Bab 15

12.3K 467 0

Elina terlelap sepanjang perjalanan pulang. Dia benar-benar penat berjalan sepanjang tiga hari ini. Syahrul juga kepenatan, mujur dia sempat tidur beberapa jam sebelum memandu pulang. Jadi, kurang sedikit mengantuknya.

Syahrul berhenti seketika di R&R. Memandangkan jam sudah pukul satu pagi, dia ingin melelapkan sekejap matanya. Dia mengunci semua pintu untuk keselamatan.

Elina terjaga dari lenanya. Dia melihat kawasan sekeliling. Dekat mana yer sekarang? Entah. Dia tidak dapat mengagak. Suaminya yang lelap dikerling. Mesti dia penat memandu. Nak berganti-ganti memandu pun tak boleh. Elina tak boleh memandu kereta. Hmm...

Elina mengeluarkan talifonnya. Dia memeriksa mesej dari Sofea.

"Salam. Lina, aku balik kampung. Ada family meeting. Aku on the way ni. Sekarang ada di tapah. Mungkin lusa aku balik. Have fun dengan suami tercinta ya :) "

Elina mencebik. Sengal asam dol punya kawan.

Syahrul terpisat-pisat bangun apabila biasan cahaya telefon Elina menerobos matanya. Dia memandang jam. Cukuplah dapat tidur 20 minit. "El, kalau kau nak ke toilet atau nak beli air, jom ikut aku turun. Kalau tak kau duduk dalam kereta ni diam-diam."

Elina pantas mengikut suaminya keluar dari kereta. Dari tadi dia memang ingin ke tandas tetapi keadaan diluar agak gelap. Jadi dia takut untuk keluar sendirian.

Mereka meneruskan perjalanan pulang. Syahrul menguap. "El, aku nak air."

Elina membuka bungkusan air nescafe panas yang dibelinya tadi. Lalu disuakan straw ke bibir suaminya. Syahrul menyedup perlahan-lahan kerana air masih lagi suam-suam panas.

"Tadi saya ada beli Big Apple. Awak nak makan tak? Atau awak nak gula-gula mint?" Tanya Elina.

"Donat pun boleh juga. "

Elina mengeluarkan seketul donat dari kotak. Syahrul mengangakan mulutnya. Elina membaca bismillah sebelum menyumbatkan donat kedalam mulut suaminya.

Setelah setengah jam memandu di jalanraya yang lengang, akhirnya mereka sampai di rumah Syahrul. "Kau tidur aje dekat sini. Tak payah nak kejut kawan kau buka pintu pagi-pagi buta ni."

Tanpa disuruh pun, memang Elina mahu bermalam di rumah lelaki itu. Seram juga mahu berseorangan di rumah tanpa teman. Sofea sudah berada di kampungnya.

Elina membiarkan beg pakaiannya di ruang tamu sahaja. Esok pagi dia akan balik di rumahnya. Dia menapak ke tingkat dua. Syahrul turut mengikuti langkah isterinya.

"Terima kasih awak." Ucap Elina sambil menarik tombol pintu bilik sebelah bilik Syahrul.

"Untuk?" Soal Syahrul blur.

"Bulan tanpa madu." Ujar Elina perlahan. Wajahnya berona merah. Lambat-lambat Syahrul dapat menangkap maksud isterinya. Bibirnya mengulum senyum.

"Kalau kau nak bulan dengan madu, jangan masuk bilik tu. Masuk bilik ni, dengan aku." Bisik Syahrul nakal. Elina menggeleng laju. Dia lekas masuk ke biliknya dan mengunci pintu.

Terbahak-bahak Syahrul ketawa. Comel!

Elina menunaikan solat subuh. Setelah itu, dia menuruni anak tangga menuju ke dapur. Dia mengeluarkan bungkusan bihun dari kabinet lalu direndam. Sempat juga dia menjenguk bilik cucian. Ada beberapa baju kotor suaminya yang berlonggok disitu. Dia menyumbat semuanya didalam mesen basuh.

Siap memasak sarapan, dia menyidai pakaian suaminya dan mengemas rumah. Tak banyak yang perlu dikemas kerana tempoh hari dia sudah mengemas rumah ini. Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi.

Hmm... aku nak balik rumahlah. Dah tak tahu nak buat apa lagi dah. Nanti pandai-pandailah dia bangun cari makanan. Aku dah siap masak. Elina berjeda sebentar.

