Syahrul menghempas pintu ofisnya. Fikirannya agak serabut. Kalau boleh saat dia ingin mengecapi bahagia dan melupakan sejarah lamanya dia tidak mahu bersemuka dengan wajah itu. Dia masih lagi belum benar-benar melupakan perempuan itu.
Talifon di kocek dikeluarkan. Wajah Elina terpampang sebagai penghias skrin. Comel! Rindu pula pada gadis itu. Syahrul memusingkan kerusinya menghadap cermin dibelakangnya sambil mendail nombor isterinya.
Elina yang sedang membuat semakan terakhirnya itu sedikit terganggu dengan bunyi talifonnya. Dia menyambut panggilan tanpa melihat siapa si pemanggil. "Hello." Jawabnya serius.
"Amboi, garangnya."
Elina kenal suara itu. Dia tersengih. "Sorry, saya ingatkan siapa tadi. Saya tak perasankan nombor awak."
Syahrul menyandarkan kepalanya pada badan kerusi itu. "Hmm.... Elina..."
"Ye, ada apa?"
"Saya rindu awak." Luah Syahrul sambil tersenyum sendiri.
Elina tergelak kecil. "Itu aje ke motif awak call saya ni?"
"Tak jugak. Saya nak cakap yang saya sayang awak. No matter what Elina, i will always and always love you. " Syahrul memejam matanya seketika.
"Awak, awak ni kenapa? Ada masalah yer? Nada awak tu saya dah hafal sangat. Awak janganlah banyak berfikir. Tenangkan dulu fikiran dan tarik nafas." Pujuk Elina dari hujung talian.
"Saya rasa macam nak hug awak sekarang. El, nanti pukul berapa nak ke mahkamah?"
"Around 2pm."
"Okay then. I'll pick you on lunch. Sayang, saya nak sambung buat kerja. See you soon. Sorry ganggu awak." Kemudian Syahrul menamatkan talian setelah memberi salam. Dia berpusing ke depan.
Matanya membulat. Dirinya yang sudah sedikit tenang kembali serabut. "Apa you buat disini?"
Hafizah duduk di kerusi hadapan Syahrul tanpa dijemput. Dia menyilangkan kakinya. "Woahh anak Tan Sri rupanya. Kenapa dulu you rahsiakan daripada i?"
"Penting ke semua tu Fiza? Penting ke gelaran dan pangkat semua tu?" Soal Syahrul. Dia membuang pandang ke arah luar.
"I sayangkan you...."
"Rubbish! You boleh pergi jahanamlah dengan sayang you tu." Marah Syahrul. Wajahnya sudah merah menahan amarah yang membuak-bual dalam hati.
Hafizah merapatkan dirinya ke meja. Dia merenung wajah Syahrul. "I tahu dulu i salah. I tolak you kerana kesombongan i. Tapi tak adil untuk you terus menghukum i sebegini. Please Syahrul, give me one more chance." Rayu Hafiza. Syahrul meramas kepalanya.
"Selagi i masih bercakap dengan cara yang baik, better you get out. Kalau tak, jangan cakap i tak warning you." Ugut syahrul. Hafiza bangkit.
"Okey. Tapi tu tak bermakna i kalah dengan perempuan tu. I akan ambil you semula kerana i tahu hanya i saja yang you cinta. Ada banyak hari dalam kelender Rul, kalau tak harini, esok atau mungkin lusa you akan kembali pada i." Hafiza melangkah keluar.
Syahrul mendengus. Perasan punya perempuan. Apa ingat kau lawa sangat ke? Bini aku beribu kali lawalah dari kau. Meluat pulak aku dengan minah kekwat perasan bagus tu.
Waktu lunch dihabiskan bersama di tepi tasik. Syahrul meletakkan kepalanya diatas pangkuan isterinya.
"El..."
Elina mengusap rambut suaminya. "Kenapa? Apa masalah awak?"
Syahrul mengeluh berat. Dia merenung mata isterinya. "Elina, simpan dalam kepala otak awak yang saya sayangkan awak. Percaya pada saya."
Elina tergelak. "Saya percaya pada awak."
