Bab 1

32.6K 651 3

"Srethhh....bum!"
Syahrul menekan break mengejut. Tubuhnya terhumban ke hadapan. Dia mengurut dadanya lega. Mujur tiada apa-apa yang kecederaan yang mengenai dirinya.

Dia keluar dari keretanya untuk melihat apa yang dilanggarnya. Seorang gadis berbaju kurung mengerang kesakitan dan kakinya tersepit dibawah basikal. Syahrul membantu gadis itu bangun.

"Kau okey tak?" Soalan skema yang ditanyai Syahrul.

Gadis itu memandang Syahrul tajam. "What kind of question? Mestilah saya tak okey! Kaki saya ni sakit." Gerutu gadis itu geram.

Syahrul terpana. Wow, gadis kampung bercakap 'mat salleh'. Ayu dan comel sungguh air mukanya. Hishh! Wake up Syahrul!

"Dah tu siapa suruh tak berhati-hati?"marah Syahrul. Gadis itu bercekak pinggang.

"Siapa yang langgar siapa? Awak yang langgar saya. Sebab saya terlebih berhati-hatilah saya kayuh basikal dengan cermat dan selamat tetapi awak? Awak pandu kereta macam pelesit! Tak tahu ke ini kawasan perumahan? Tak nampak ke papan tanda had laju tu?" gadis itu meninggikan suaranya. Dadanya berombak menahan kemarahan.

Muka syahrul mula merah apabila di marahi sebegitu. Dia ingin bersuara tetapi dicelah oleh gadis itu.

"Saya boleh buat laporan dekat balai yang awak melanggar saya. Awak tak mematuhi undang-undang jalanraya . Silap hari bulan, lesen awak pun boleh ditarik kerana sikap pemanduan awak ni boleh membahayakan orang lain."

"Okey, sorry. Tapi aku ada kecemasan sekarang ni. Aku perlu berjumpa dengan mama aku. Aku rasa, kau pun tak adalah teruk mana. Siap boleh membebel lagi. So, boleh aku chaw sekarang?"balas Syahrul dengan sinisnya.

Berasap telinga gadis itu mendengarnya. Mukanya merah padam. "No way, man. Basikal saya dah remuk awak langgar dan awak nak blah macam itu aje? Awak perlu bertanggungjawab!"

Syahrul mendengus. Talifon bimbitnya yang berbunyi dipandang sepi. Dia memandang gadis itu sekilas. Pandangannya jatuh pada kain gadis itu. Ada darah yang bertompok di kain itu. Terbit rasa kasihan di hati Syahrul.

"Yelah...yelah. Aku ganti basikal kau. Dah, masuk kereta sekarang."arah Syahrul. Dia mencampak basikal gadis itu ke tepi jalan. Terbuntang mata gadis itu.

"Kenapa buat basikal saya macam tu?"

"Sebab basikal kau ni dah rosak! Dah tak boleh nak pakai dah, cik adik oi. Nanti aku gantikanlah yang baru. Sekarang ni aku nak bawa kau ke klinik. Nanti kata aku tak bertanggungjawablah pulak."

Syahrul menolak tubuh gadis itu masuk ke tempat duduk di sebelah pemandu. Kayu betul gadis ni. Badan keras macam pokok. Ujar Syahrul dalam hati.

"Awak nak bawa saya ke mana ni? Sepatutnya awak u-turn tadi jika nak ke hospital."dalam takut-takut, gadis itu bersuara.

Syahrul mengendahkan pertanyaan gadia itu. Jam di dashboard di kerling. Lambat!

"Err... awak langgar lampu merah."

"Biarlah... nanti saman aku yang bayar. Bukan pakai duit kau!"tengking Syahrul kasar. Terhinjut bahu gadis itu mendengarnya.

Syahrul memberhentikan kereta di hadapan rumah banglo keluarganya. Tanpa berlengah, dia lantas keluar dan meluru masuk ke dalam dan meninggalkan gadis itu di kereta.

Gadis itu memerhati seluruh kawasan rumah Syahrul. "Wah... besarnya banglo-banglo di Sri Hartamas ni."ujarnya teruja.

Syahrul mendapatkan mamanya. "Ma,kenapa ma? Mama sakit ke? Mana dady? Zuan dan Nuar mana? Bibik mana tinggalkan mama seorang di rumah ni?"ujarnya cemas.

Puan Sri Fida tergelak melihat telatah anaknya. "Chill Rul. Rul dah makan? Mama ada masakkan something speacial."

Syahrul blur sekejap. "Tadi mama kata emergency...."

"Mestilah. Mama rindu Rul sangat-sangat sebab tulah mama kata emergency. Kalau tak, banyak alasan Rul nak balik rumah mama ni."

Syahrul terduduk. Matanya tak berkedip memandang mamanya.

"Ma... Rul perlu ke...."

"No Rul! Rul tunggu dulu kalau apa-apa hal pun. Dengar apa yang mama nak katakan ni. Cukup-cukuplah Rul mengelak. Rul sedar tak yang Rul dah nak masuk three series? Sampai bila nak berfoya-foya? Sekarang, Rul pilih yang mana satu Rul berkenan dan mama akan pinang dia as soon as possible." Puan Sri Fida meletakkan beberapa keping gambar diatas meja.

Syahrul menggeleng. Wajahnya diraup. "Ma, Rul tak nak semua ni."

"Apa lagi yang tak cukup? Semua ni berpakej tau. Seksi, cantik, berpelajaran dan dari keluarga yang berada. Semuanya kena taste Rul mama rasa. Apa lagi yang kurang?"

"I'am sorry ma but Rul perlu pergi dulu. Nanti Rul datang balik. Kesian dia mesti tunggu Rul lama tu."ujar Syahrul lalu mencium tangan mamanya dan berlari keluar.

"Siapa 'dia' tu Rul?" Jerit Puan Sri Fida.

Syahrul menghenyakkan punggung di kusyen kereta. Wajah gadis yang dilanggarnya tadi di tenung. Nyenyak sungguh tidurnya. Ayu, comel dan manis pada pengamatan mata lelakinya. Tidak semena-mena dadanya berdebar. Dia mengalihkan pandangan. Tanpa menunggu lama, kereta di pandu meninggalkan kawasan banglo elit itu.

Jangan!Read this story for FREE!