Bab 26

24.8K 769 7
                                    

Elina bangun lewat pada pagi itu. Selepas subuh, dia tibai tidur sampailah dia tersedar apabila talifonnya berbunyi. "Elina, kau sakit ke? Bos tanya ni kenapa tak masuk ofis."

Elina menggaru tekaknya. Aku memanglah tengah sakit. Sakit hati! Tapi tak logiklah kalau aku nak bagi alasan ni pulak. Haishh.

"A'ah... aku tak berapa laratlah harini. Asyik muntah aje dari tadi. So, aku rehat ajelah kat rumah dan makan ubat yang ada dalam rumah ni." Elina memberikan alasan yang dirasanya agak logik dan boleh diguna pakai. Ahh, aku ni peguam. Bab-bab putar belit cerita ni kepakaran aku.

"Ohh... kalau macam tu kau rest aje kat rumah. Nanti aku bagitahu bos kau tak sihat. By the way, kau muntah berisi kot. Better cepat check dekat doktor. Hihihi" Sempat Athilah mengusik sebelum menamatkan talian.

Cis! Berisi apa bendanya. Kenapalah pemikiran orang melayu ni senteng sangat? Asal orang yang muntah aje mesti dikira mengandung. Macam orang mengandung aje yang muntah. Rengus Elina dalam hati.

Elina dengan malas membuka pintu biliknya. Pasti Syahrul dah pergi kerja. Tebaknya. Dia pun menuruni anak tangga dengan lambat-lambat sambil mengikat rambut ikalnya.

Ahhh bebasnya rasa bila bersendirian dekat rumah ni. Tak perlu nak pakai baju lengan panjang. Tak perlu nak bertutup-tutup sangat. Barulah rasa hidup ni aku yang punya.

Elina melangkah menuju ke ruang tamu. Aik, malam tadi rasanya meja kopi ni bersepah dengan majalah dan snek. Apasal dah bersih? Siapa yang bersihkan? Tak mungkin Syahrul. Dia tu pemalas.

Elina menolak jari telunjuknya pada meja. "Fuyyo, tak ada habuk langsung. Berkilat." Sofa pula di kerling sekilas. Tersusun rapi bantal-bantal kecil diatasnya. Dia menggesek-gesek kakinya pada lantai. Licin! Tiada rasa berpasir langsung.

"Dah bangun?" Tegur satu suara dari arah dapur. Terkejut Elina. Matanya membuntang melihat Syahrul memakai apron merah jambunya sambil memegang sudip.

"Aw...awak bu..buat apa?" Elina menyilangkan tangannya didada untuk menutup separuh bahagian dadanya yang agak terdedah. Kalaulah aku tahu dia ada dirumah, aku takkan pakai spaghetti strap. Omel Elina dalam hati.

Syahrul hanya tersenyum manis. Dia menghampiri isterinya. "Saya kemas rumah. Bersih tak?"

Elina tergelak. Dia memandang Syahrul dari atas ke bawah. "Muka awak ni muka nak mengemas rumah? Kelakarlah."

"Eh, betullah. Saya yang kemas rumah. Tak percaya, awak boleh periksa." Syahrul menolak belakang tubuh Elina menuju ke dapur. Elina dengan wajah meluatnya ikukan aje. Dia masih terasa hati tetapi dia teringin juga melihat apa yang dikatakan Syahrul itu. Betul ke Syahrul yang mengemas? Ha, mari kita terjah.

Bilik cucian yang selalunya berlonggok pakaian kotor sudah tiada. Semuanya sudah bersidai diluar. Hmm... boleh tahan. Ujar Elina dalam hati. Dia membelek pakaian yang sudah dilipat separuh dari bakul itu. Elina memandang Syahrul.

"Awak belajar melipat dekat mana ni? Teruknya!" Komen Elina. Syahrul tersengih.

"Dekat Youtube." Balas Syahrul. Tercengang Elina. Biar betul? Tapi takpa, ada juga usaha nak belajar walaupun agak teruk. Alah, percubaan pertama biasalah.

"Mari rasa masakan saya." Ujar Syahrul ceria. Dia menarik sebelah tangan Elina yang masih bersilang di dada.

Terkebil-kebil Elina melihat 'nasi goreng minyak' masakan Syahrul itu. Syahrul tersengih. "Rasalah. Nasi goreng kampung."

Elina menggigit bawah bibirnya. Agak-agak kalau aku tak rasa boleh tak? Dia memandang wajah Syahrul yang penuh pengharapan itu. Runtuh tembok egonya yang cuba ditahan dari cair.

Elina mencapai sudu kemudian dia menyuapkan nasi goreng kampung Syahrul ke mulut. Sambil terpejam matanya dia mengunyah. Ya Allah, kalau tadi aku tipu Athilah kata aku muntah-muntah, sekarang aku betul-betul nak muntah.

Syahrul memandang wajah isterinya. Kepala Elina diusap lembut. "Macam mana? Sedap tak?"

