Bab 28

24.5K 744 10
                                    

Elina mengemaskan pakaiannya. Penampilannya dibelek dicermin sebelum dia melangkah keluar. Dia melintasi kamar suaminya dan mengintai kedalam kerana pintu tidak tertutup rapat.

Syahrul sedang mengenakan butang terakhir pada baju kemejanya. Tie dimasukkan kedalam poket seluar slack. Kemudian dia berjalan menuju ke pintu.

"Oii, mengintai eh kerja dia." Sergah Syahrul. Elina tersengih.

"Kenapa tak pakai aje terus tie tu? Kenapa simpan dalam poket?" Soal Elina. Dia menyeluk poket suaminya dan mengeluarkan tie tersebut. Dia melilit kemas leher suaminya dengan tie. Kemudian menepuk-nepuk perlahan dada suaminya.

"Dah handsome." Gumam Elina.

"Apa sebelum ni saya tak handsome ke?" Duga Syahrul. Matanya merenung sepasang mata bundar isterinya.

"Sebelum ni rasanya macam tak. Sebab selekeh sikit. Tapi bila dah kemas macam ni, baru perasan yang awak ni handsome juga rupanya." Usik Elina nakal sebelum menuruni anak tangga. Syahrul menarik muncung sedepa. Sedap dia kutuk aku.

Sepanjang perjalanan, masing-masing diam membisu. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibir masing-masing.

Elina tersenyum sendiri. Kemudian dia tergelak terbahak-bahak sehingga menarik perhatian Syahrul yang fokus memandu itu.

"Apa yang kelakar?"

Elina menggeleng. Entah, dia rasa ingin ketawa jadi dia pun ketawa. Mungkin 'bulan' dia sudah hampir tiba jadi kerana itu emosinya tidak setabil.

"Syahrul, awak nak tak jumpa abang saya? Saya rasa rindulah pada dia. Haritu jumpa dia kejap aje. Tak terlepas lagi rindu saya pada dia selama ni. Tak sempat bersembang panjang, tanya dia pasal perkembangan dia dan segala-galanyalah yang terbuku dalam hati saya pasal dia." Elina memandang wajah suaminya meminta kepastian. Syahrul hanya menarik nafas perlahan.

"Boleh tak awak jangan rindu orang lain selain saya?" Itu pula yang dijawab Syahrul. Elina menampar lembut bahu suaminya.

"Apa kaitannya? Saya rindu pada dia lain dan saya rindu pada awak lain. Tak sama..." dihujung-hujung ayatnya dia memperlahankan nada suaranya sambil tertunduk. Namun Syahrul dapat menangkap suara isterinya.

"Rindu pada saya macam mana?" Duga Syahrul. Elina menggeleng.

"Kalau awak tak nak jumpa abang saya tak apa. Tapi saya minta izin awak untuk berjumpa abang saya. Boleh tak? Ala... boleh lah eh?" Pujuk Elina manja. Haishh, sejak bila Elina pandai nak manja-manja dengan Syahrul ni? Mungkin kerana swing moodnya. Elina kan akan berubah personaliti ketika 'bulan merah' datang menjengah dan beberapa hari sebelum bulan itu tiba.

Syahrul memandang kejap wajah isterinya itu. Comel! "Bila nak jumpa? Apa perlu saya bawak untuk berhadapan dengan abang ipar saya? Saya mestilah kena tunjuk eksyen sikitkan? Nak bodek abang ipar."

Elina menjerit riang. "Awak nak ikut juga? Yeayy! Nanti saya beritahu abang yang kita nak berjumpa dia. Nanti saya inform pada awak semula."

Elina mencapai backpack di tempat duduk belakang. Tangan suaminya dikucup seperti selalu.

"Selamat bekerja sayang." Ujar Syahrul sambil mencubit pipi Elina. Geram dia dengan pipi gebu itu.

Elina mendapat satu akal nakal. "Hey Syahrul, nak tahu tak apa beza awak dan abang saya?"

Syahrul mengangguk. "Apa bezanya?"

"Mari dekat sikit. Saya nak bisik ni."

Syahrul menghampiri wajah isterinya. Tanpa berlengah, Elina mengucup bibir lelaki itu dengan  pantas kemudian menjauhi lelaki itu. "Itu bezanya. Saya tak boleh buat macam tu dekat abang saya sebagai tanda melepas rindu tapi saya boleh buat pada awak. Nampak tak perbezaan dia? selamat bekerja juga sayang."

Mencicit Elina keluar dari kereta dan berlari anak masuk ke ofis meninggalkan Syahrul yang masih terpana itu. Ini kali kedua, Elina nakal padanya. Dia memegang bibirnya sendiri bersama sebuah senyuman.

