Bab 18

13.4K 542 3

Sofea menggamit tangan kawannya, Elina. Elina tersenyum riang melihat wajah kawannya yang sudah sah mendirikam rumahtangga sebentar tadi.

"Lina, aku ada benda nak cakap ni."

"Apa?" Elina membetulkan duduknya.

"Lepas ni, aku akan duduk dekat rumah tu..."

"Yelah. Dah tu kau nak duduk mana lagi?"potong Elina.

"Dengarlah aku nak cakap ni. Sebok aje memotong orang cakap. Aku ni nak menghalau kau tahu tak? Aku dengan laki aku nak tinggal dekat rumah tu. Jadi kau, ambil kain baju kau keluar dari rumah aku." Tutur Sofea garang. Ternganga Elina.

"Beb, aku nak tinggal mana? Suami kau tak ada rumah lain ke? Selama ni dia duduk mana?" Tertalu-talu Elina bertanya.

Sofea menggeleng. "Elina Atia, kita berdua ni dah berkahwin. Kau pun ada suami, jadi pergilah tinggal dengan suami kau. Suami aku kan tinggal rumah bujang dengan member-member dia. Lagipun kita orang dah berbincang yang kita orang akan teruskan apa yang keluarga kami telah rancangkan. Kita orang akan mulakan perkahwinan kami dengan kenal diri masing-masing dan cuba belajar mencintai sesama sendiri selepas menikah.

Kau pun perlu buat apa yang aku bakal buat ni. Sampai bila kau nak hidup macam ni? Tak tinggal sebumbung dengan suami. Berdosa tau Elina. Kau tak sayang ke suami kau? Kau kahwin dengan dia sebab apa? Kalau kau tak cintakan dia, kenapa kau kahwin dengan dia? Nak kata perkahwinan yang dirancang, keluarga kau semua mana ada.

Lina, perkahwinan bukan perkara remeh atau sesuatu yang kau nak buat bahan seronok aje. Perkahwinan adalah tanggungjawab. Tanggungjawab kau sebagai isteri dan tanggungjawab Syahrul sebagai suami."

Elina menunduk. Kata-kata kawannya benar-benar belaka.

"El, ada benda yang kau tak story dekat aku kan? Tak ape, aku tak akan tanya kalau ia buat kau tak selesa. Tapi aku nak tahu, kau sayang tak suami kau?"

Elina memandang wajah kawannya. "Sayang?"

Sofea meletakkan tapak tangannya ke dada. "Sayang tu dekat sini. Bila kau teringat dia, disini kau akan rasa sesuatu. Bila kau bersama dia, disini kau akan berdebar. Bila dia melukai kau, disini kau akan terasa perit. Dan bila kau jatuh cinta pada dia, disinilah tempat dia pada kau. Dalam hati kau."

Elina memegang dadanya. Ada getar, dan sarat dengan satu perasaan yang dia sendiri tidak mengerti. Adakah itu sayang yang dimaksudkan oleh Sofea. Kalau benarlah itu perasaannya, ya! Aku sayangkan Syahrul!

Syahrul berdiri dihadapan pantai. Elina memesejnya agar menunggu di pantai yang berdekatan dengan rumah keluarga Sofea. Sudah 5 minit menunggu, bayang gadis itu masih tidak muncul.

Elina menjengket menghampiri suaminya. Lantas pinggang suaminya dicucuk dan digeletek dari belakang.

Syahrul tidak dapat menahan dirinya dari kegelian. Dahlah dikejutkan sebegitu, tanpa petanda, dia terus digeletek oleh isterinya. Syahrul menangkap kedua belah tangan isterinya.

"Kenapa nakal sangat ni?"

Elina masih terkekek-ketawa. "Sebab awak pun nakal juga. Sama-sama nakal. Fair!"

Syahrul memusingkan tubuh isterinya lalu memeluk dari belakang. Dia melentokkan kepalanya pada bahu gadis itu. "Maksud kau, nakal macam ni ke?"

Elina terkaku. Dia memegang dadanya. Ada satu perasaan halus yang menjentik tangkai hatinya. Maka, benarlah apa yang dikatakan Sofea.

