Bab 44 {Akhir}

19.4K 677 61

"Rul..." panggil Elina perlahan.

Syahrul menggenggam jemari isterinya. "Shuu... saya ada dekat sini sayang."

Mereka tiba di depan pintu masuk. Elina sempat berpesan. "Korang, doakan Lina. Maafkan Lina kalau ada salah pada korang ya."

Mereka semua mengangguk. Hanya Syahrul seorang saja yang dibenarkan menemani isterinya di bilik bersalin. Elina menggenggam kuat tangan suaminya. "Rul, saya minta maaf pada awak atas segala silap saya. Halalkan makan minum saya ya awak."

Syahrul mengucup dahi isterinya. "Saya sentiasa maafkan awak. Saya cintakan awak Elina."

"Saya pun." Peluh mula merecik di dahi Elina. Wajahnya sudah berkerut-kerut menahan sakit yang amat. Badannya digerakan ke kiri dan ke kanan.

"Goog job, Elina. Keep moving supaya laluannya cepat terbuka. Satu cm saja lagi. Teruskan Elina." Arah doktor perempuan itu.

Elina menggenggam kuat tangan suaminya sehingga Syahrul sendiri terasa sakit. Tangannya sudah merah.

"Okey, pintu sudah buka. Elina, dengan kiraan tiga, push sekuatnya ya. one...two...three...push!"

Elina meneran kuat.

"Lagi sekali."

"Erghhhhhh!!!!" Elina meneran sekuat hatinya. Nafasnya sudah tercungap-cungap. Dadanya berombak kencang.

"Okey kepala baby dah keluar, good Elina. Teruskan meneran."

Elina menarik nafasnya. Syahrul tak putus-putus memberikan semangat. Dengan sekali teran, bayi telah berjaya keluar.

Syahrul mengucup dahi isterinya kemudian beralih ke bibir. "Alhamdulillah Sayang, awak dan baby kita selamat."

Elina tersenyum lemah.

"Encik, sila tunggu diluar. Kejap lagi selepas bersihkan baby kami akan berikan pada encik untuk diiqamatkan." Ujar doktor perempuan itu. Syahrul mengangguk.

"Sayang, saya keluar kejap ya." Syahrul berbisik. Elina hanya mengangguk.

Setelah dua jam lamanya Syahrul bersama Elina didalam, akhirnya dia keluar. Ekhmal menerpa kearah Syahrul.

"Rul, Lima macam mana?"

Syahrul tersenyum. "Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami dapat baby boy." Ujar Syahrul ceria.

Mereka semua menarik nafas lega sambil mengucap syukur kepada-Nya. Tak mala kemudian, Tan Sri Sufian tiba bersama Anuar. "Macam mana?"

Syahrul memeluk dadynya. "Rul dah jadi papa, dady. Mama mana?" Soal Syahrul kembali setelah melepaskan dadynya.

"Oh mama... dia datang lambat sedikit. Mama teman Azuan. Azuan jatuh motor malam tadi." Beritahu Tan sri Sufian. Syahrul mengangguk faham.

~sebulan kemudian~

Tempoh pantang Elina sudah hampir tamat. Mereka tinggal di rumah keluarga Syahrul atas desakan Puan Sri Fida sendiri. Katanya mudah mahu menjaga Elina.

Puan Sri Fida masih mengekalkan pantang tradisionalnya. Sepanjang tempoh berpantang, dia mengawal ketat pemakanan Elina. Segala jamu pekat yang pahit dipaksa Elina untuk meminumnya.

"Ikan merah bagus untuk menyembuhkan luka. Ni mama masakkan sup ikan merah lada hitam. Lada hitam ni pulak untuk menambah air susu. Makan ya." Puan Sri Fida memimpin menantunya ke meja makan.

"Terima kasih ma sebab layan Elina dengan baik." Tutur Elina.

"Eh, mestilah kena layan baik-baik.
Kalau tak nanti Elina merajuk tak nak tambahkan cucu mama pula." Seloroh Puan Sri Fida

Jangan!Read this story for FREE!