Bab 43

13.4K 407 8

Elina mendengus geram apabila dia terpaksa memasak bihun tomyam pada pukul 2 pagi. Syahrul merengek-rengek mahu memakannya. Sudah puas dipujuk agar mendapatkannya esok pagi, tetapi Syahrul tetap berdegil. Dia mahukan sekarang ini juga.

Elina dengan wajah masam mencuka turun kedapur berhati-hati. Kandungannya sudah mencecah enam bulan. Perutnya juga sudah kelihatan membuncit kehadapan.

Dia mengeluarkan bahan untuk memasak tomyam. Bihun dari kabinet dikeluarkan kemudian direndam. Syahrul hanya melihat isterinya membuat kerja tanpa ada sebarang niat mahu membantu.

Setelah beberapa minit, bihun tomyam dihidangkan dihadapan Syahrul. Elina menuangkan air buat suaminya. "Makan sekarang! Kalau awak tak makan, saya belasah awak!" Ugut Elina.

Geram. Kadang-kadang tu manja dan mengada-ngada suaminya terlebih sangat. Mujur dia minta bihun tomyam. Kalau dia minta durian macam mana?

Pernah sekali tu Syahrul meminta durian pukul 3pagi. Manalah ada durian dirumah. Menangis teresak-esak Syahrul apabila Elina memarahinya supaya jangan nak mengada lebih.

"Ye saya tahu. Saya nak makanlah ni." Suara Syahrul menyentak Elina.

Elina hanya memerhatikan suaminya makan. Sesekali comot di bibir lelaki itu disapu. "Awak, sedap tak?"

Syahrul tidak membalas. Dia diam sahaja. Elina jadi bengang. Pinggan suaminya ditarik.

"Sayang, kenapa ni?"

Elina mula mengalirkan air matanya. "Buat apa nak makan kalau tak sedap."

Syahrul tercengang. "Bila masa saya kata tak sedap? Bagilah balik. Saya tak habis makan lagi."

"Dah tu, saya tanya sedap tak, awak tak balas. Awak diam aje. Maknanya tak sedaplah tu. Saya tahu, saya masak tak pernah sedap." Elina merajuk. Syahrul menggeleng.

Inilah Elina. Sejak mengandung, salah sikit aje nak sentap. Lepas tu menangis. Nanti dapat anak cengeng. Haishh... Syahrul mengeluh.

"Awak mesti dah bosan dengan saya, kan?"

Membulat mata Syahrul. "Apa awak merepek ni Elina? Bila masa saya kata saya bosan dengan awak?"

Elina berlalu ke ruang tamu. Air matanya diseka. "Awak dahlah tak suka masakan saya, lepastu awak mengeluh. Saya tahu awak dah mula bosan dengan saya."

Syahrul menarik Elina merapatinya. "Saya tak pernah bosan dengan cinta hati saya ni. Kalau saya bosan dengan awak, bermakna saya bosan dengan diri saya sendiri.

Saya tak pernah tak suka masakan awak. Saya tak boleh hidup kalau tak makan masakan awak, tau tak?" Syahrul cuba memujuk. Elina tersenyum kelat.

"Dahlah, saya nak tidur. Awak pergilah habiskan makanan tu." Elina berlalu untuk pergi. Tak lama kemudian...

"Syahrul!" Jerit Elina. Dia merangkul leher suaminya untuk mengimbangi badannya.

Syahrul tersengih. Dia menapak anak tangga dengan berhati-hati memandangkan dia sedang menggendong Elina yang berbadan dua itu. "Kalau tunggu awak naik atas, sampai subuh nanti pun tak sampai, sayang."

Berkerut dahi Elina. Rasa macam pernah dengarlah ayat ini. "Rul, cuba awak dekatkan sikit muka awak tu."

Syahrul terhenti dari meneruskan langkahnya. Dia merapati wajah isterinya. "Macam ni ke sayang?"

Elina tersenyum. "Saya dah ingat semula, dekat mana awak pernah tuturkan ayat tadi tu."

"Yang mana?"

"Masa naik tangga dekat rumah mama. Awak suruh saya tutup mulut sebelum something interesting like this happened." Ucap Elina kemudian mengucup bibir suaminya.

Jangan!Read this story for FREE!