Bab 19

21.7K 761 3
                                    

Elina menggantungkan pakaiannya kedalam almari barunya. Almari besar, katil besar, semualah besar. Bak kata Sofea, 'beruntung kau dapat suami kaya. Kereta besar, rumah besar, poket dia pun boleh tahan besar , tak lama lagi, perut kau pula besar.....'

Elina menggeleng kepalanya beberapa kali. Hishh.... sampai ke perut tu memang tidaklah. Tak akan pernah berlaku. Macam mana nak berlaku kalau dia dan aku pun tak pernah 'bersatu'?

Elina menyudahkan kerjanya. Kemudian dia turun ke bawah. Syahrul sedang menonton televisyen, Elina menghampiri suaminya dan mengambil tempat disebelah suaminya.

Syahrul menoleh ke Elina. Sakit matanya melihat kain selendang yang masih menutupi kepala isterinya. "El, dalam rumah ni tak ada sesiapa. Bukak ajelah tudung kau tu."

Elina menggaru-garu kepalanya. Dia masih lagi kekok sebenarnya untuk mendedahkan aurat dihadapan suaminya. Macam mana nak buat ni? Syahrul sudah memandang Elina tajam.

"Takkan masih malu dengan aku kot? Ermm...?"

Elina tersengih sambil mengangguk. Syahrul merapati wajahnya ke wajah isterinya. "Nak aku ajar supaya malu kau hilang tak?"

"Macam mana?" Tanya Elina. Dia teruja. Apa agaknya cara yang suaminya nak ajar itu.

Syahrul tersenyum nakal. Dia mendapat satu idea untuk mengenakan isterinya. "Caranya senang aje." Dia mengucup pipi isterinya.

Elina terpana. Syahrul tersengih. "Malu lagi tak?"

"Ini bukan nak hilangkan malu, ini gatal! Hishhh... awak ni teruklah. Dahlah, saya nak masak untuk makan malam. Kalau layan awak, sampai esok kita tak makan." Elina baru bangun Syahrul menarik tangan Elina sehingga Elina terduduk semula.

"Dalam rumah, tak perlu bertudung. Keluar rumah, nak pakai tudung saji atas kepala pun aku tak kisah. Lagi aku galakkan." Syahrul membuka lilitan selendang isterinya. Rambut isterinya yang bersanggul itu dilepaskan ikatannya dan dibelai.

Elina menolak tangan suaminya yang sudah melebih-lebih itu. Setakat bukakan tudung tu aku tak kisah, ni part belai-membelai ni memang meremang bulu roma. Kata-kata Sofea mula terngiang-ngiang di kepalanya. '....perut besar....' . Arghhh!! Jerit hati Elina. Dia bergegas ke dapur.

"Kalau malu lagi cakaplah. Boleh aku kiss kau lagi." Laung Syahrul dari ruang tamu bersama tawa yang bersisa.

Pada malam itu, mereka berdua pulang ke rumah keluarga Syahrul. Puan Sri Fida asyik mendesak Syahrul dan Elina bermalam di situ.

"El, kau 'wayang'lah sikit depan mama dan dady nanti. Panggillah aku something yang sweet sikit. Baby ke darling ke?" Ujar Syahrul memecah kesunyian di dalam kereta.

Elina memandang suaminya. "Perlu ke? Awak pun panggil saya 'kau' aje. Alah, tak ada masalah pun tentang panggilan ni. Kalau mama dan dady tanya, katalah kita selesa macam ni. Senang kan?"

"Suka hati kaulah. Kalau mama tanya, kau jawab. Aku diam aje. Faham?" Putus Syahrul.

Puan Sri Fida riuh menyambut kedatangan anak dan menantunya. "Rindunya mama pada Lina. Lina tidur sini kan malam ni?"

Elina memandang suaminya. Syahrul mengangguk. "Kami tidur sini semalam. Esok petang baliklah."

"Ohh... kalau macam itu nanti mama suruh bibik kemaskan bilik kamu." Balas Puan Sri Fida.

Elina menghampiri Azuan yang sedang berdiri sendirian di hadapan kolam renang. "Jauh termenung. Dah sampai kemana?"

