Bab 10

14.3K 538 2

"Aku terima nikahnya Elina Atia binti Rasyid dengan mas kahwinnya RM300 tunai."

"Sah! Sah! Sah!"

Elina memejamkan matanya. Sekarang aku sudah menjadi isteri orang. Menyesal? Tiada guna. Kau juga yang bersetuju. Bisik hati kecilnya.

Syahrul menghampiri Elina. Terketar-ketar dia menghulurkan jemarinya untuk disarungkan cincin. Wajahnya beku tanpa secalit senyuman.

"Senyum sikit." Bisik Syahrul. Dia lantas menyarungkan cincin pada jemari Elina.

Elina tersenyum kaku. Dia mencium tangan suaminya apabila disiku oleh kawannya, Sofea. Semua mata terarah kepada mereka berdua. Jurugambar ralit merakam detik-detik yang bahagia , mungkin?

Elina menunduk, malu apabila Syahrul mengucup dahinya. Hish, tak payahlah over sangat mamat ni. Rengus Elina dalam hati.

Majlis perkahwinan yang diadakan sangat ringkas. Atas permintaan Elina sendiri, dia tidak mahu terlalu meriah seperti cadangan Puan Sri Fida yang ingin mengadakannya di hotel. Cukuplah sekadar ijab dan kabul serta jamuan makan.

Tetamu rata-ratanya yang hadir adalah kawan-kawan Tan Sri Sufian dan Puan Sri Fida. Tetamu Elina tidak ramai. Hanya beberapa orang kenalannya sahaja termasuk kawan-kawan sepejabat. Tetamu Syahrul pula, hanya Khai dan Ammar.

Elina memaut lengan suaminya. Ini semua gara-gara si jurugambar yang meminta mereka beraksi sebegitu untuk dirakam dan dijadikan kenang-kenangan. "Puan rapat sikit dengan suami. Jauhnya berdiri buat apa?"

Elina mendengus perlahan. Dia merapati Syahrul. Mukanya dimaniskan sehabis mungkin. Sungguh plastik senyumannya.

"Satu lagi posing. Encik peluk isteri encik."

Mereka berdua berpandangan. Syahrul menaikkan keningnya. Elina menggeleng. "Jangan...." tak sempat Elina menghabiskan ayatnya, Syahrul memaut pinggang isterinya.

"Tak payahlah peluk betul-betul." Ujar Elina kasar dalam nada berbisik.

"Dah tu macam mana caranya nak peluk yang tak betul-betul?"balas Syahrul juga berbisik.

"Senyum... 1 , 2 , 3!"

Elina menonong masuk ke bilik tidurnya. Atau lebih tepat, bilik suaminya yang dihias indah. Geram betul dengan si jurugambar. Permintaannya pelik-pelik sungguh.

Dia membuka tiara yang bertahta di atas kepalanya. Pin yang dipasang pada veil dicabut satu persatu dan tudungnya dibuka. Fuh, lega!

Elina berteleku di bucu katil. Dia teringat perjanjiannya bersama Syahrul.

Syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh Syahrul dan Elina sepanjang perkahwinan dalam tempoh enam bulan :

1. Elina akan tinggal di rumahnya sendiri dan Syahrul di rumahnya sendiri.

2. Syahrul tidak boleh halang keputusan yang dibuat Elina dan Elina juga tidak boleh menghalang keputusan Syahrul.

3. Setiap seminggu sekali, Elina perlu mengemas rumah Syahrul.

4. Apabila sampai tempoh enam bulan, Syahrul perlu melepaskan Elina.

5. Segala yang termaktub diatas boleh berubah dengan persetujuan kedua-dua pihak.

Elina mengeluh. Macam kebudak-budakkan pulak buat benda macam ni sedangkan dalam Islam, tiada istilah 'kahwin kontrak'. Berdosakah aku?

Tak apa! Lepas ni kau kahwin lah betul-betul dengan orang yang kau cinta. Enam bulan tidak lama. Pejam celik aje sudah enam bulan. Bisik hati Elina. Dia mengangguk. Elina mencapai baju persalinannya didalam beg dan berlalu ke kamar mandi.

Syahrul melepak sakan dengan kawan-kawannya. "Iya-iya kata hati tak tertambat, tapi kau tengoklah kawan kita ni. Akhirnya dengan si ayam kampung tu juga dia kahwin. Memang sah hati kawan kita ni dah tertambat tetapi ego nak mengaku." Sakat Khai.