Dia menyarung tudung yang dipakainya semalam lalu keluar dari rumah syahrul setelah menutup pintu.

"Ting... tong..."

Bunyi loceng mengejutkan Syahrul dari tidurnya. Dia dengan malas bangkit dari katil lalu turun ke tingkat bawah. Dia memerhati sekeliling rumah. Bayang Elina tiada. Mungkin dia dah balik ke rumah dia. Fikir Syahrul.

Syahrul membuka pintu rumahnya. Terbuntang matanya melihat mama dan dadynya berdiri di luar rumahnya. "Apa mama dengan dady buat dekat sini?"

Tan Sri Sufian berdehem. "Aik, takkan nak melawat anak menantu tak boleh?"

"Dah taknak jemput mama dengan dady masuk ke? Rul ni baru bangun tidur ke? Elina mana?" Berdas-das soalan dari Puan Sri Fida.

Syahrul menggaru kepalanya. Aduh, masaklah aku kalini! Dia memberi laluan buat mama dan dadynya masuk.

Elina membuka pintu pagar rumahnya. Kemudian baru dia tersedar. Dia cuma sehelai sepinggang sahaja pulang kerumahnya. Beg pakaiannya tertinggal di rumah Syahrul. Hish! Kan dah jadi dua kerja nak patah balik. Rengus Elina.

Elina membuka kunci basikalnya kemudian mengayuh menuju ke rumah suaminya.

"Dari tadi mama tak nampak Lina. Mana dia, Rul?" Puan Sri Fida masih belum berpuas hati dengan anaknya yang berdiam diri sedari tadi.

"Kamu ni Da, Lina tengah bersiaplah tu. Sabar ajelah. Nanti turunlah menantu awak tu. Tak sabar sangat nak berboraknya." Tegur Tan Sri Sufian.

Elina menekan kata kunci rumah suaminya. "Assalamualaikum." Elina menutup kembali pintu. Dia memandang kehadapan. Terkejut dia melihat tetamu di rumah itu.

"Eh, mama dan dady. Bila sampai?" Tanya Elina gugup. Dia menyalami ibu dan bapa mertuanya.

"Baru aje kami sampai. Kamu ni dari mana Lina?" Jawab Puan Sri Fida. Elina memandang suaminya. Keningnya terangkat. Suaminya hanya mengangkat bahu.

"Elina dari kedai tadi. Nak beli santan dalam kotak. Tapi santan dah habis. Mama dan dady tak cakap nak datang, Lina tak masak apa-apa pun. Ada bihun aje Lina goreng buat sarapan." Cerita Elina.

"Eh, Lina pergi dapur kejap. Nak bancuh air. Mama dan dady nak sarapan sekali ke? Lina boleh hidangkan."

"Jom ke dapur. Mama pun tak makan lagi ni. Teringin nak makan dengan Lina dan Rul. Sebab tu pagi-pagi kami datang sini." Balas Puan Sri Fida.

Syahrul menarik nafas lega. Mujur Elina tiba tepat pada waktunya. Kalau tidak, mahu dia pengsan disitu.

Elina mencuci pinggan kotor. Puan Sri Fida dan Tan Sri Sufian sudah berangkat pulang. Katanya hanya ingin melawat sebentar sahaja.

Syahrul menyandarkan belakang badannya di kabinet. "El, kau pergi mana tadi? Aku cuak gila lah bila mama cari kau."

Elina tersengih. "Saya ni penyelamat keadaan juga rupanya. Hahaha... saya balik rumahlah. Buat apa lagi lama-lama dekat sini."

"Habis tu buat apa patah balik?"

"Tertinggal beg. Okeylah suamiku, semuanya dah beres. Adinda nak pulang dan berehat. Kemudian siapkan beberapa kerja adinda sebelum mula bekerja lusa." Seloroh Elina. Dia membawa beg pakaiannya keluar.

"Hati-hati." Ucap Syahrul.

"Okey." Balas Elina. Dia meletak beg dilantai. Tangan suaminya dicapai dan disalam.

"Saya pergi dulu."

Elina mengayuh basikal pulang kerumah dengan senyuman melebar. Entah kenapa, dia tetap nak tersenyum bila teringat wajah suaminya.



Jangan!Read this story for FREE!