Bab 14

22.5K 743 2
                                    

Sayup-sayup azan subuh kedengaran. Elina memisat matanya. Dia terasa ada sesuatu yang berlingkar di pinggangnya. Kakinya terasa berat seperti ditindih. Dia membuka mata seluas-luasnya. Elina tergamam.

Wajah nyenyak Syahrul menyapa pandangan matanya. Nafas suaminya mengenani wajahnya. Dia terkaku sebentar. Berdebar-debar dia rasakan didada.

Entah dari mana datang keberaniannya untuk menyentuh wajah suaminya. Baru aku perasan, suami aku ni handsome orangnya. Desis Elina didalam hati.

"Apa yang kau buat ?"

Elina kaget. Dia pantas menarik tangannya semula. Syahrul merenung mata isterinya. Elina menggigit bibirnya. Malu. Wajahnya membahang.

"Err... saya nak bangunlah. Awak ni berat tahu tak? Cepat alihkan kaki awak tu." Elina menolak kasar tangan suaminya yang masih berlingkar di pinggangnya. Syahrul mengalihkan kakinya.

Elina bingkas bangun dan masuk ke bilik mandi. Dia memegang dadanya. Masih terasa debarannya. Dan satu perasaan halus yang menyelinap di hatinya.

"Awak nak bawa saya ke mana ni?" Rengus Elina. Geram apabila selepas solat subuh, Syahrul menarik Elina keluar dari homestay mereka.

"Kau diam ajelah. Dah nak sampai dah." Syahrul mengeratkan pegangan tangannya. Takut nanti Elina lari berpatah balik. Bukan boleh percaya keras kepala isterinya ini.

Mereka berdiri di atas batu-batuan di lereng pergunungan. Dari tempat setinggi ini, mereka boleh lihat panorama pagi yang sungguh indah. Elina teruja melihatnya begitu juga Syahrul.

"SubhanaAllah. Cantiknya!" Ucap Elina.

Syahrul memandang wajah isterinya. "Elina, aku minta maaf sebab marah kau. Aku tak berniat nak marah kau cuma aku bengang aje bila kau buat keputusan sendiri tanpa maklumkan pada aku. Kau kena ingat, aku ni suami kau. Kalau apa-apa terjadi pada kau, aku juga yang susah." Ujar Syahrul dalam nada yang bersahaja.

Elina memeluk bahunya. Wajahnya mencuka. "Yelah saya ni menyusahkan..."

"Bukan tu maksud aku. Boleh tak jangan buat andaian yang pelik-pelik? Cuba kalau mama tiba-tiba datang rumah. Aku nak cakap apa kalau dia tanya mana kau? Takkan nak cakap ma, Rul pun tak tahu mana Elina. Macam tu?"

Elina tergelak. Kelakar pula bila Syahrul berkata begitu. Ada betulnya juga kata suaminya.

"Gelaklah , gelak. Kelakar sangatlah tu. Orang cakap serius dia buat main-main. Lagi satu, kau datang sini nak naik bas. Lepastu kau nak menginap dekat mana? Rumah kau pun dah tak ada. Kau pun tak booking mana-mana hotel. Agak-agak kau apa yang akan jadi kalau kau betul-betul datang sini naik bas? Tidur dekat bus stoplah kau. Kalau aku, aku ada kereta. Tidur aje dalam kereta. Bahaya tau buat perangai macam ni, Elina. Fikir panjang sikit lain kali."nasihat Syahrul panjang lebar.

Elina hanya menundukkan wajahnya. Semua kata-kata suaminya benar belaka. Memang dia tidak berfikir panjang. "Saya minta maaf. Saya salah."

Syahrul hanya tersenyum. Comel pula isteri aku ni bila merajuk macam ni. "Tak apelah. Mujur tak ada apa-apa yang berlaku pun. Jangan nak merajuk lebih-lebih. Penat tahu tak nak melihat muncung panjang kau ni."

Elina tergelak. Wajah suaminya dipandang. Syahrul turut memandang wajah isterinya. Pandangan mereka bersatu. Elina melarikan pandangannya. Malu.

"Tengok tu. Matahari dah nak terbit." Ujar Syahrul. Elina memandang ke depan. Mereka berdua menyaksikan keindahan matahari terbit bersama-sama.

