Bab 13

14.4K 541 5

Syahrul menghenyakkan punggungnya di sofa. Wajah comel isterinya muncul dalam fikiran. Dia tersenyum sendiri. Gila dah ke aku ni? Nak teringat dekat dia pula.

Syahrul mengeluh lemah. Kenapa perasaan rindu pada si dia masih berada didalam hati? Kerana perasaan inilah, sukar untuknya menerima kehadiran mana-mana gadis yang ingin mendampinginya.

Syahrul, sudah empat tahun dia menolak kau. Lupakanlah dia. Bisik satu suara halus. Dia menggeleng. Tidak! Sehingga aku ketahui apa sebabnya sehingga itu aku tak akan lupakan dia. Dia cinta pertama aku dan aku akan cari dia.

Elina menyelak gambar perkahwinannya. Terasa lucu apabila melihat wajahnya yang monyok dipeluk oleh Syahrul. Dan gambar candidnya bersama Syahrul yang sedang bertelingkah kecil turut dirakam.

Terbit satu perasaan halus apabila melihat gambar suaminya sedang mencium dahinya tika acara membatal air sembahyang. Normal lah kot perasaan macam ini hadir. Ujarnya sendiri.

Elina menguap. Dia sudah mengantuk. Esok dia bercadang ingin pulang ke kampung halamannya. Sementara masih cuti ni, dah lama tak melawat pusara arwah ayah dan ibu. Apa salahnya dia gunakan peluang itu untuk melawat pusara orang yang tersayang. Sambil bercuti sekali.

Dah tak ada orang sudi nak bawak pergi honeymoon, aku pergilah honeymoon  sendiri. Lagi syok. Elina mengemas beg pakaiannya. Sofea telah dimaklumkan akan perancangannya itu. Jadi, esok pagi Sofea yang akan menghantarnya ke stesen bas.

"Lina, apa-apa hal pun, beritahu suami kau. Aku tak tahulah kau orang ni kahwin jenis apa tak duduk sebumbung, tapi kau nak keluar jauh ni tau. Minta izin dia. Dia suami kau, tahu tak? S.U.A.M.I! Bukan member kau." Pesan Sofea.

Elina hanya menayangkan wajah bosannya. Suami, suami , suami. Bosan aku dengar. Dia bukan anggap aku isteri betul dia pun. Walaupun dia suami aku, dia tak ada hak nak halang keputusan aku. Ia dah termaktub didalam perjanjian.

Sofea menggeleng. Tak faham benar dengan sikap Elina yang satu ini. Bila keras kepala dia datang, macam cakap dengan batu aje aku ni. Sofea menapak keluar dari bilik kawannya. Talifon di kocek dikeluarkan. Nombor seseorang di kenalan di cari dan didail.

Elina bangun awal pada pagi itu. Dia menyarung baju kurung kain kapas berbunga kecil dan melilit selendang berona merah jambu di kepala. Mukanya ditepek cc cushion dan bibirnya dicalit lip tint.

Cukup simple penampilannya. Dia malas mahu memasang kanta lekap, lalu dia mengeluarkan cermin mata berbingkai bulat besarnya dari laci almari dan dipakai.

"Wah, macam k-pop girls lah. Bukan Korean pop, it's Kampung pop. Yeah hahaha." Elina berseloroh sendiri.

Dia meletakkan begnya di luar rumah. Kemudian dia masuk kembali untuk memanggil Sofea. Hish Fea ni, kalau bersiap tak sah kalau tak berejam. Aku dah lambat ni. Nanti terlepas bas.

"Fea kau dah siap ke be.....lum?" Elina tercengang melihat kawannya yang masih berbungkus selimut.

"Lina, aku tak berapa sihatlah. Tak dapat nak hantarkan kau. By the way, aku dah call someone to pick you up. Kau tunggulah dekat luar. Rasanya dah sampai kot." Ujar Sofea dalam suara yang dibuat-buat serak.

Elina termakan dengan lakonan kawannya. "Sokay beb. Get well soon. Sorry aku banyak menyusahkan kau."

Elina menyarung kasut ballerinanya dan berdiri di depan pagar. Manalah teksi ni. Lambatnya. Kata Sofea dah talifon dia orang. Rungut Elina.

Dari jauh dia terlihat kelibat kereta Audi berwarna biru menghampiri. Menyampah betullah. Apa mamat ni buat dekat sini pagi-pagi?

Syahrul keluar dari keretanya. Beg ditangan Elina diambil dan dicampak ke tempat duduk belakang. ternganga Elina dengan tindakan suaminya. "Awak buat apa ni?"

Jangan!Read this story for FREE!