Bab 33

13.3K 448 2

Sungguh Elina terasa sunyi berada dirumah sendirian. Tiada suara manja Syahrul berbisik ditelinganya, tiada kenakalan Syahrul mengusiknya.

Elina membuka pintu gelongsor, dia bersandar di beranda bilik suaminya. Kedinginan angin malam menyapa tubuhnya. Dia memeluk tubuh sendiri sambil memejamkan mata.

Dulu, aku tak tahu apa itu rindu, apa itu sayang bahkan cinta sekalipun. Aku terlalu naif untuk perkara sebegini sehingga aku berjumpa dengan lelaki yang menjengkelkan seperti Syahrul. Dia membawa aku ke suatu dunia yang begitu asing bagiku.

Dunia yang penuh dengan bunga cinta. Aku terpana dan terleka menikmati keindahannya bersama Syahrul. Ujar Elina sendiri.

Terlayar di ruang mindanya saat-saat manis bersama si suami. Belaiannya, sentuhannya, kucupannya dan usikan manjanya menemani dirinya sendirian takala ini. Kan bagus kalau aku bukak aje mata ni aku akan nampak Syahrul. Haishh, parah ni Elina. Dah tak boleh nak berenggang pula. Bebel hati kecil Elina.

Deringan talifon menyentakkan Elina yang sedang mengelamunkan suaminya itu. Dia bermalasan mencapai talifon dan melihat siapakah pemanggilnya. Tertera nama YOBO di skrin talifon pintarnya. Elina dengan teruja mengangkatnya.

"Awak! Sampai hati tak talifon saya,kan." Rengek Elina manja selepas menjawab salam suaminya.

Tergelak Syahrul dari hujung talian. "Maaf sayang, saya betul-betul lupa. Sampai aje kat Pahang semalam, saya terus tidur dan terjaga masa subuh. Kemudian terus pergi meeting, lawat project site dan bla bla bla. Ni pun baru aje free."

"Oh, mesti penatkan? Awak dah makan?" Tanya Elina. Dia menutup pintu gelongsor lalu berbaring diatas katil.

"Dah. Baru aje balik dari dinner dengan awek comel." Usik Syahrul.

"Awak jangan macam-macam eh, saya belasah awak karang." Ugut Elina cemburu. Gila tak cemburu.

"Dia comel tapi awak lagi comel. Sayang, rindu awak..." Syahrul mula menukar topik. Malas mahu memanjangkan topik awek comel yang sengaja diciptanya itu untuk mengusik isterinya.

Lebih dua jam jugalah mereka bergayut. Masing-masing bergolek-golek diatas katil sehingga Elina akhirnya terjatuh.

"Auuuwww!" Elina terjerit kecil.

"Sayang kenapa?" Risau Syahrul mendengar jeritan isterinya. Dia bangun dari pembaringannya.

"Hehehe....saya terjatuh katil. Jangan risau,tulang belakang saya keras." Sempat Elina berseloroh untuk menghilangkan kerisauan hati suaminya.

Syahrul menghela nafas panjang. "Sayang, pergilah berehat. Esok kerja. Dah pukul 1 pagi dah ni. Good night, i love you."

"Good night too."

"Good night aje? Sayang saya tak?" Rengek Syahrul manja. Tergelak kecil Elina.

"And i will always love, will always love you...you... my darling you.... oh you." Elina menyanyi kecil lagu I Will Always Love You yang pernah di porpularkan oleh Whitney Houston era 90-an dahulu.

Syahrul mula menguap. "Mengantuk pulak dengar suara merdu awak ni. Betul-betul lah El. Sayang saya tak?"

"Saya...sentiasa...sayang....awak!" Sepatah-sepatah Elina menyebut. Wajahnya sudah berona merah. Mujur Syahrul tidak nampak, kalau tak mesti dah kena sakat ni.

"Baru boleh nyenyak tidur macam ni. Okeylah sayang, bye. Assalamualaikum." Elina menamatkan talian setelah menjawab salam suaminya.