Azuan tersengih. "Sampai Jordan dah." Mereka berdua tergelak. Azuan menghulurkan sebungkus coklat cadbury kepada kakak iparnya.

"Akak kata akak pernah bawa superbike kan?"

Elina memandang adik iparnya. "Kenapa tiba-tiba tanya?"

"Saja. Zuan ada jumpa seorang girl ni. Dia bawa superbike. Comel gilalah. Lepastu Zuan teringat dekat akak. Teringin pula nak lihat akak bawa motor besar." Cerita Azuan. Elina tergelak.

"Kalau macam tu, kasi akak pinjam motor Zuan. Akak bawa. Boleh? Hahaha...." seloroh Elina. Azuan mengangguk.

"Boleh aje. Kalau akak nak bawak, minta aje kunci pada bibik."

"Hishh... akak main-main ajelah."

"Tapi Zuan serius ni. Manalah tahu kalau akak perlukan ke? Akak, bila nak ajak Zuan cycling? Zuan dah teruja tau sampai Zuan beli sebijik MTB." Azuan menunjukkan basikal yang berantai di tiang rumah.

"InshaaAllah bulan depan akak tak sibuk, ada event berbasikal 1 Wilayah. Nanti akak daftarkan nama Zuan kalau Zuan nak." Tutur Elina.

"Ni sembang apa ni?"

Mereka berdua menoleh ke belakang. Syahrul mencekak pinggangnya. Dia menghampiri isterinya.

"Zuan ni ajak saya dating awak. Saya seganlah nak tolak. So Zuan, comfirm ke?" Elina berseloroh. Dia memberikan ruang buat Syahrul untuk duduk disebelahnya.

"Comfirm! Okaylah akak, jangan lupa date kita tau. Muah..." Azuan melayangkan 'flying kiss' kemudian mencicit dia melarikan diri apabila Syahrul ingin menendangnya.

Elina tertawa melihat telatah dua beradik ni. "Awak ni, tak baiklah tendang dia macam tu. Dia bukan buat apa pun."

"Kau suka ke dengan adik aku tu?" Soal Syahrul serius. Elina mengangguk.

"Suka. Dia cute. Baik pulak tu." Balas Elina bersahaja. "Tapi kalau ada Nuar pun best juga. Dia lagilah cute. Geram saya dengan mereka."

Syahrul membuat muka meluatnya. "Kau puji orang lain. Suami sendiri tak pernah puji. Aku cute tak?"

Elina menggeleng. Syahrul menarik tangan Elina mendekatinya. "Kalau kau geram dengan mereka, aku ni dah lama geram dengan kau." Bisik Syahrul.

Elina terkedu. Apa maksud Syahrul?

"Kenapa diam?"

Elina semakin kaku bila wajah Syahrul semakin menghampirinya. Wajahnya terasa desah nafas suaminya.

"Awak nak buat apa ni? Rul, janganlah macam ni." Rayu Elina.

"Aku cute tak? Baik kau cakap sekarang kalau tak...."

"Okey, awak cute. Sangat cute." Ujar Elina laju apabila bibir suaminya hampir mengenai wajahnya.

"Geram tak dengan aku?"

Elina terasa mahu pengsan apabila dia terpaksa mengangguk. Dia menolak wajah suaminya menjauhinya. Telinganya menangkap suara tawa suaminya. Sah! Memang Syahrul tengah make funkan aku. Desisnya.

"Bencilah dengan awak ni. Dah lah, saya nak tidur lagi baik. Layan awak ni boleh buat saya gila tahu tak?" Marah Elina sambil masuk kedalam rumah.

Syahrul hanya menayangkan wajah tidak bersalah. Dia suka apabila wajah Elina berona merah kerana malu dengannya. Lagilah seronok dia mahu menggiat gadis itu.

Hatinya terhibur dengan teletah Elina yang amat comel dipengamatannya itu. Setiap masa jika bisa dia ingin sentiasa bersama gadis itu. Sehingga dia terlupa akan sebuah perjanjian yang pernah dimeterai suatu ketika dahulu.

Jangan!Where stories live. Discover now