Bab 35

15.5K 531 13

♡korang tengok dulu video ni. Lepastu ending baru tahu kenapa saya suruh tengok. Btw, jangan lupa vote dan komen ye✌♡

***************

Syahrul menyelongkar pakaian yang telah dilipat oleh Elina didalam beg. Dia memasukkan sepasang lingerie dress merah bertali halus kemudian mengeluarkan pijama Elina.

Elina membuka pintu bilik. "Ya Allah. Awak buat apa lagi tu? Saya dah lipat semua baju yang nak dibawak lah. Kenapa selongkar balik? Awak cari apa?"

Syahrul tersengih sambil menggeleng. "Saya cari barang. Dah jumpa pun dah. Awak pergi lah tunggu dekat bawah hidupkan enjin kereta. Saya nak masukkan semua pakaian ni balik. Tak ape, pergi aje. Saya boleh buat." Syahrul menepis tangan Elina yang ingin melipat semula pakaian yang diselongkar Syahrul.

Kantoilah nanti kalau Elina yang kemas. Syahrul membuat muka tegasnya. "El, saya kata saya yang akan kemas. Awak pergi turun sekarang atau kita tak payah pergi bercuti. Duduk aje dekat rumah ni. Mana awak nak?"

Elina mencicit turun ke bawah. Hish, takkan lah nak batalkan percutian hanya kerana baju? Oh tidak!

Setelah selesai mengunci pintu, Syahrul memasuki kereta. Elina sudah sedia duduk disebelah. "Jom! Bismillah..."

Masing-masing tidak lekang dengan senyuman. Elina menyanyi kecil mengikut rentak lagu Lucky dendangan Jason Mraz di radio.

Syahrul menggamit sebelah tangan Elina lalu dibawa ke pehanya dan digenggam. "El, kalini kita pergi bulan madu tau. Bukan bulan tanpa madu lagi."

Elina tergelak. Dia teringat kembali semasa dia pulang ke kampung bersama Syahrul kemudian bersiar-siar bersama lelaki itu.

"Bulan madu untuk orang baru kahwin aje. Kita ni dah enam bulan lebih kahwin tau. Sofea tu pun dah mengandung dua bulan." Elina menarik tangannya kembali dari genggaman Syahrul.

"Sebab tulah kita pergi bulan madu. Tengok, Sofea dah dua bulan. Awak belum lagi kan?" Sakat Syahrul sambil mencium pipi Elina. Elina menolak wajah suaminya.

"Pandang depanlah. Bahaya!"

"Wah!"

Elina mendepakan kedua tangannya sambil menutup mata. Syahrul tersenyum melihat telatah isterinya. Perlahan-lahan dia merangkul isterinya dari belakang.

"Rul, cantikkan tempat ni?" Elina masih teruja. Bayangkanlah dah petang tetapi suasana dan udaranya seakan pagi. Pemandangannya dari balkoni Pine Resort Bukit Fraser memang sungguh memukaukan.

Syahrul mengangguk. Dia membenamkan bibirnya di pipi gebu Elina. Elina hanya membiarkan. Hatinya bahagia. Amat bahagia dengan apa yang dilaluinya sekarang.

"Awak, rasanya dekat dataran menara jam tadi macam ada event. Jom pergi nak?" Ajak Elina. Wajah suaminya ditenung.

"A'ah. Ni kan bulan enam. Memang kebiasaan dekat Fraser setiap bulan enam akan diadakan festival birds race dimana semua burung akan berhijrah dan berkumpul di sini. Setahun sekali aje boleh tengok burung-burung yang unik dari pelbagai pelosok dunia. Sayang nak pergi ke?" Tanya Syahrul. Elina mengangguk.

Mereka mengenakan tshirt couple berwarna ungu gelap. Elina menyarungkan baju sejuk di tubuhnya.

Syahrul sudah menunggu di luar. Haishh lambatlah pulak si Elina ni. Inilah perempuan. Kalau bersiap tak sah kalau tak berejam. Rengus Syahrul.

Elina menghampiri suaminya. "Awak jom?"

Syahrul mengunci pintu. Mereka berpimpingan tangan berjalan menuju ke menara jam. Ikutkan Syahrul mahu memandu tetapi ditegah oleh Elina.

Jangan!Read this story for FREE!