Tan Sri Sufian menunggu kedatangan anaknya di pejabat. Dia mengerling jam. Biasanya budak bertuah ni dah sampai, tetapi kemana pulak perginya sampai sekarang tak nampal batang hidung.

Syahrul terkocoh-kocoh menekan butang lif. Dia sudah lambat. Dia berjanji pada dadynya akan bertemu pada pukul 9 pagi. Sekarang sudah 9.10 pagi. Dia terlewat 10 minit kerana kesesakkan jalan raya.

"Auchh!"

Syahrul menoleh kebelakang apabila terdengar suara seorang perempuan terjerit kecil. Perempuan itu sudah terjelopok ke lantai dan barang-barangnya bersepah. Tulah pasal pakai kasut tumit taknak tinggi. Kan dah jatuh. Mujur Elina tak pakai tumit-tumit ni. Sempat pula dia teringatkan isterinya.

"Miss are you okay?" Syahrul membantu perempuan itu bangun.

"I ok...ey...." lama mata mereka bertatapan antara satu sama lain.

Jantung Syahrul mengepam laju. Senyumannya yang menghiasi bibir sedari tadi terus mati.

"Long time no see, Syahrul." Ujar perempuan itu. Syahrul mengangguk.

"Yaa it's been awhile." Balas Syahrul pendek. Dia ingin melangkah masuk kedalam pinti lif yang terbuka tetapi dihalang oleh perempuan itu.

"You masih marahkan i? Come on, dah empat tahun pun kan i rasa?"

"Empat tahun sebelas bulan. Bulan depan genap lima tahun. Apa you nak? I dah lambat so please let me go." Syahrul merentap tangannya dari pegangan perempuan itu lalu masuk kedalam perut lif. Belum sempat perempuan itu masuk, Syahrul menekan butang tutup dan pintu itu sudah tertutup sebelum perempuan itu sempat menghalangnya.

Kenapa dia kembali saat aku mula ingin bahagia dengan perempuan lain? Ahh lantaklah, dia cerita lama. Elina cerita baru dan akan terus kekal selamanya.

"Sorry dady i'm late. Rul hantar Elina dulu. Kemudian on the way ke sini jammed pulak." Syahrul memberikan alasan kepada dadynya. Tan Sri Sufian hanya mengangguk.

Dia mengamati wajah kelat anaknya. "Kamu bergaduh ke dengan Elina? Masam aje muka dady tengok."

Syahrul menggeleng. Ikutkan, muka aku takkan masam macam ni kalau aku tak terjumpa dia. "Rul cuma... penat. Yaa penat." Ujarnya sambil mengeluh berat.

"Suka hati kamulah Rul. Kamu dah besar dah ada akal. Fikir-fikirkanlah apa yang terbaik buat diri kamu dan...."

kata-kata Tan Sri Sufian terhenti apabila bunyi ketukan dipintu kedengaran. "Masuk."

Seorang perempuan berambut pendek separas bahu muncul disebalik pintu yang baru dikuak dari luar. "Hai uncle, Fiza...."

Sekali lagi? Syahrul mendengus kasar. Tan Sri Sufian menjemput Hafiza duduk. "Fiza dah ready nak mula kerja harini?"

Mata Syahrul membuntang. Kerja? Apakah?

"Of courselah uncle. Tak sabar nak cuba pengalaman baru dekat tempat uncle." Ujar Hafiza ceria. Dia turut mengerling kearah Syahrul.

"Baguslah begitu. Oh Rul, ni Hafiza. Dia akan gantikan tempat Irham buat sementara waktu ni sehingga Irham selesai dengan urusan di U.K pertengahan tahun depan."

Syahrul hanya beriak biasa. Tiada ucapan yang neniti dibibirnya.

"Uncle, we know each other. Kami pernah bekerja di Pelangi Holding dekat Alor Star sama-sama dulu." Jawab Hafizah dengan sebuah senyuman.

"Oh, kamu dah kenallah dengan anak uncle?"

"Anak?" Terkejut nada suara Hafiza. Dia memandang Syahrul yang masih beku itu.

"Yaa i anak Tan Sri Sufian. Kenapa?" Balas Syahrul sinis. Dia berdiri. "Dady, tengahari nanti Rul tiada di pejabat. Rul nak pergi mahkamah."

Tan sri Sufian memandang anaknya. Wajahnya berkerut. "Kenapa? Kamu ni jangan nak buat pelik-pelik."

"Pelik apanya dady, Rul nak support Elina fight di mahkamah." Balas Syahrul kemudian keluar dari ofis bapanya. Panas dia rasa dengan tenungan perempuan yang pernah mematahkan hatinya dulu.






Jangan!Where stories live. Discover now