Elina menepis tangan suaminya. "Awak dah cuba ke nasi ni sebelum awak hidang kepada saya?" Soal Elina. Syahrul menggeleng.

"Baru nak cuba tapi tak sempat. Saya nampak awak dah turun, jadi saya nak awak jadi orang pertama yang rasa masakan saya. Ni kali pertama saya memasak tau. Amacam? Sedap tak?" Syahrul mengebil-ngebilkan matanya sambil senyuman manis menghiasi bibir.

Elina mengangguk. Patutlah. "Sedap. Sedap sangat. Cubalah rasa. Saya nak ke depan dulu." Elina bangkit dari kerusinya. Syahrul mengambil sudu lalu menyuap nasi goreng ke mulutnya sendiri. Berkerut keningnya.

"Wuerkk... eeee. El, awak tipu saya."

Elina terkekek ketawa. Padan muka kau. Ececeh, nak buat apa masak kalau tak reti masak? Pergi beli ajelah makanan kat luar. Omel Elina. Dia ingin melangkah menaiki tangga tetapi lengannya ditarik dari belakang.

"We need to talk."

Elina merentap tangannya. "Nanti-nantilah. Saya tak ada apa nak dicakapkan sekarang. Saya nak mandi."

"Then kita mandi bersama-sama. Nanti kita bercakap, okey? Macam mana?" Syahrul sudah berdiri dihadapan Elina. Terjegil mata Elina.

"Awak gila!"

"Ya, saya gila! Saya gila sebab awak. Jadi, sebelum saya jadi lebih gila, baik kita bercakap cara baik." Balas Syahrul. Dia menyandarkan belakang badannya pada dinding.

Elina berpeluk tubuh. "Okey, kita bercakap sekarang. Apa yang awak nak cakap?"

Syahrul mengeluh. Dia meruap wajahnya sebelum berkata. "Saya... saya minta maaf pasal semalam. Saya salah kerana dah berkasar pada awak. Saya tahu saya tak sepatutnya kata macam tu pada awak tetapi saya betul-betul rasa .... cemburu." Akui Syahrul. Dia menundukkan wajahnya.

Elina merenung wajah suaminya. Ikhlaskan Syahrul berkata begitu? Dia mengamati riak wajah suaminya. Hatinya dilanda perbagai rasa sekarang ini. Sedih, kecewa, suka , sayang, benci, ahhh semuanya ada.

"Apa motif awak kemas rumah harini? Selalunya awaklah yang akan menyepahkan rumah bila saya dah kemas." Itu pula yang terpacul di bibir Elina.

"Saya cuba ambil hati awak. Supaya awak kurang marah pada saya." Balas Syahrul sambil menyengih. Elina menjelirkan lidahnya.

"Ingat saya cair ke? Sorry." Elina mejelingkan matanya keatas sambil tangan kanannya menyentuh bahu.

"Oh, tak cair ke? Nak saya hangatkan awak sampai cair?" Syahrul memeluk tubuh isterinya. Tangannya bermain-main pada belakang tubuh isterinya yang terdedah. Elina gugup. Dia menelan air liurnya.

"Syahrul, janganlah macam ni. Kata tadi nak bercakap cara baik." Elina menolak dada suaminya tetapi makin erat pula dirasakan pelukan ini.

"Salah ke El kalau saya belai awak macam ni?" Syahrul mengucup bahu Elina. Rambut panjang isterinya dibelai mesra. Elina menggeleng.

"Jangan Syahrul, jangan! Awak tak faham apa yang saya rasa dan sukar untuk saya jelaskan. Jadi, lebih baik jangan!"

"Jika awak tak beritahu apa yang awak rasa, macam mana saya nak tahu apa yang ada dalam hati awak? Saya bukan boleh baca hati manusia." Syahrul memandang anak mata isyerinya. Dia cuba untuk menyampaikan sesuatu.

Elina membalas pandangan suaminya. Lama mata mereka bertatapan. Elina terasa tangan suaminya semakin liar merayap dibelakang badannya. "Saya minta maaf. Saya tak boleh penuhi apa yang awak inginkan."

Syahrul mengeluh. Dia melepaskan Elina. "I'm sorry. Saya takkan memaksa kalau awak tak bersedia."

Elina lantas berlari menaiki tangga. Dia menoleh ke belakang sekejap. "Saya masih belum maafkan awak. Dan awak dah tambah kesalahan baru. So, kemas rumah ni setiap hari sehingga saya maafkan awak." Elina meneruskan langkahnya sehingga hilang dibalik pintu.

Syahrul tersenyum lemah. Apalah sangat mengemas rumah jika nak dibandingkan dengan apa yang dia rasa sekarang ni. Kecewa dengan penolakan isterinya. Salah siapa? Salah dia juga. Salah dia kerana terbawa-bawa perasaan indah itu ketika sedang berbincang.

Tak ape, aku akan tundukkan juga si keras kepala tu. Aku akan kejar hati dia sampai dapat. Tekad Syahrul.

Jangan!Where stories live. Discover now