Bab 11

14.3K 505 4

Puan Sri Fida mendekati menantu barunya yang sibuk memasak di dapur. "Elina masak apa tu? Dari jauh mama dah bau sedap."

Elina hanya tersengih. "Lina masak nasi goreng sambal belacan aje. Dah siap dah pun. Tinggal nak hidang dan bancuh air."

"Biar mama yang bancuhkan airnya. Lina pergilah panggilkan suami kamu bersiap dan turun makan." Puan Sri Fida mencapai teko dan sudu. Elina mengangguk. Dia beredar meninggalkan ibu mertuanya di dapur.

Elina memulas tombol pintu. Syahrul masih berkelubung dengan selimut. Hish sejuknya bilik ni. Macam duduk dekat kutub utara. Omel Elina dalam hati. Alat kawalan jauh dicapai dan dia menekan punat 'off'.

Dia menghampiri suaminya. Lengan sasa itu digoncang. "Awak, bangunlah. Dah pukul berapa dah ni. Dah solat subuh ke belum awak?"

Syahrul menggeliat. Dia menarik selimut sampai menutup kepalanya. "Dah. Jangan kacau. Aku nak tidur."

Elina masih tidak berpuas hati. "Kalau dah pun, bangunlah. Mandi dan lepas tu turun bawah sarapan. Mama panggil tu. Awak, bangunlah!"

Syahrul rimas apabila Elina menarik selimut dari menutupi kepalanya. "Hish, aku sejuklah. Janganlah tarik selimut aku."

"Kalau macam tu, bangun cepat! Mandi dan turun bawah."

Syahrul dengan malasnya bangun dari tilam empuk itu. Dia menjeling Elina dengan perasaan yang mendongkol geram. "Nak tidur pun susah."

"Ek'eh, semalam dia yang suruh kejutkan bangun. Harini nak salahkan saya pulak." Bebel Elina sambil keluar dari bilik itu. Syahrul mengikuti langkah isterinya ke bilik sebelah iaitu biliknya yang sebenar.

Suasana di meja makan gawat dengan gelak tawa mereka yang berada di situ. Azuan dan Anuar benar-benar boleh masuk sekepala dengan kakak ipar baru mereka.

"Jadi akak ni budak basikal lah ye? Wah, kalau saya nak ikut serta akak berkonvoi basikal boleh? Saya teringin sangat." ujar Azuan.

Elina mengangguk. "InshaaAllah. Nanti akak ajak Zuan yer." Syahrul mencebik. Apa yang best sangat berbasikal?

"Akak dengan abang macam mana boleh berkenalan? Ceritalah dekat kami." Pinta Anuar.

Elina dan Syahrul berpandangan sesama sendiri. Anuar, Azuan, Puan Sri Fida dan Tan Sri Sufian memandang mereka berdua dengan penuh perhatian dan minat.

Syahrul mengangkat keningnya. "Well, ada gadis berbaju kurung yang kelihatan comel tapi hakikatnya brutal."

"Dan ada orang yang bawa kereta macam orang mabuk. Pandu laju ikut suka dia dan sangat menjengkelkan." Balas Elina.

Mereka yang tidak faham maksud sebenar hanya ketawa apabila mendengar bicara Syahrul dan Elina. "Kak, Abang Rul ni hobi dia race tau. Tu ada sebijik kereta skyline dekat luar dia bawak race. Kalau Abang Zuan pulak suka ride superbike. Cuma Nuar aje yang tak minat litar lumba ni. Nuar minat....."

"Hiking hill!" Ujar Syahrul dan Azuan serentak. Meletus tawa mereka semua.

"Wah... bestnya hobi Zuan dan Nuar. Akak dulu sebelum bawa basikal, akak bawa superbike juga. Motor arwah abahlah akak guna masa zaman lepas SPM dulu dengan abang merayau bila ada geng-geng motor ajak berkonvoi. Akak tak pernah masuk litar."cerita Elina rancak.

"Hobi saya tak best ke?" Sampuk Syahrul.

Elina menggeleng laju. "Tak best. Wuerkk." Ejek Elina. Syahrul mencubit pipi gebu Elina. Elina mengadoi. "Apasal cubit pipi saya?"

"Geram dengan pipi awak." Ucap Syahrul bersahaja membuatkan wajah Elina berubah merah. Malu apabila semua tersenyum melihatnya.

"Dah tu Rul. Kesian menantu dady. So, nak pergi mana honeymoon?" Ucap Tan Sri Sufian.

Elina yang sedang minum air tika itu tersedak. Mujur tidak tersembur. Syahrul menepuk belakang isterinya lembut. Dia tersenyum sendiri. Ada-ada ajelah si Elina ni.

"Honeymoon dekat rumah aje pun boleh."

Tika itu Elina rasa ingin menyorok di bawah meja apabila dengan selambanya Syahrul mencium pipinya. "Awak tak kisahkan honeymoon dekat rumah?"

Elina mencubit peha suaminya. Syahrul menahan dirinya dari menjerit kesakitan. Mukanya yang berkerut cuba dimaniskan.

Puan Sri Fida faham situasi Elina. Mestilah dia malu dengan sikap lepas Syahrul itu. "Rul, bawalah Elina berjalan nanti. Dady dah approve kan cuti kamu."

Syahrul tercengang. "Bila masa Rul apply cuti ni?"

"Tu semua mama kamu yang uruskan. Dady cuma bagi pengesahan sahaja." Jawab Tan Sri Sufian.

"Tapi Elina tak dapat cuti, kan?" Syahrul memandang Elina. Keningnya terangkat-angkat. Haraplah kau jawab tak.

"Err... mama yang suruh mohon cuti seminggu. Bos saya... dah luluskan." Balas Elina perlahan. Dia menundukkan wajahnya. Tak mahu menentang pandangan suaminya. Dia masih malu dengan perlakuan selamba Syahrul itu.

"So, semuanya dah selesai, kan? Masing-masing dah cuti. Pergilah mana-mana. Jangan terperuk dalam rumah aje." Usik Tan Sri Sufia sambil berlalu bersama surat khabar ditangan. Azuan dan Anuar turut bangkit.

"Mama nak siapkan barang dady. Dia nak main tenis nanti ni. Korang sah habis makan nanti kemas eh. Bibik cuti. Lusa dia baru balik." Ujar Puan Sri Fida.

Elina mengangguk. Syahrul meneruskan suapannya. Elina memandang Syahrul tajam semacam.

"Apasal cium-cium saya ha? Nak penumbuk ke?"

Syahrul mencebikkan bibirnya. "Ikutkan aku tadi, nak aje aku gigit kau."

Elina mendengus. Susah cakap dengan orang sakit gila macam Syahrul ni. Dia mencapai pinggannya dan membawa ke singki.

"Nanti kemas barang kau. Kita balik rumah."bisik Syahrul rapat ditelinga isterinya. Elina hanya mendiamkan diri.

Jangan!Read this story for FREE!