Bab 32

22.1K 672 7
                                    

"Mama bukan apa, mama cuma nak tahu aje. Elina tak terasa kan?" Puan Sri Fida mula cemas apabila riak wajah Elina yang tadinya ceria sudah bertukar muram.

Elina sekadar menggeleng. "Tak ada apa nak dirasakan pun, mama. Terima kasih ambil berat tentang Lina. Cuma buat masa ni....." kata-kata Elina tergantung apabila perbualan mereka berdua dicelah oleh seseorang.

"Cuma buat masa ni Rul nak hidup berdua aje dengan Elina dulu. Rul tak puas lagi manja-manja dengan isteri Rul. Jadi kami merancang. Soal anak ni kami serah aje pada tuhan. Jika Dia nak bagi, rancang macam mana pun tetap ada juga, mama. Mama sabar aje, nanti 10 orang cucu Rul kasi dekat mama." Bidas Syahrul sambil menarik tapak tangan isterinya lalu digenggam.

Elina membalas genggaman Syahrul. Bohonglah jika hatinya tidak tergores jika dia dikatakan mungkin mempunyai masalah dalaman sehingga sekarang masih tidak mengandung. Nak mengandung apanya jika aku ni masih tergolong dalam kalangan 'anak dara'.

Puan Sri Fida hanya mengangguk. "Mama minta maaf yer Lina kalau Lina terasa dengan kata-kata mama. Mama cuma tak sabar nak ada cucu sulung."

"Eh, tak ape mama. Lina faham. InshaaAllah ada rezeki nanti ada lah." Balas Elina. Puan Sri Fida lantas meninggalkan anak dan menantunya digazebo itu.

Syahrul memandang wajah keruh isterinya. Dia faham, perempuan mana yang tidak terkilan dengan kata-kata sebegitu. "El, saya ada. Menangislah kalau awak nak."

Elina menghamburkan jua air matanya. Mujur Puan Sri Fida sudah pergi, jika tidak mesti dicop aku ini cengeng. Cakap sikit aje nak menangis.

Syahrul menarik tubuh isterinya kedalam pelukan. Kepala isterinya diusap sayang dan dicium berkali-kali. "Tak apa. Nanti kita usaha ya?"

Elina menolak dada suaminya. "Usaha?"

Syahrul tersenyum nakal. "Yelah. Nak buktikan pada mama yang awak boleh mengandung. Mestilah kena usaha, kan?" Kemudian dia tergelak melihat muncung Elina.

"Orang tengah sedih dia nak buat lawak pulak." Omel Elina. Syahrul menarik Elina semula.

"Esok saya perlu pergi outstation. Awak okey ke duduk seorang?" Tanya Syahrul sambil memain-mainkan jari runcing isterinya. Elina turut bermain-main dengan jemari suaminya.

"Hmm... lama ke?"

"Dua hari semalam."

Elina masih diam. Air mata sudah tidak mengalir lagi. Tetapi hatinya terasa seperti kompang yang dipalu. Berdegup kencang saja. Dia belum lagi outstation tapi aku rasa macam dah rindukan dia. Haishh, parah dah ni Elina.

"Kenapa diam aje ni?" Bisik Syahrul. Dia mengeratkan lagi pelukannya. Elina hanya menggeleng kepalanya.

"Macam mana dengan lesson awak tu?" Itu pulak yang terpacul di bibir Elina. Dia nak cakap benda lain sebenarnya.

Syahrul tersengih. "Masih berjalan. Elina, saya pasti akan rindukan awak." Syahrul membenamkan wajahnya pada kepala Elina yang berbalut wide shawl itu. Elina menepuk perlahan pipi suaminya.

"Ishtaqat laka. Uhibbu ya habib." Bisik Elina perlahan. Berkerut dahi Syahrul.

"Arabic?"

Elina mengangguk. Pasti Syahrul tak tahu apa maksudnya.

"Maksudnya apa sayang?"

"Nanti saya bagitahu. Bukan sekarang, okey? Jom masuk. Dah nak maghrib." Ajak Elina. Dia menolak tangan Syahrul yang berlingkar di pinggangnya.


Belum sempat Syahrul menekan butang lif, ada satu tangan menekannya dari belakang. Syahrul menoleh.

Hafizah tersenyum mesra. Syahrul sudah membuat wajah bosannya. Sekarang, tiada tempat di hati aku melainkan Elina seorang. Ya, hanya Elina. Bayangan wajah perempuan didepannya juga sudah tiada di hati dan akal fikirannya.

"Hai Rul." Sapa Hafizah.

"Hai." Balas Syahrul malas. Lambat betullah lif ni.

"Betul ke perempuan kampung tu iste...."

"Sekali lagi mulut kurang ajar you tu bercakap tentang Elina, i tampar muka you." Keras Syahrul memberi amaran. Bengang dia apabila sesuka hati hempedu Hafiza mengatakan isterinya perempuan kampung.

Hafiza tersenyum sinis. "Wah, mesti nasi kangkang yang perempuan tu dah bagi you makan, kan? Panggil kampung aje pun you sanggup nak tampar i? Bravo Syahrul!" Tempelak Hafiza.

Syahrul merengus. Rimas dia dengan situasi begini. Kalau dia benar-benar naik tangan ada pula yang mengata. Haish. Syahrul lantas meninggalkan Hafiza yang masih tercongok menunggu lif. Dia membuka pintu rintangan api lalu memanjat tangga.

Takpe, bukan selalu pun. Kalau Elina boleh kayuh basikal pergi balik dari rumah ke pejabatnya yang jauh itu, takkan lah aku tak boleh naik tangga dari tingkat satu ke tingkat empat? Otak Syahrul berjeda.

Setibanya di tingkat empat, Syahrul sudah termengah-mengah. Bagaimana Elina si tubuh kecil itu larat berbasikal setiap hari? Bagaimana?

Hafizah hanya mampu melihat Syahrul dari jarak jauh. Bagaimanakah mahu mendekati lelaki ini? Bagaimanakah mahu membuat lelaki ini mencintaiku semula? Dia tersenyum lemah.

Tak adil jika kau nak semua orang mencintai kau tetapi kau tidak mencintai mereka. Bisik satu suara halus di telinganya. Hafizah menggeleng. Misi aku tetap satu! Aku mahukan Syahrul walau apa cara sekalipun.




Jangan!Where stories live. Discover now