... kaki tu kenapa?"tanya Puan Sri Fida. Elina ingin menjawab tetapi dipotong Syahrul.

"El ni mama, careless sangat. Tu yang Rul rushing pagi tadi. Sorry sebab tinggalkan mama macam tu pagi tadi." Syahrul memijak kaki kiri Elina yang berada di sisinya. Elina memandang wajah Syahrul sekilas.

"Err.. a'ah.... saya cuai."

Puan Sri Fida memandang Elina dari atas hingga ke bawah. Baju kurung kain kapas dan tudung bawal silang dada. Memang tampak gadis melayu terakhir betul. Tak sangka anak aku ni selera melayu rupanya. Manis budak Elina ni. Otaknya bermonolog.

"Eh Rul, Nuar, jom makan! Mama mama masak ayam roaster dan lasagna. Elina, jom makan sekali."ujar Puan Sri Fida riang dia bangkit dari pembaringannya.

Syahrul terkebil-kebil. Tadi macam dah nazak sangat, ni tiba-tiba pulak.... syahrul memandang adiknya.

Anuar mengangkat kedua tangannya ke udara. "Sorry bro. Surrender!" Memang sah, mama berlakon lagi. Ceh! Desis hati Syahrul.


Jangan!Read this story for FREE!