"Kenapa diam ni?" Bisik Syahrul. Dia mengeratkan lagi pelukannya. Dia selesa berkedudukan begitu. Hatinya tenang dibuai perasaan indah bila setiap kali bersama Elina. Bayangan seseorang bagai sudah tiada di mindanya melainkan isterinya saja.

"Saja. Rul, lepaskan saya. Malulah orang tengok." Dalih Elina. Dia tidak mahu terjebak dengan perasaannya sendiri. Dia harus menyingkirkan perasaan itu agar dia tidak akan kecewa bila perpisahan berlaku tidak kurang dari empat bulan lagi.

Syahrul menggeleng. Bukan senang nak dapat peluang sebegini. "Biar ajelah. Bukannya berdosa pun. Kalau nak cium kau dekat sini pun boleh."

Elina menampar pipi suaminya lembut. Ni mesti mood dia tengah baik. Tu yang miang dia sama naik. Kalau tak, jangan haraplah Syahrul ni nak manja-manja macam ni.

"Rul, saya ada benda nak bincang dengan awak. Pasal perjanjian kita."

"Kenapa?"

"Kita ubah beberapa syarat boleh?" Pinta Elina. Dia menolak tangan suaminya yang berlingkar di pinggangnya. Kemudian dia menghadap wajah suaminya.

"Apa yang kau nak ubah?" Tanya Syahrul. Cuak pula bila tengok wajah serius Elina.

"Saya nak tinggal dengan awak." Ujar Elina senafas. Terkebil-kebil Syahrul memandangnya.

"Serius ke ni? Bila? Kau.... aku.... kita...." Syahrul merapatkan jari telunjuk kanan dan kirinya.

"Awak ni main-main pulak. Saya serius ni."

"Ye aku pun serius ni. Takkan lah aku tak serius kalau kau yang nak kita jadi suami isteri sebenar." Seloroh Syahrul.

Elina mencubit lengan suaminya. "Apa awak merepek ni? Tulah, awak tak serius dengan apa yang saya cakap ni. Maksud saya, saya nak tinggal dengan awak serumah untuk sebulan dua sehingga saya dapat cari rumah sewa atau bilik sewa. Sofea kan dah kahwin, dia nak duduk rumah tu dengan suami dia. Habis tu saya macam mana?"

Syahrul tergelak. Dia memeluk kembali isterinya seperti tadi. "Ingatkan perkara apalah tadi. Awak nak duduk terus dengan saya sampai bila-bila pun boleh. Saya tak kisah. Saya tak izinkan awak cari rumah sewa apatah lagi bilik sewa. Tinggal aje dengan saya. Lagi seronok kalau sebilik dengan saya." Syahrul meletuskan tawanya apabila Elina mencubit pinggangnya.

Elina perasan panggilan suaminya berubah. Alah, biarlah. 'Saya' 'awak' aje pun. Bukannya 'baby' 'honey' 'anje' 'darling' pun. Syahrul mencepung tubuh isterinya dan dia berlari menuju ke pantai. Terjerit Elina meminta diturunkan.

Syahrul mencampak tubuh isterinya kedalam air. Mereka berlari dan berkejaran sambil menyimbah air sesama mereka.

Sofea dan Zaidi serta beberapa orang kru jurugambar tiba di pantai. Mata mereka disajikan dengan aksi romantik sepasang pengantin yang tidak kurang barunya.

"Eh, tu kawan Fea kan?" Ujar Zaidi.

Sofea mengangguk. "A'ah. Amboi sweet bukan main. Abang, ambil gambar mereka sekali yer. Kalau boleh candid. Saya taknak mereka perasan." Sofea memberikan arahan. Jurugambar itu hanya menurut. Tak kisahlah, yang penting dia bayar aku.

Sofea mengangguk. Dia yakin Elina dalam diam menyintai suaminya. Cuma Elina sahaja yang tidak perasan akan perkara itu. Maklumlah, Elina tidak pernah bercinta selama ini. Hidupnya dihabiskan dengan aktiviti luar yang lasak dan kerja sahaja. Sehingga Elina tiada masa untuk bercinta cintun.




Jangan!Read this story for FREE!