Elina menyarungkan jeket leather di badannya. Backpacknya seperti biasalah, tergantung elok di belakang tubuhnya. Dengan lafaz bismillah, dia menghidupkan enjin motorsikal berkuasa tinggi KTM Duke 390 yang dihadiahkan suaminya tempoh hari.

Kan seronok kalau boleh pergi kerja naik motor hari-hari. Hehehe... mesti terbuntang mata abang Zul ni. Yelah, dia kan selalu perlekehkan basikal cabuk aku. Apa agaknya reaksi dia bila tengok aku dengan motor besar ni?

Astaghfirullah. Elina beristighfar panjang apabila tersedar akan kesilapannya. Tak baik riak, Allah pinjamkan sekejap aje kemewahan harta benda ni. Bila-bila masa dia boleh tarik balik.

Elina tiba di pejabatnya dengan selamat tanpa sebarang kemalangan jiwa. Ceh! Kebetulan Tuan Saifuddin juga baru tiba, Elina memberikan segaris senyuman buat majikannya.

"Amboi Elina, sejak dah kahwin ni tak langsung kayuh basikal ye. Suami menghantar aje. Hari ni naik motor pulak? Suami mana?" Tegur Tuan Saifuddin ramah.

"Suami saya outstationlah Tuan. Tu yang pergi sendiri." Balas Elina. Dia berjalan beriringan dengan majikannya masuk ke ofis.

Ramai yang menegurnya kerana motorsikal yang ditunggangnya. Elina naik rimas. "Bawak basikal kecoh, bawak motor kecoh. Nanti kalau aku bawak BMW agak-agaknya mesti lagi kecoh." Omel Elina sendiri. Terkumat-kamit mulutnya.

"Apa tak kecohnya, satu dunia tahu kau tu tak reti memandu." Tempelak Athilah dari belakang.

"Hehehe....kau dengar eh?" Elina tersengih. Athilah menggeleng.

"Aku faham. Susah kan kalau jadi lain dari yang lain ni. Asyik jadi perhatian orang aje. Lina, kau apasal apply cuti? Kau nak kemana?"

Ah sudah, wartawan sudah memulakan temuramahnya. Elina berpura-pura sibuk. "Aku sibuk betullah. Kau nak tolong aku ke?"

Athilah membuat muka meluatnya. Teknik kuno betul si Elina ni. Athilah mengangkat kaki beredar dari tempat Elina. Elina menarik nafas lega.

Tangannya lincah menaip mesej buat seseorang.

Lunch on me. I need to know the truth.

Tak lama kemudian, mesej Elina berbalas.

Okey if you desperately want to know, I will tell you the whole story. Tempat hari tu, boleh?

Elina segera membalasnya.

Okey then.

Elina meraup wajahnya. Ada banyak perkara yang memerlukan perhatiannya. Tetapi hatinya tidak akan tenang selagi dia tidak tahu kebenarannya.

Elina menjeling jam dipergelangan tangannya. Ah, sudah lambat! Dia perlu pergi ke Malaysian Bar Council sebelum bergerak berjumpa seseorang untuk menagih kebenaran.

*ayaiiiya... saya mula sedar yang tiada gunanya berduka lara lama-lama dan menghampakan hati orang lain dengan kesedihan saya. Thankss Hafiza sebab teman aku lepaskan tekanan dngn karok and dance macam org gila tadi. Tulah, aku nak telan candy kau x bagi, takut sangat aku tak boleh handle bila da high. Hahaha. Acah acah nak candy, nak turun dataran fly tanpa rasa melekit di malam minggu pun kene fikir dua tiga kali nikan lagi nak ambil benda bodoh tu. Huishh nauzubillah. (ni semua terjebak dengan pengaruh Era lah ni. Haishh)
Makin panjang pula saya merepek. Thankss ya kalian semua atas komen komen yg membina dan positif tu. Saya betul betul terharu baca. Jadi, ni hadiah saya buat kalian semua yang setia menunggu. Tapi sorry cerita agak tergantung. *saja nak bagi yg tergantung punya. Kejam kan? Hahaha*

Jangan!Read this story for FREE!