Ammar tergelak. "Syahrul, kau dah jadi suami sekarang ni. Jalankan tanggungjawab kau dengan sempurna. Kalau ada masalah, boleh roger aku. Kalau aku boleh tolong, aku tolonglah." Syahrul sekadar mengangguk.

Idea nakalnya muncul tiba-tiba. Mesti seronok kalau dapat kacau dia malam ni.

Malam yang tidak pernah ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Elina berharap agar tiada perkara aneh berlaku dan dia dapat tidur dengan tenang. Rambutnya yang panjang berikat satu di lepaskan. Dah pukul 11 malam. Dia sudah mengantuk tahap tak ingat dunia. Bantal di capai dan dicampak ke lantai. Mujur lantai itu dihamparkan dengan permaidani, jadi tidaklah dia kesejukan nanti.

Mamat tu melepak lagilah tu dengan kawan-kawannya. Tak apa, lagi bahagia aman damai hidup aku. Elina baru ingin memejamkan matanya,dia terdengar bunyi pintu dikuak dari luar. Ah lantaklah. Aku betul-betul mengantuk. Dia menyambung nyenyaknya.

Mata Syahrul meneroka seluruh kawasan bilik. Mana perempuan tu pergi? Takkan tak masuk bilik lagi? Syahrul melangkah menuju ke katil lalu menghumban badannya. Humbanan badannya tersasar dan dia tergolek jatuh ke bawah.

"Aduh!" Jerit Elina. Anak gajah jatuh dari langit ke?

"Kau buat apa kat bawah ni?"

Elina membuka matanya. Dia terkejut. Syahrul rupanya yang menindih tubuhnya. Wajah mereka amat hampir. Dia lemas. "Tepilah. Awak tu berat macam anak gajah. Saya nak tidur ni."

Syahrul tersengih nakal. Idea nakalnya mula muncul. "Anak gajah kau cakap? Okeylah. Anak gajah pun nak tidur juga." Dia melentokkan kepalanya pada bahu gadis itu.

"Awak nak tidur suka hati awaklah. Yang pasti jangan atas saya. Saya tak boleh bernafas." Elina memalingkan kepalanya. Hishh, rasa macam nak terajang aje lelaki ni. Sabar Elina sabar.

"El...." bisik Syahrul.

Elina diam. Dia memejam matanya rapat. Jangan! Jangan! Jangan dia minta pelik-pelik. Ya Allah selamatkan aku.

"El...."

Diam.

"El, kau dengar tak aku panggil kau ni?" Ucap Syahrul sedikit kuat.

"Apa?" Balas Elina terketar-ketar.

"Kenapa kau tutup mata? Kau memang nak ke?"

Elina terbeliak. Dia memandang suaminya. Syahrul tergelak terbahak-bahak. Dia bangun dari menindih isterinya. "Kau ni kelakarlah. Seronok pulak aku dapat kacau kau."

Elina turut bangun dari pembaringannya. "Awak ni memang tak boleh hidup eh kalau tak kacau saya?"

"Tak. Aku rasa kekosongan kalau tak kacau kau. "Balas Syahrul bersahaja. Dia membuat muka selengenya.

Elina mengetap bibirnya geram. Dia menggeletek pinggang suaminya. Terkekek-kekek Syahrul ketawa. Dia berusaha menangkap tangan isterinya yang lincah menggeletek itu.

"El, aku minta maaf kacau kau. Aku janji tak kacau lagi. Dahlah....jangan geletek aku lagi." Ujar Syahrul bersama tawa yang masih bersisa. Kedua tangan Elina digenggam.

"Kalau awak kacau saya lagi, saya geletek awak sampai subuh!" Ugut Elina.

Mereka berdua tergelak bersama. "El, kau tidur ajelah atas katil. Kat bawah ni sejuk. Kau jangan risau, aku tidur bilik sebelah." Syahrul menolak tubuh Elina ke katil.

"Esok pagi kau kejutkan aku tau. Tapi jangan guna pintu dari luar, ikut pintu tu..." Syahrul menunjuk ke arah sebuah pintu.

"Tu pintu nak ke bilik sebelah. Ingat, jangan sampai orang tahu aku tidur bilik lain!" Pesan Syahrul. Elina mengangguk faham. Syahrul memberikan sebuah senyumam sebelum berlalu pergi.

Elina bungkam. Dia memegang dadanya. Terasa ada getar saat bersama si suami. Perasaan apakah ini? Sukar untuk dia tafsirkan.

Jangan!Read this story for FREE!