Syahrul berjalan menuju ke pintu sementara Elina mencapai tudungnya. Mana tahu kot abang datang dengan kawan dia, baik aku pakai tudung dulu. Getus Elina dalam hati.
Syahrul membuka pintu rumahnya dengan segaris senyuman. "Abang Ekhmal ya...." Senyumannya mati. Elina mendekati suaminya.
"Hafiza."
"Kak Fiza."
Tutur mereka serentak terkejut. Elina dan Syahrul berpandangan sesama sendiri. "Awak kenal dia?" Sekali lagi bibir mereka mengutarkan soalan serentak.
Hafiza terkebil-kebil melihat mereka berdua. "So Rul, ini ke perempuan tu?"
Syahrul mengetap giginya geram. "Apahal you ada dekat si...."
"Assalamualaikum." Ucap seseorang dari arah belakang Hafiza.
"Abang Ekhmal!" Elina meluru ke abangnya. "Abang, kita pergi dari sini ya."
"Kenapa? Abang baru sampai kot. Abang nak bersalam dulu dengan suam.... Hafiza?" Berubah riak wajah Ekhmal.
Syahrul semakin tidak faham dengan situasi sekarang. Elina kenal Hafiza dan abang Elina juga kenal Hafiza. Apa sebenarnya yang berlaku ni?
"Woahh... what a small wordkan? Adik-beradik yang terpisah lama dah bersatu semula ke?" Perli Hafiza.
"Jaga mulut you Fiza. Lina, abang akan datang lain kali. Abang perlu uruskan perempuan ni dulu. Err... saya minta maaf ya. And you, ikut i." Ekhmal menarik kasar lengan Hafiza.
"Hey apa you ni? I nak jumpa Syahrul. Hey lepaskanlah." Ekhmal tidak mengendahkannya. Dia menarik lengan Hafiza keluar dari perkarangan rumah Syahrul dan Elina.
Syahrul menutup pintu. Dia memandang wajah Elina yang keruh. Dia menapak menghampiri isterinya. "El, awak kenal Hafiza?"
Elina terduduk di sofa. Dia memandang wajah suaminya. Sepasang anak mata suaminya direnung. "Kak Fiza tu siapa? First love?"
Syahrul mengangguk. "My first stupid love but you, my last and forever love." Ucap Syahrul sambil mengelus pipi isterinya. Elina tergelak kecil.
"Oh... saya kenal dia. Okeylah Rul, saya penatlah. Saya nak berehat sekarang, saya... perlukan masa untuk berfikir." Elina menepuk perlahan pipi suaminya sebelum berlalu ke atas.
Syahrul masih termangu-mangu sendiri. Apa sebenarnya yang berlaku? Siapa Hafiza pada Elina dan abangnya sehingga Hafiza tahu mereka berdua terpisah lama? Arghh...
Ekhmal melepaskan lengan Hafiza kasar. "You buat apa di rumah adik i?"
"Adik you? Sepatutnya i yang tanya adik you tu buat apa di rumah Syahrul? Dasar kampung tak sedar diri, mesti jadi mistress lah tu. Kikis duit orang kaya." Tuduh Hafiza. Dia memeluk tubuhnya.
"Mulut you tu berlapik sikit. Adik i bukan pengikis macam you! Dia isteri Syahrul dan you, apa yang you buat disitu?" Tengking Ekhmal. Hafiza terkejut.
"Isteri? Woahh... bertuah adik you kan dapat ikan emas. Tapi takkan kekal lamalah, i akan rampas balik Syahrul dari dia. Sebab i ni first love Syahrul. I yakin dia masih cintakan i. Dan you, boleh pergi mati dengan adik you. Orang kampung miskin! Macam manalah i boleh bersama you dahulu. Mesti i buta gila masa tu kan? Haha..." Hafiza tergelak besar. Dia menolak tubuh Ekhmal ketepi.
"Ingat ni Mal, i masih berdendam dengan you selepas apa yang berlaku dua tahun lalu. Kalau i tak dapat balas dendam i pada you, i bersyukur sangat dapat bertemu adik you. Sekurang-kurangnya i akan puas hati bila adik you terseksa. Menyeksa adik you umpama menyeksa you bukan?" Hafiza lantas meninggalkan Ekhmal yang masih terkedu seribu bahasa itu.
Ya, ini adalah natijah yang perlu ditanggungnya atas perbuatannya dahulu. Sehingga sekarang dia masih belum melupakan kejadian yang menyebabkan dia dan Hafiza berpisah. Dan sekarang, dia tak sanggup jika Elina yang perlu merasai dendam Hafiza bagi pihaknya.
Elina berteleku diatas katil sendirian. Fikirannya agak berserabut. Hafiza bekas kakak iparnya adalah cinta pertama Syahrul yang ditolak itu?
Apa perasaan abang kalau tahu perkara ni? Mesti dia kecewa. Dan Syahrul? Entah, aku tak tahu. Dan apa perasaan aku kalau Hafiza nak rampas syahrul dari aku?
Sakit hati!
Jangan haraplah aku nak berdiam diri. Dia suami aku, Hafiza tu bukan sesiapa pada Syahrul. Arghh!!
Elina menekup mukanya dengan bantal kemudian dia menjerit sepuasnya. Talifon yang berbunyi dirampas kasar. "Hello."
"Lina. Ni abang."
Elina menghamburkan tangisannya. "Abang... abang okey? Lina... Lina..."
"Abang okey. Lina jangan risau. Abang tahu siapa Hafiza pada Syahrul. Abang pun terkejut juga bila kami bertekak kecil tadi." Ujar Ekhmal.
"Abang, perlu ke Lina cerita pada Syahrul siapa Kak Fiza pada abang?" Tanya Elina.
"Terpulang pada Lina. Abang cuma nak cakap, Lina perlu berhati-hati sekarang. Kuatkan mental Lina agar Lina boleh berfikir secara rasional. Percaya pada pasangan yang paling penting. Abang tahu, Hafiza cuba nak dapatkan Syahrul kembali untuk kesenangannya. Lina perlu bersedia dan maklum akan itu, kalau ada apa-apa masalah, beritahu abang secepatnya."
Pesanan terakhir abangnya benar-benar membuatkan hati Elina bertambah tergugat. Aku kenal siapa Kak Fiza tu. Teramatlah kenal sikapnya itu. Kalaulah dia, aku tak risau mana. Aku cuma risaukan Syahrul aje. Manatahu kalau hati dia boleh berubah.
Yelah, cinta pertama kan cinta yang paling sukar dilupakan. Apatah lagi bila cinta pertama itu kembali dan menagih padanya semula.
Apa perlu aku buat? Elina memetik jarinya. Sofea! Ya, tanya Sofea. Sofea si cikgu cintaku.
YOU ARE READING
Jangan!
Romance"Kau tak memahamiku dan sukar untukku menjelaskannya. Jadi, jangan...." Syahrul seorang lelaki yang mempunyai segala-galanya kecuali satu, Cinta! Elina seorang gadis biasa-biasa tetapi mempunyai gaya dan personaliti yang tersendiri dan tidak pernah...