Bab 20

22.4K 769 11
                                    

Syahrul mencapai talifonnya yang berdering. Bising betul. Syahrul merengus. Terpisat-pisat dia membuka mata untuk melihat nombor yang menalifonnya.

"Hmm... ada apa?" Ujar Syahrul dalam mamai. Kepala Syahrul terangguk-angguk mendengar apa yang dikatakan oleh seseorang di hujung talian.

Tidur Elina terganggu apabila mendengar suara suaminya berbual ditalifon. Dia turut bangun dan mencapai talifonnya. Jam sudah pukul 6.40 pagi. Alamak, Solat subuh!

Elina bergegas masuk ke bilik air. Syahrul menamatkan talian. Hishh... orang tengah cuti-cuti ni sebok pula nak jumpa. Macam tak boleh aje berurusan waktu kerja esok.

Apa boleh buat, client is always right, kan? Otak Syahrul berjeda. Elina keluar dari bilik air. "Awak nak solat sekali ke atau nak solat sendiri?"

"Sekalilah. Tunggu kejap, aku ambil wuduk." Bingkas Syahrul bangun dari katil menuju ke bilik air.

Elina turun ke bawah sendirian. Aik, mana semua orang? Sunyi aje rumah ni. Ujar Elina sendiri.

Bibik yang sedang mencuci pinggan ditegur. "Bik, mana semua orang dalam rumah ni?"

Bibik menoleh. Dia tersenyum. "Oh... Tan Sri sama Puan Sri sudah keluar. Katanya mahu bermain golf dengan teman Tan Sri. Tuan Azuan juga sudah keluar, katanya mahu jumpa sama ceweknya." Jelas bibik itu.

Elina mengangguk. Maknanya dalam rumah ni hanya tinggal aku dan Syahrul ajelah. Bosan betul. Alih-alih muka dia juga yang aku kena hadap. Entah macam manalah aku boleh tertidur sekatil dengan dia. Apasal dia tak guna bilik sebelah macam biasa?

Entah. Malas nak tahu. Tapi tak salah pun. Otaknya mencelah. Elina menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali untuk mengusir bayangan wajah suaminya yang baru bangun tidur pagi tadi. Hishh, menggoda betul.

"Berangankan apa tu?" Sergah Syahrul. Elina tersentak.

"Berangankan anak gajah." Latah Elina. Meletus tawa Syahrul.

"Anak gajah? Cubalah berangankan aku yang kacak ni ke? Barulah syok angan-angan kau." Ucap Syahrul sambil mencapai sekeping roti.

Elina memandang tubuh suaminya. Ni bersiap wangi-wangi berkot bagai ni nak pergi mana? Macam nak pergi dating aje. Tiba-tiba hatinya sakit bila otaknya tersebut perkataan 'dating'. Dia nak pergi dating ke? Elina ragu.

"Apasal kau pandang aku macam tu? Ada yang tak kena ke?" Syahrul membelek pakaiannya. Semuanya okey aje.

"Awak nak pergi mana?" Tanya Elina.

"Kerja." Balas Syahrul pendek.

"Hari Ahad?"

"Elina sayang, ada client aku ni terpaksa ke China esok jadi dia memaksa aku untuk deal harini sebelum dia berangkat pagi esok. Aku ni terpaksalah pergi juga. Takkan aku nak kata tak boleh pulak. Ni projek besar kau tahu tak. Kena jaga baik-baik." Jelas Syahrul. Dia menyirup air kopi.

Elina menarik nafas lega. Cemburu ke ni? Entah, Elina sendiri tidak pasti. Tak ape, nanti aku tanya Sofea cemburu tu apa.

"Tersengih pula. Kau ni period ke?" Suara Syahrul sekali lagi menyentakkan lamunan Elina. Elina menggeleng.

"Okeylah, saya pergi dulu. Take care." Elina menyalami tangan suaminya.

"Balik awal!" Ujar Elina.

"Kenapa? Rindu ke?" Giat Syahrul sambil memakai stokin. Elina menggeleng. Dia pantas berlari ke dapur. Wajahnya memerah.

"Damn!"

Elina terdengar suara suaminya mengamuk di luar rumah lantas menerpa mendapatkan suaminya.

"Kenapa awak?" Tanya Elina.

Syahrul menoleh. Wajahnya bertukar merah. "Kereta aku tak boleh start. Masa nak cepat nilah nak rosak. Bangang betul. Dah lah semua kereta tak ada dekat rumah ni." Marah Syahrul.

