Bab 21

13.7K 534 3

Setelah sejam lebih perbincangan dilangsungkan dan Elina sudah menguap beberapa kali, akhirnya mereka menamatkan perbincangan mereka.

"Terima kasih Encik Syahrul kerana sudi luangkan waktu senggang encik bersama kami." Ujar Mr. Kelvin seraya menghulurkan tangan untuk berjabat. Syahrul menyambut huluran salam dari Mr. Kelvin.

"Tak mengapa. Kami minta diri dululah yer, Mr. Kelvin dan Encik Ramdan."

Syahrul menggamit tangan isterinya lalu mereka beredar dari situ.

Elina memberhentikan motorsikalnya di Taman Wetland. Syahrul terpinga-pinga. "Kenapa berhenti dekat sini?"

"Turun cepat. Saya nak turun juga ni." Arah Elina. Syahrul akur. Risau juga kalau tiba-tiba tumbang pulak. Dahlah tubuh isterinya kecil aje nak mengimbangi motorsikal yang besar itu ditambah lagi dengan dia sekali diatasnya.

Elina membuka helmetnya. Dia berlari-lari anak di taman itu menuju ke tasik. Wah, dah lama tak lepak dekat sini. Elina menjerit riang sambil berlari. Dah macam anak kecil telatahnya.

Syahrul menggeleng melihat perangai tidak matang isterinya. Dia mengikut langkah isterinya menuju ke tasik. "El, jangan larilah. Nanti jatuh." Nasihat Syahrul namun diendahkan sahaja oleh Elina.

Elina duduk bersimpuh diatas rumput. Waktu sebegini masih tiada pengunjung yang datang. Matahari tengah terpacak atas kepalalah katakan. Jika waktu petang, taman ini pasti ramai dengan pengunjung apetah lagi hari minggu. Syahrul turut duduk disebelah isterinya.

"El, apa aje lagi yang aku tak tahu tentang kau? Kau ni perempuan luar biasa tahu tak? Seram pulak aku." Seloroh Syahrul. Kepala Elina digosok beberapa kali. Terjerit kecil Elina dibuatnya. Habis rosak tudung aku.

"Banyak perkara yang awak tak tahu tentang saya. Ermm... awak pernah main wawasan 2020 tak?" Balas Elina.

"Pernahlah zaman aku sekolah rendah dulu. Kenapa? Kau nak ajak aku main benda tu ke?" Tanya Syahrul. Elina mengangguk.

"Okey, cara permainan dia kita ubah sikit. Kita tulis pasal diri kita. Kalau sama, markah 50. Kalau tak sama, markah 100. Dari situ, kita boleh kenal satu sama lain. Amacam? Nak try?"terang Elina. Syahrul mengangguk.

"Menarik juga." Dia mengeluarkan planner holdernya lalu dikoyakkan dua helai kertas. Satu diberi pada Elina dan satu lagi dia punya.

Setelah lima minit menulis, masing-masing sudah bersedia untuk mengemukakan jawapan mereka. "Kita jawan sama-sama tau." Ujar Elina.

"Warna kegemaran." Syahrul bersuara.

"Biru!" Jawab mereka berdua serentak. Mereka berdua terdiam kemudian tergelak.

"Apahal kau suka biru? Sebok aje."

"Suka hatilah. Kenapa awak suka biru? Okey, jawab serentak. 1...2...3..."

"Cozy."jawab Elina.

"Tenang." Balas Syahrul. Mereka berdua tergelak kembali.

"Okey. Sebok aje nak sama dengan saya. So, kekurangan kebolehan pulak. Jawab sama-sama." Elina mencatit markahnya.

"Tak boleh memandu kereta."jawab Elina.

"Tak boleh menunggang motor. Kenapa kau tak boleh pandu kereta?" tanya Syahrul.

"Sebab saya fobia. Awak?"

"Aku pun fobia. Samalah kita ni."

Dari warna, makanan dan minuman kegeraman, kebolehan, kekurangan, sehinggalah kelemahan masing-masing dinyatakan. Sehinggalah satu perkara lagi yang tinggal.

Jangan!Read this story for FREE!