Bab 8

21.3K 720 6
                                    

Elina berguling ke kiri dan ke kanan. Kepalanya benar-benar serabut sekarang ini. Banyak benar masalah yang timbul. Apa kerja sebagai peguam ini memang untuk menyelesaikan masalah ke? Sehingga masalah lelaki itu juga aku yang harus selesaikan?

Bengkak hatinya bila lelaki itu meletakkan kesalahan keatas bahunya.

"Ini semua salah kaulah. Kau yang membuat mama percaya kita bercinta." Bentak Syahrul. Wajahnya langsung tiada riak bersalah.

Elina menoleh ke arah Syahrul. "Apasal pulak salah saya? Apa yang saya dah buat? Awaklah yang sesedap hati perencah adabi pegang-pegang saya depan mama awak. Lepas tu nak salahkan saya."

Syahrul merengus kasar. "Ingat aku nak sangat ke pegang kau? Geli aku. Dahlah keras."

"Tapi awak pegang jugakan? Geli konon." Ejek Elina geram.

Syahrul terdiam. Ada benarnya kata-kata Elina. Dia lalukan itu kerana ingin mamanya berhenti mencarikannya pasangan hidup. Dialah puncanya kesalah fahaman ini terjadi.

"Apasal diam? Tak boleh jawab? Ha... jawablah...jawab. Lembik!" Ujar Elina dengan nada mengejek.

"Kau ni memang suka melawan kan? Nak cabar aku sangat kan?" Syahrul memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia mendekati Elina.

Elina sudah ketakutan. "Apa awak ni? Awak nak buat apa ni?"

"Kau kata aku lembik kan? Kau tarik balik kata-kata kau!"

"Memang awak lembik!" Elina dapat merasakan hembusan nafas Syahrul yang berada dekat dengannya itu. Dia menutup mata. Tangannya disilangkan ke dada. Mulutnya terkumat-kamit berdoa.

Syahrul tergelak melihat telatah Elina. Dia kembali memandu. "Kau ni El, kalau jadi perkara macam ni dekat kau lain kali, kau sepatutnya mempertahankan diri kau atau melawan. Bukan lawan kata-kata aku. Lagi satu, yang kau tutup mata tu apahal? Apa kau memang nak ke?"

Elina membuat muka. Sakit jiwa raganya apabila dimainkan oleh orang gila disebelahnya ni.

"Awak ni jahat! Menyampah betul saya."

"El, kau tolonglah cari jalan penyelesaian juga. Aku buntu sangat ni. Kau kan peguam. Otak kau mesti bijak, kan?" Kata Syahrul. Dia mengeyitkan matanya.

Elina tersentak dari lamunannya apabila terdengar bunyi pintu pagar rumah dibuka. Mungkin Sofea sudah balik. Dia bergegas turun ke tingkat bawah.

Sofea meletakkan beg pakaiannya di tepi sofa. Dia menghenyakkan punggung. Elina menghampiri kawannya.

"Lamanya kau balik kampung. Keluarga kau sihat?" Tanya Elina. Sofea mengangguk.

"Keluarga aku memang sihat. Tapi aku ni yang tak sihat."jawab Sofea sambil memeluk bahu kawannya.

"Kau sakit ke?"

"A'ah. Sakit hati. Kau tahu tak aku dah bertunang dengan sepupu aku. Aku sendiri pun terkejut. Keluarga kami nak satukan kami kerana mereka sangka kami ni saling mencintai. Memanglah aku pernah ada minat dekat Zaidi, tapi tu masa zaman tak baligh. Sekarang ni masing-masing dah besar. Weh, kalau aku lari agak-agak kau macam mana?"luah Sofea. Dia merenung kawannya dengan penuh harapan dan menunggu maklum balas Elina

"Hish kau ni. Tu namanya lari dari masalah. Janganlah down macam ni. Kau berbincang dulu dengan Zaidi sepupu kau tu. Apa penerimaan dia? Dia dah ada yang berpunya ke? Kau berpakatlah dengan dia tolak perkahwinan ni." rumus Elina.

Sofea mengeluh lemah. "Lina, dah banyak kali aku jelaskan pada keluarga aku. Mereka tak nak dengar. Aku dengan Zaidi dah cuba jelaskan tapi mereka tak nak faham juga. Keputusan mereka muktamad. Aku buntu ni."

Elina teringatkan masalahnya tiba-tiba. Masalahnya juga hampir serupa dengan kawannya. Orang tua-tua ni suka memaksa dan tidak mahu dengar penjelasan anak muda ke? Haishh... parah!

"Sabarlah Sofea, tuhan sedang menguji kita. Aku juga sedang bermasalah sekarang ni. Kita perlu banyakkan berdoa. Dah, kau pergi mandi kemudian berehat. Busuk dah bau kau ni. Lepas tu nak peluk-peluk aku. Aku nak masak untuk kau kejap. Pergilah cepat mandi!!!!" Arah Elina sambil menggeletek pinggang kawannya. Mencicit Sofea lari menuju ke biliknya.

Syahrul membuka laman facebooknya. Sudah lama dia tidak menggunakan laman sosial itu. Nama seseorang ditaip.

Tiada apa-apa yang diberubah pada halaman itu. Kali terakhir pemilik laman itu mengupdate statusnya adalah empat tahun lepas. Syahrul mengeluh lemah.

Mengapa perlu mencinta pada yang tidak sudi? Pergi buka hati kau untuk gadis lain. Skandal kau ramai, Rul. Takkan tiada satu yang mampu menggetarkan jiwa kau? Bisik satu suara halus.

Syahrul menggeleng. Hanya gadis itu yang aku cintai dan sehingga sekarang, cinta itu masih mekar. Namun, adakah gadis itu masih masih wujud? Apakah statusnya sekarang? Sudah beranak-pinakkah dia?

Syahrul menggeleng. Dia tiada jawapan untuk itu. Jika ada cinta lain selain dari dia datang mengetuk hati , tunjukkan dimana ruang yang masih belum dihuni. Syahrul mendaftar keluar akaunnya lantas menutup laptop. Dia melangkah menuju ke bilik mandi.

Jangan!Where stories live. Discover now