Mereka bertolak ke Langkawi selepas melihat matahari terbit. Syahrul memandu ke Dataran Lang. Dari jauh sudah terlihat replika besar burung helang yang menjadi kebanggaan negeri itu.

Syahrul dan Elina mengambil gambar bersama di situ. Pelbagai aksi dirakam bersama. Kata Syahrul, anggap saja tengah berbulan tanpa madu. Macam mana tu? Pelik Elina dengan angin monsun suaminya itu. Kadang romantik, kadang bengis , kadang kelakar. Sukar untuk diramal sikapnya.

"Awak, saya teringin nak naik cabel car. Boleh tak?" Pinta Elina. Syahrul menggeleng.

"Kenapa?"

"Tak boleh kalau kau nak naik seorang. Kalau dengan aku tak apa." Syahrul berseloroh. Elina tergelak. Lengan suaminya dicubit manja.

Menaiki kereta kabel mengambil masa 15 minit untuk sampai di puncak gunung Mat Cincang. Elina merakam pemandangan menggunakan telefon pintarnya.

Syahrul hanya melihat sahaja gelagat isterinya. Plastik ais krim magnum gold dibuka.

"Bila awak beli ais krim?"

"Tadi." Balas Syahrul pendek.

"Saya punya mana?"

"Aku beli satu aje."

Elina memuncungkan bibirnya. Cis, dia melantak seorang je! Tak ingat langsung dekat aku. Tak adil!

Syahrul menyuakan ais krimnya. "Nak sikit?" Elina mengangguk. Dia ingin mengambil dari tangan suaminya tetapi Syahrul membawa lari ais krim masuk ke dalam mulutnya. Tergamam Elina.

"Sampainya hati awak."

Syahrul tergelak. Dia menyuakan semula ais krim kepada isterinya. Elina hanya berdiam sahaja. Syahrul mendekatkan ais krim ke bibir isterinya.

"Makan sikit aje. Jangan banyak-banyak."

Elina menjeling suaminya. Dia menggigit separuh ais krim itu. Terbuntang mata Syahrul.

"Apa ni , El?"

Penuh mulut Elina dengan ais krim. Sejuk mulutnya, otaknya seperti beku. Tetapi puas hati bila dapat mengenakan suaminya pula.

Syahrul mengesat comot ais krim di tubir bibir isterinya. "Macam budak kecil. Mengada-ngada." Omel Syahrul.

Elina tergelak. Entah kenapa dia rasa bahagia bersama Syahrul. Nak kata cinta, tak mungkin!

Setelah berjalan-jalan di puncak Mat Cincang dan Sky bridge, mereka pergi ke Pantai Cenang pula. Syahrul sudah terlebih teruja untuk bermain parasailing.

"El, boleh cepat sikit tak?" Arah Syahrul. Lama betul pun nak tukar baju perempuan seorang ni.

Elina gugup. Dia tidak mahu bermain benda itu sebenarnya. Dia gayat. Dulu dia pernah bermain juga dan akhirnya dia muntah-muntah setelah turun ke darat. Puas dipaksa oleh Syahrul, dia akhirnya bersetuju.

Syahrul dan Elina menaiki satu payung parasailing. Mulanya Syahrul enggan tetapi apabila melihat wajah Elina yang hampir menangis itu, dia turutkan jua kata-kata isterinya.

Seperti mimpi ngeri, Elina hanya menutup matanya. Tak sanggup dia melihat bawah. Gayat , gerun , takut semua bercampur-baur. Turun sahaha di darat, dia terus mencium lantai pasir.

Syahrul mengurut belakang isterinya yang memuntahkan isi perutnya itu. "Kau tak cakap pun kau gayat. Kalau aku tahu, aku tak ajak kau sekali tadi."

Elina berkumur-kumur. Dia menggeleng. "Tak apa... bu..kan se..lalu pun. Nak.. na..ik lagi ke?"

Syahrul menggeleng. "Tak payah cari pasal. Kita mandi-mandi aje. Lepastu check-in hotel. Esok bolehlah balik selepas melawat Island Hoping dan Makan Mahsuri."

Elina hanya bersetuju sahaja. Dia memaut lengan suaminya untuk mengimbangi dirinya. Syahrul hanya membiarkan Elina mengikutinya ke pantai. Degil betul. Dah mabuk-mabuk nak juga main air budak ni.

Jangan!Where stories live. Discover now