Bab 27

24.2K 918 14
                                    

Elina menggelengkan kepalanya. Dia tidak boleh terjebak dengan nalurinya sendiri. Dia perlu kuat menghadapi Syahrul mulai sekarang. Kerana tempoh enam bulan yang dijanjikan sudah semakin hampir ke penamatnya.

Apa yang boleh aku buat? Aku cintakan dia, sedangkan dia? Dia ada seseorang dalam hatinya. Dia cuma rasa tercabar sebagai seorang suami kerana aku melanggar egonya.

Elina menonong masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Perang dingin antara mereka masih berlanjutan. Syahrul juga sudah masak dengan keras kepala isterinya.

Sepatah ditanya, sepatah dijawab.

Syahrul mengelap meja makan yang sedikit bersepah dan kotor dengan tompok tumpahan kuah. Sambil dia mengelap, dia mencuri pandang kearah isterinya.

Elina ralit dengan laptopnya. Tangannya berlari pantas diatas papan kunci itu. Specnya yang jatuh ke hidung ditolak semula keatas. "Haihhh, dunia...dunia..." keluh Elina kecil.

"Kenapa?" Soal Syahrul yang tiba-tiba sudah berada di sisi isterinya. Elina menggeleng. Dia menggigit bibirnya. Memang tabiatnya ketika sedang berfikir, dia akan menggigit bibir. Bukan setakat ketika berfikir, ketika cuak, gemuruh dan teruja dia akan menggigit bawah bibirnya.

"Saya tengah fikir ni, logik tak kalau saya spekulasikan yang lelaki ini seperti haruan makan anak melalui beberapa faktor dan bukti yang dijumpai? Awak faham kan?" Elina menyorot ke tepi memberi ruang kepada suaminya untuk duduk disebelah.

Wajah Syahrul berkerut. "Means bapak rogol anak? Macam tu?" Elina mengangguk.

"Gadis ni masih dibawah umur, jadi dia akan dapat hak perlindungan dari mahkamah jika bapanya tertuduh bersalah."

Syahrul mengangguk kurang faham tapi sengaja dibuat-buat faham. Layankan aje sementara mood Elina tengah baik. Desisnya dalam hati.

"Saya kesian dengan gadis tu. Sepatutnya bapanya melindungi anaknya. Bukan 'ngap' anaknya. Kalau dah terdesak, pergilah cari bini buat. Bukan cari anak buat." Marah Elina beremosi. Laptopnya ditutup dan diletakkan di meja.

Syahrul berjeda lama. Kemudian dia memandang Elina dengan lirikan nakalnya. "Tapi kalaulah saya yang berada di tempat bapak budak tu dan seperti yang awak cakap tadi, saya terdesak, okey. Saya perlu cari siapa?"

"Carilah isteri awak. Sengallah." Balas Elina laju tanpa mengagak sesuatu.

Syahrul menghampiri wajah isterinya. "Kalau macam tu, saya tengah cari isteri saya. Sebab saya terdesak." bisik Syahrul menggoda rapat ditelinga isterinya. Elina menelan air liur.

"Rul, behave." Sanggah Elina. Dia menjarakkan dirinya dari Syahrul. Tetapi sejauh manalah yang boleh dijaraknya. Sekangkang kera pun belum tentu dapat.

Syahrul sudah mencapai tangan isterinya dan dibawa ke dadanya. Dia merapatkan lagi wajahnya sehingga pipi mereka bergeselan. "El, sampai bila kita nak hidup macam ni? Tak bertegur, tak bermesra. Saya tak boleh hidup tanpa awak tahu tak?" Luah Syahrul sambil membelai wajah isterinya.

"Rul, remember our agreement?" Elina mengingati suaminya.

"Pergi matilah semua tu. El, kenapa awak nak seksa saya sebegini?" Syahrul menundukkan wajahnya pada bahu Elina.

"Apa yang saya dah buat pada awak? Apa yang saya seksa awak?" Tanya Elina.