Terhinjut bahu Elina mendengar marah suaminya. Dia memerhati sekeliling. Benar, tiada satu pun kereta yang ada.

"El, kau ada nombor teksi tak?" Tanya Syahrul. Elina menggeleng. Dia tidak simpan mana-mana nombor teksi. Dia biasa menahan aje teksi yang lalu dihadapan ofisnya.

"Macam mana ni? Takkan aku nak kayuh basikal Zuan pulak." Rengus Syahrul. Dia terduduk dilantai. Elina menahan tawanya. Tidak dapat membayangkan suaminya mengayuh basikal. Mesti kelakar.

Entah bagaimana, matanya terarah pada sebuah motosikal berkuasa tinggi di garaj. "Eh, motor Zuan ada tu. Awak bawak ajelah." Syahrul menjeling isterinya.

"Kau punya punchline tak sampai. Tak kelakar pun." Ujar Syahrul bernada beku.

Elina memeeluk tubuhnya. "Bila masa saya buat lawak. Awak bawa ajelah motor tu. Nanti saya ambilkan kunci."

Syahrul menarik lengan isterinya. Dia menundukkan wajah. "Elina, dalam dunia ni, ada tiga benda aje yang aku tak boleh bawak. Satu, kapal terbang dan seangkatan dengannya. Dua, feri dan seangkatan dengannya. Ketiga, motosikal."

Terlopong mulut Elina mendengar butir bicara suaminya. Syahrul tak reti bawa motosikal? Dia nak tergelak tapi ditahan. "Kalau macam tu, awak tunggu kejap. Saya tukar baju." Elina bingkas masuk kedalam rumah.

Lima minit kemudian dia keluar. Elina menghulurkan helmet kepada suaminya. "Pakai cepat. Saya hantarkan awak."

"Eh, kau reti bawak ke? Berat tu El. Kau jangan main-main." Risau Syahrul apabila Elina mengeluarkan motor berkuasa tinggi itu dari garaj.

Elina menyarungkan jaket leather kepunyaan suaminya. Semasa dia menukar pakaian, dia terjumpa jaket kulit itu. Kalau tak pakai jaket, berterbanganlah tudungnya nanti. Kemudian dia memakai helmet.

"Cepatlah awak. Dekat mana awak nak pergi ni? Saya hantar." Ujar Elina. Dia dengan cermat naik atas motor itu. Ya, motor besar memang berat apetah lagi dia perempuan. Tetapi nak naik pun ada teknik. Bukan macam tunggang motor kapcai.

"Hish.. tak payahlah. Aku talifon member aku aje. Takutlah aku nak naik." Syahrul sudah mengeluarkan talifonnya. Tetapi dirampas oleh Elina.

"Suamiku sayang, awak jangan risau. Saya ada lesen kelas B penuh. Saya dah bawa motor yang lagi besar dari ni. Sampai ke Thailand saya dah sampai tau tak? Sekarang, awak cakap nak kemana? Saya akan hantar awak. Kalau tak nak tak apalah, saya nak berjalan. Lagipun Zuan dag bagi kebenaran untuk saya bawa motor dia ni." Jelas Elina. Syahrul lambat-lambat naik juga dibelajang Elina.

"Putrajaya."

Terjerit Syahrul dibuatnya apabila Elina menyelit diantara kereta-kereta dijalan raya. Dia merangkul pinggang isterinya lebih erat sambil memejamkan matanya. Dia masih fobia dengan motosikal.

Elina hanya beriak biasa. Setelah bertahun lamanya, dapat juga dia menunggang superbike semula. Rindunya pada motorsikal arwah abahnya hanya tuhan yang tahu.

Elina tiba di perkarangan hotel Shangri-La. Syahrul turun setelah Elina memberhentikan motorsikal. "El, kau ikut sekalilah."

Elina mengangguk. "Kejap, nak park dulu."

Mereka beriringan masuk ke hotel itu. Dua orang lelaki sudah menunggu di meja makan restoran mewah berhadapan taman landsakap.

Syahrul bersalaman dengan clientnya. "Maaf menunggu lama. Ada perkara yang tidak dapat dielakkan terjadi tadi." Ujarnya.

"Yang cantik jelita ni siapa?" Ujar salah seorang dari mereka. Elina tersengih apabila digelar cantik jelita.

"Oh. She is my lawyer a.k.a my lovely wife , Elina." Syahrul memperkenalkan Elina kepada clientnya. Mereka mengangguk faham. Elina sekadar tersenyum buat client suaminya.

Jangan!Where stories live. Discover now