"She's back."
"Who?"
"My first love." Bingkas Syahrul bangun dari pembaringannya. Elina hanya diam membatu.
"El, saya..."
"Saya percayakan awak. Kalau awak kata awak sayang saya, saya percaya. Sebagaimana saya percaya pada awak dulu sehingga saya sanggup menggadaikan masa depan saya menikahi awak, sebegitulah saya percayakan kasih sayang dan kesetiaan awak." Elina mengusap pipi suaminya kasih. Bohonglah kalau hati perempuannya tidak tergugat.
Syahrul menarik Elina kedalam pelukannya. "El, saya tak sanggup kehilangan awak. Jadi saya pesan awal-awal pada awak, jika ada apa-apa perasaan curiga, cemburu dan kurang senang dalam hati awak, bagitahu saya dan saya akan berikan penjelasan. Jangan simpan seorang diri, faham?" Elina mengangguk.
"Even if you tell a lies, i will believe on you. It sound crazy kan?" Elina tergelak. Dia menolak tubuh suaminya.
"Tak, saya takkan menipu awak. Antara saya dan awak tiada rahsia. Faham?" sekali lagi Elina mengangguk. Dia memberikan senyuman manis buat suaminya.
"Jomlah kita bergerak sekarang. Nanti lambat pulak awak sampai."
Syahrul menarik tangan Elina untuk bangun.Elina menyediakan makan malam seperti biasa tetapi hari ini dia ada tetamu istimewa. Siapa lagi jika bukan abangnya.
"Awak, tolonglah jangan sepahkan rumah." Marah Elina apabila melihat syahrul mengunyah keropok sambil menonton movie. Habis keropoknya bersepah-sepah diatas meja kopi.
"Alah sayang, nanti saya kemas balik." Ujar Syahrul bosan. Mulalah tu nak bagi taklimat panjang lebar dia. Nak feel pun tak senang.
"Suka hati awaklah. Saya dah penat dengan awak." Elina kembali ke dapur dengan wajah pasrah. Susah cakap dengan orang yang asyik nak menang ni.
Semenjak berbaik hari tu, Syahrul sudah kembali ke perangai lamanya. Asyik menyepahkan rumah aje. Haishh, bilalah nak bertaubat si Syahrul ni.
Syahrul mengutip keropok-keropok yang bersepah lalu dibawa ke dapur. Elina sedang menghidangkan makanan dipandang. Wajahnya serius sahaja.
"El, awak marah saya ke?"
"Tak." Jawab Elina pendek. Syahrul meletakkan dagunya di bahu Elina.
"Muka tu janganlah masam sangat. Ingat lawa ke? Dah sama macam Mak Senah jual nasi lemak tepi jalan tu dah." Usik Syahrul.
"Ye saya memang tak lawa pun. Dah awak tepilah." Elina menolak pipi suaminya.
"Elina, kenapa ni? Takkan sebab keropok awak nak emo sampai macam ni sekali?" Syahrul menarik tubuh Elina agar berhadapan dengannya.
Dada Elina berombak menahan sebak. Entah, dia rasa macam nak menangis. "Rul, awak masih ingat tak pasal depression menstrual?"
"Ya, ingat."
"Jadi ini adalah perkara normal kalau saya macam ni sekarang dan beberapa hari dalam minggu ni. Faham?"Syahrul pada mulanya mengerutkan keningnya. Kemudian baru dia tersengih. Alahai, comel aje isterinya. "Maknanya tak bolehlah saya nak nakal-nakal dengan awak lebih-lebih."
"Stop it Syahrul. Saya..."
"Ting...tong!"
Elina dan Syahrul berpandangan. Elina menarik senyum di bibir. "Pasti abang dah sampai."
YOU ARE READING
Jangan!
Romance"Kau tak memahamiku dan sukar untukku menjelaskannya. Jadi, jangan...." Syahrul seorang lelaki yang mempunyai segala-galanya kecuali satu, Cinta! Elina seorang gadis biasa-biasa tetapi mempunyai gaya dan personaliti yang tersendiri dan tidak pernah...