Bab 16

12.3K 468 0

Syahrul memandu ke rumah isterinya. Dia pasti Elina akan pergi kerja sebentar lagi. Dan pastinya dia akan berbasikal.

Entah kenapa, hatinya tercuit untuk menghantar isterinya ke tempat kerja. Dia melihat Elina sedang tergopoh-pagah menyarung boot di kaki sambil mengunci pintu rumah.

"El, cepat sikit." Laung Syahrul dari dalam kereta setelah cermin diturunkan.

Elina menoleh. Dia merengus. Apa dia nak? Kacau betul pagi-pagi syahdu ni. Tak merasa aku air embunan pagi kalau sekereta dengan dia. Lambat- lambat dia menapak juga ke kereta suaminya.

"Awak nak hantarkan saya ke?" Soal Elina.

"Dah tu? Kau ingat aku nak jadi pak jaga ke depan rumah kau?" Balas Syahrul sinis.

Elina kembali mengambil basikalnya. "Saya tak mahu pergi dengan awak. Nanti terbiasa pula menumpang awak. Awak pun bukan selamanya akan jadi suami saya. Suatu hari nanti awak akan pergi tinggalkan saya juga."

Syahrul mengerutkan keningnya. Kenapa dengan dia ni ? Tiba-tiba aje bad mood. Aku ada buat salah ke? Fikir Syahrul.

Tanpa menunggu lama, Syahrul keluar lalu menarik tangan isterinya masuk ke kereta. Dia memecut laju membelahi jalanraya.

Waktu pagi sebegini, biasalah kalau jalan sesak. Ramai yang mahu ke tempat kerja. Elina hanya diam membisu melayani emosi paginya. Kalau dia sudah mengangkat 'bendera merah', emosinya cepat terganggu.

Dari suka menjadi benci, dari benci bisa bertukar suka atau semakin benci. Tetapi setelah tamat tempohnya 'berbendera merah', semua akan kembali seperti sedia kala. Dia akan okey dan bisa mengawal dirinya semula. Pelikkan? Macam ada sumpahan. Hahaha....

Syahrul kejap-kejap menoleh memandang wajah keruh isterinya. "Elina, kau okey ke tak ni?"

Elina memejam matanya. Air matanya ingin mengalir. Dia tidak tahu kenapa. Ini adalah salah satu perkara yang normal pada Elina ketika 'berbendera merah'. Menangis tanpa sebab, ketawa tanpa sebab. Semuanya tanpa sebab.

"Eh, kenapa menangis pulak? Aku ada buat salah ke dekat kau?" Ujar Syahrul cemas. Sebelah tangannya memegang stereng kereta dan sebelah lagi mengesat air mata isterinya.

"Saya... saya memang macam ni. Ini perkara normal. Awak tak payah risau. Nanti okeylah ni." Elina menepis jemari suaminya yang mengelus pipinya.

"Normal kau cakap? Ya Allah, takutnya aku dengan kau ni. Kau ada masalah ke? Ceritalah dekat aku." Pujuk Syahrul.

Elina menggigit bibir. Takkan nak cerita dekat dia kot. Malulah. "Tak ada apa-apa masalah. Cuma, ini perkara normal yang akan terjadi setiap bulan. Awak tak akan faham."

"Macam mana aku nak faham kalau kau tak beritahu?"

"Awak pernah dengar fakta psikologi tak yang orang wanita kebanyakkannya mengalami depression?"

"Pernah juga. Tapi apa kaitan dengan kau? Kau tertekan ke?"

"Saya akan tertekan bila bersama awak aje." Ejek Elina. Air matanya sudah berhenti mengalir. Syahrul menjeling geram.

"Awak pernah dengar pasal depression menstrual tak?" Soal Elina. Wajahnya sudah berona merah.

Syahrul berfikir sejenak. Dahinya berkerut-kerut. Tak lama selepas itu dia tersengih. "Kau datang bulan erk? Patutlah emo semacam."

Elina menekup wajahnya dengan kedua belah tapak tangannya.

Setelah berjaya menempuh kepadatan jalan raya yang sesak, mereka tiba di hadapan pejabat Elina. "Pukul 5.30 petang aku datang ambil."

Elina mengangguk. Dia menghulur tangannya. "Nak salam." Syahrul menyambutnya. Tak sempat Elina mengucup tangan suaminya, Syahrul menarik tubuh Elina kedalam pelukannya.

"Jangan emo-emo pulak nanti. Habis satu ofis kau karang kene kick dengan kau. Kesian dia orang." Bisik Syahrul.

Elina menolak dada suaminya. "Apa ni peluk-peluk orang? Tak malu ke?" Marah Elina sambil menundukkan wajahnya.

Syahrul tersengih. Malulah tu. Dia mengucup pipi isterinya. "Dah kasi ubat. Lepas ni jangan nak ghiau tak pepasai pulak. Muncung tu simpan, gantung hanger baru tahu." Sakat Syahrul.

Elina pantas keluar dari kereta. "Ubat jenis apa ni? Gatal! Miang!" Elina menutup pintu kereta lalu masuk ke bangunan ofisnya.

Syahrul tersenyum. Dia memegang bibirnya. Kenapa aku tak dapat kawal nakal aku bila dengan dia? Kenapa hati aku ni rasa lain macam bila dengan dia?

Elina mengibas-ngibas wajahnya. Pasti pipi aku tengah merah masa ni. Pasti sangat! Berani betul dia nak main-main dengan aku.

"Hishhh geramm...nyaaaa!" Elina mengganyang-ganyang fail yang bertimbun didepan matanya.

"Oit pengantin baru. Apa yang kau geramkan? Baru tadi cik abe hantar, kemain sweet kau orang dua yer. Alih-alih geram pulak. Geram-geram manja ke?" Sakat Athilah.

Buntang mata Elina. "Kau nampak ke?"

"Gila tak nampak. Aku parking sebelah kereta laki kau tadi. Baru ingat nak tegur, sekali tengah berasmara da... aku cabut aje lah. Takkan nak ganggu kau orang. So, macam mana bulan madu?" Kepoh Athilah menanya.

Elina menggaru kepalanya. "Aku sebenarnya banyak kerja lagi ni. Harini nak pergi court. Aku gerak dululah yer. Bye."

"Woi, ceritalah!" Jerit Athilah. Elina malas melayan. Dia meneruskan kerjanya.

Jangan!Read this story for FREE!