Bab 31

14.7K 611 24

Elina mengesat peluh yang merecik di dahinya. Terikan matahari mula menyilaukan pemandangannya tetapi masih tidak dihiraukan. Dia meneruskan kayuhannya.

Fikirannya masih serabut mengenangkan kata-kata Sofea dan bersilih ganti dengan pesan abangnya.

"Lina, kalau kau sayangkan suami kau, pertahankanlah rumahtangga kau. Berikan layanan yang tidak berbelah bahagi pada suami kau. Ikhlaskan diri kau menjalankan tanggungjawab kau.

Buanglah keras kepala kau buat sementara waktu. Tambat hati suami kau sebelum orang lain yang tambat hati dia. Kau nak ke bermadu atau bercerai?"

".....abang tahu, Hafiza nak dapatkan Syahrul semula untuk kesenangannya. Elina perlu bersedia...."

Arghh! Mengarutlah semua ni.

Elina menyandarkan basikalnya pada tiang rumah suaminya. Dia membuka pintu dan menjegulkan kepalanya ke dalam. Syahrul tak bangun lagi ke? Dah pukul 11 pagi ni.

Elina menangkap bunyi senduk dan kuali berperang didapur. Dia menapak menuju ke dapur. Dari belakang dia mencuit pinggang suaminya.

"Oit. Nakal eh?" Syahrul menepis tangan Elina yang masih mencuit-cuit pinggangnya.

"Pergi mana tadi?" Soal Syahrul. Elina menarik kerusi dari meja makan.

"Saja kayuh basikal ronda-donda kawasan taman. Lepastu lepak dengan Sofea kejap. Rindu dekat dia." Balas Elina. "Eh, awak masak ke?"

Syahrul tersengih. Dia menghulurkan sudu yang berisi nasi goreng kepada isterinya. "Kali ni mesti sedap. Saya jamin!"

"Kalau tak sedap siap awak eh." Elina mengangakan mulutnya dan memasukkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Hmm... boleh tahan.

"Macam mana?" Syahrul membongkokkan badannya memandang Elina. Elina menarik nafas dan membuat memek sedih.

"Rul, nasi goreng ni...."

Syahrul menanti penuh debaran.

"Sedap." Elina menggosok kepala suaminya. "Lepas ni awak ajelah yang masak. Dah pandai masak rupanya suami saya ni."

Tergelak kecil Syahrul. Dia menolak tangan Elina yang berada di kepalanya dan menarik tangan itu ke dadanya. "Saya belajar untuk kesayangan saya. Sayang saya tak?" Syahrul mengangkat keningnya beberapa kali.

Waduh waduh. Geram Elina dengan wajah cute suaminya. "Sayang kot. Entah." Elina mengangkat bahu. Dia bingkas bangun tetapi ditolak Syahrul sehingga Elina terduduk semula.

"Sayang ke tidak? Cakap cepat. Tak nak ada kot-kot."

Elina tersenyum lebar. Dia merangkul leher suaminya. "Sayanglah. Sayang sangat."

"Bukti?"

Elina tergelak. "Mengada. Dahlah, saya nak mandi. Berpeluh ni." Elina menolak wajah suaminya yang semakin mendekat itu dengan tapak tangannya. Lalu dia bangkit dan berlalu.

Syahrul tersenyum sendiri. Inilah kebahagiaan yang dia mahukan dan impikan.

Mereka jalan beriringan di sepanjang jambatan Putrajaya. Syahrul mengeratkan lagi genggamannya pada Elina. Cahaya lampu jalan yang berwarna-warni menaikkan lagi suasana romantik pada waktu malam.

Bibir Elina tidak lekang dengan senyuman. Rasa seperti sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta tetapi hakikatnya mereka ialah pengantin lama. Hahaha....

"El, kita berbincang kejap." Gumam Syahrul. Dia berhenti dan memandang wajah Elina.

Elina mengangguk. "Apa yang awak nak bincangkan?"

Jangan!Read this story for FREE!