Bab 38

13.1K 501 23

Syahrul tersentak dari melakukan kerjanya apabila dia terdengar bunyi pintu dibuka dari luar. Dia mendongakkan wajahnya.

Terpacul wajah Hafiza di sebalik pintu. "Hai sayang."

Syahrul merengus. "You nak apa? Dah lewat malam ni, apahal you tak balik lagi?"

Hafiza mendekati Syahrul. Dia menolak segala kertas kerja yang bersepah diatas meja kerja Syahrul lalu dia duduk diatas itu. Membuntang mata Syahrul.

"Apa you ni? Gila ke?" Jerkah Syahrul.

Hafizah menyeret-nyeret jarinya didada Syahrul dengan wajah menggodanya. "I nak you...."

Syahrul menepis tangan Hafiza. Dia lantas berdiri. "Kau ni tak ada maruah ke? Aku jijiklah dengan perempuan murah macam kau ni." Syahrul ingin berlalu tetapi lengannya direntap kuat oleh Hafiza sehingga Syahrul terduduk semula di kerusinya.

Hafiza mendekati Syahrul. "I tetap nak you...Syahrul. By hook or by crook  you akan jadi milik i."

Syahrul memalingkan wajahnya. Kedua tangannya sudah menolak tubuh perempuan itu dari menghampirinya dengan lebih dekat. "Hafiza, aku hormatkan kau sebagai wanita. Jangan buat macam ni."

"I nak you Syahrul. Susah sangat ke?" Rengek Hafiza. Dia mencuba lagi menghampiri wajah lelaki itu. Tetapi makin kuat Syahrul menolak tubuhnya kebelakang.

"Astaghfirullah..."

Mereka berdua menoleh kearah suara yang tiba-tiba mencelah. Syahrul terkejut. Hafiza sudah menayangkan senyum simpul. Makin menarik pulak bila dia ada dekat sini. Desis Hafiza dalam hati.

Elina menghampiri suaminya. "Rul, inikah maksud awak 'kerja apa yang patut' tu?" Air matanya ditahan dari mengalir. Syahrul menggeleng. Dia melepaskan bahu Hafiza yang dipegang dari mendekatinya tadi.

"Sayang, ni semua...."

"Betullah. You pun dah nampak sendiri kan yang kami sedang berasmara." Sampuk Hafiza tanpa rasa bersalah. Elina tersenyum.

"Rul, kalau awak nak ikut saya balik, jomlah. Kalau awak masih mahu buat kerja apa yang patut awak tu, teruskanlah." Elina menekankan perkataan kerja itu. Kemudian dia melangkah keluar dengan hati yang sangat terluka.

Syahrul mengejar langkah Elina. Dia sempat menjeling tajam pada Hafiza sebelum keluar dari ofisnya.

Elina memakai helmet. Enjin motorsikal dihidupkan. Syahrul menerpa kearah isterinya yang sudah bersedia untuk pergi itu.

"Sayang..."

Elina menghulurkan satu lagi helmet buat suaminya. Matanya diarah ke tempat lain. Dia tak sanggup melihat wajah suaminya saat ini. Hatinya seperti disiat-siat.

Syahrul lantas memakai helmet itu lalu naik ditempat duduk belakang isterinya. Elina menaikkan tongkat lalu menarik pedal minyak kuat. Dia menunggang laju membelahi jalanraya. Setitis demi setitis air matanya jatuh jua.

Elina meletakkan helmet diatas meja kopi. Malas dia mahu membawa masuk helmet itu ke stor. Syahrul menarik tangan Elina tetapi sempat ditepis oleh Elina.

"Sayang, saya boleh jelaskan...."

"Saya tak perlukan penjelasan. Saya perlukan masa untuk bertenang. Awak....tolong....bagi saya sedikit masa. Saya penat. Saya terluka." Ujar Elina dingin lalu naik ke biliknya. Dia tidak masuk ke bilik Syahrul seperti biasa. Dia mahu bersendirian merawat lukanya sendiri.

Syahrul meraup rambutnya kebelakang. Jelas tertekan terlakar di wajahnya saat ini. Aku tak salah! Kenapa perlu jadi perkara sebegini saat ini?

~dua minggu kemudian~

Jangan!Read this story for FREE!