"Awak seksa hati saya. Awak tahu tak, awak ni dah tambat hati saya? Awak ni lembab betullah. Saya dah puas bagi hint dekat awak tapi satu pun awak tak perasan. Saya penat awak tahu tak?" Syahrul mengangkat kepalanya dan bertentangan menghadap wajah Elina. Naik turun dadanya menahan nafas.

"Hint? Hint apa yang awak bagi? Serius saya memang tak tahu. Saya tak faham semua ni." Ujar Elina terkejut. Terkejut dengan pengakuan suaminya. Hatinya menjerit riang. Dia akhirnya faham akan maksud suaminya tetapi egonya masih mahu jual mahal sedikit. Aiiyaa....

"Awak tanya hint apa yang saya bagi? Terlalu banyak yang saya bagi termasuklah yang ini." Tanpa menunggu lama, Syahrul merapatkan bibirnya ke bibir Elina.

Elina memejamkan matanya. Di hatinya rasa berdebar bercampur dengan suka dan pelbagai lagi. Syahrul memegang kedua-dua pipi isterinya. Tautan pada bibirnya dilepaskan. "Hint sebegini sudah tiga kali saya berikan dan yang ini adalah kali ke empat. Awak masih tak faham?"

Elina menundukkan wajahnya. Malu mahu memandang wajah lelaki itu. Syahrul mendongakkan wajah isterinya. "Saya takkan buat begitu jika saya hanya nak bermain-main dengan awak. Saya tahu awak akan lebih terluka jika saya bermain kasar dengan awak kemudian tinggalkan awak selepas enam bulan.

Tetapi perasaan saya pada awak ini ikhlas. Bukan perasaan yang hadir dari nafsu semata tetapi perasaan yang menjalar disetiap ruang hati saya adalah cinta suci yang mekar buat awak. Saya cintakan awak. Awak masih tak faham ke Elina?

Jadi normallah jika saya cemburu bila terbau haruman lelaki pada tubuh gadis yang saya cintai. Saya tak berniat mahu mengasari awak. Jadi tolonglah berhenti menyiksa saya dengan kedinginan awak. Saya rindukan manja awak, saya rindukan gedik awak. Saya rindukan bebelan awak. Saya rindukan.... semua tentang awak." Luah Syahrul perlahan tetapi cukup kuat untuk Elina mendengarnya dengan jelas.

Hampir gugur jantungnya mendengar luahan cinta dari suaminya. Tangannya diberanikan untuk menyentuh pipi suaminya. "Saya perlukan sedikit masa."

"Ambillah sebanyak mana pun masa yang awak inginkan. Saya akan goda awak sehingga awak jatuh cinta pada saya." Bisik Syahrul.

"Jangan!"

"Kenapa?"

"Sebab saya dah lama mencintai awak. Jadi tak perlu goda saya sebab saya sendiri tak kuat dengan sentuhan awak." Gumam Elina perlahan. Wajahnya sudah berona merah. Syahrul tergelak. Dia lantas memeluk tubuh isterinya.

"Thanks sayang. I love you." Kucupan Syahrul singgah di pipi Elina. Elina tersenyum bahagia. Lega dia kerana cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. Dia membalas pelukan suaminya.

*yaaa gaisss.... saya dah cuti sehari kerana mood dan feel saya yg swing haritu. Dan saya kembali.... hehehe ambikk kau, segali tiga bab saya release terus. So, korg boleh senyum melebar dengan teletah mereka berdua (elina+syahrul) sekarang ni tapi tak kekal lama la... alah, cerita melayu mana boleh aman damai lama lama, betul tak? Hahaha tapi saya tak kejam. Sebab saya sendiri pun x suka gaduh gaduh ni. Saya suka yg sweet sweet aje. (Mohon percaya) keylah, jam pun dah pukul 2 pagi. Mata pun dah kuyu. Esok saya sambung lagi. (Jika otak saya x menghadapi sebarang tekananlah)

salam sayang.
~sprofove~
P/s: jngn lupa komen dan vote kalian. Dan saya ucapkan terima kasih pada yg sudi vote. Pastikan anda 'terima' kasih saya tau. Simpan dalam hati yg Sprofove kasihkan anda hahahaha

Jangan!Where stories live. Discover now