Bab 4

23.8K 831 14
                                    

Elina menukar seluar slacknya kepada high waist long skirt berwarna hitam. Kemeja putih dimasukkan kedalam skirtnya. Shawl berwarna biru langit di kemaskan lilitannya. Perfect!

Beg alatan make up jenama Elianto ditarik keluar dari dalam laci. Disebabkan sebentar nanti dia perlu berjumpa dengan Puan Sri cerewet, dia perlu kelihatan formal dengan etika pemakaian yang sesuai. Muka perlu kelihatan 'berconteng' agar orang yakin dengan kredibilitinya sebagai seorang peguam.

Jika setakat duduk di ofis saja, Elina malas mahu mengenakan sebarang make up. Yelah, dia kan mengayuh basikal hari-hari ke ofis. Nanti cair pula make upnya. Membazir.

Dokumen penting dimasukkan kedalan backpack beg jenama Bonitanya. Dia mengerling jam di tangan. Sudah pukul 12.30 tengah hari. Baik gerak sekarang. Jalan di KL selalunya sudah padat kerana waktu makan tengahari sudah masuk. Dia sudah berjanji untuk berjumpa dengan Puan Sri di sebuah restoran mewah di KLCC.

Elina menahan teksi di luar pejabat. Mujur senang untuk mendapatkan teksi di kawasan ini. Jika susah, mungkin dia terpaksa meminjam motor abang Zul seniornya. Takkan nak kayuh basikal. Mahu lewat lunch nanti dia tiba.

Elina pantang jika bab masa dia dipertikaikan. Dia tak suka menunggu dan dia tidak suka ditunggu. Jika kata nak berjumpa pukul dua, sebelum pukul dua dia sudah terpacak di situ.

Elina tiba di restoran Flora Cafe tepat pada pukul 1. Sewaktu dia ingin masuk, dia terlanggar bahu seorang wanita separuh abad. Elina memberikan laluan buat wanita itu dan tersenyum.

Wanita itu ralit menilik wajahnya. Aduh, kenapa pulak dengan makcik ni. Tak puas hati ke? Desis Elina dalam hati.

"Elina, kan?"tanya wanita itu. Elina mengangguk. Dia cuba mengingati wanita itu.

"Ni mama Rul,lah. Takkan dah lupakan aunty kot?"ujar wanita itu riang.

Rul? Rul mana? Ha, Syahrul!

"Maaflah aunty, Elina tak cam aunty. Haritu aunty kan sakit, muka pun pale aje. Harini aunty look gorgeous. Aunty sihat?" Elina menyalami tangan wanita itu.

"Alhamdulillah aunty sihat. Elina you look so different. Nampak elegen, moden dan ayu sangat. Lain dari yoy berbaju kurung."puji Puan Sri Fida. Elina sudah tersipu-sipu.

"Aunty buat apa di sini?"soal Elina.

"Aunty nak jumpa orang. Elina pulak? Nak lunch dekat sini ke?"

"Elina nak jumpa client. Tak tahulah dah sampai ke belum."balas Elina. Mereka berdua melangkah masuk ke restoran bersama-sama.

Mereka duduk di meja yang sama. Atas pujukan Puan Sri Fida, Elina akhirnya bersetuju untuk menemaninya sehingga client Elina tiba. Mereka memesan air sahaja. Elina melayan celoten Puan Sri Fida sambil matanya memerhati sekeliling reatoran.

"Aunty, Lina nak buat panggilan sekejap ye. Nak comfirmkan client Lina tu jadi datang ataupun tidak."pinta Elina. Puan Sri Fida sekadar mengangguk.

Elina mendail nombor clientnya. Tidak lama kemudian, talifon Puan Sri Fida berdering. "Aunty angkat talifon kejap ya."

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri apabila Puan Sri menjawab panggilan tersebut. Terburai tawa mereka.

"Lah... Elina ni lawyer ke? Elinalah yang akan handle kes saman aunty ni,kan?"ujar Puan Sri Fida dalam tawa yang masih bersisa.

"Ya Allah! What a small world. Maaf aunty... err...Puan Sri. Saya tak sangka Puan Sri ni...."

"Apa Elina ni. Panggil aunty aje macam biasa. Tak payah nak Puan Sri Puan Sri bagai."sanggah Puan Sri Fida.

Mereka berbincang mengenai agenda pertemuaan mereka. Elina mencacit segala isi penting sambil menyisip jus orennya.

"So aunty, Lina suggest aunty untuk bawa berbincang dahulu di luar mahkamah. I mean 'slow talk'. Kita perlukan bukti yang kukuh sekarang ni untuk lawan dia."rumus Elina.

Puan Sri Fida merengus. Dia menyisip jus epalnya. "Apa yang boleh dijadikan bukti, Elina? Cuba bagitahu aunty. Aunty buntu ni. Aunty tak boleh tengok dia sewenang-wenangnya belanjakan duit persatuan macam tu aje. Then tuduh aunty bersubahat nak menjatuhkan dia."

Elina berkerut dahinya cuba memikirkan sesuatu. "Erm... mungkin penyata akaun persatuan?" Puan Sri Fida memetik jarinya.

"Ya Allah, aunty tak terlintas nak fikir benda tu. Good Elina." Puan Sri Fida menepuk-nepuk belakang tapak tangannya perlahan. Elina sekadar mengangkat bahu.

"Aunty!" Puan Sri Fida dan Elina menoleh serentak.

Seorang gadis mengenakan halter dress berwarna merah datang menghampiri.

"Oh Nora. Awal sampai."tutur Puan Sri Fida seraya menyambut huluran salam gadis itu. Gadis itu mengambil tempat duduk di sebelah Puan Sri Fida.

"Syahrul mana aunty?"soal Nora. Dia memandang Elina dengan pandangan yang menjengkelkan.

"Rul on the way. Jangan risau. Dia pasti datang."balas Puan Sri Fida. Elina mengemas barangnya. Malas mahu berlama-lama. Urusannya sudah selesai. Dan dia juga malas mahu bertemu dengan Syahrul. Tak rugi apa-apa pun kalau tak bertemu.

Elina bangkit dan menyalami Puan Sri Fida. "Aunty, Lina pergi dulu ya. Jumpa lagi nanti." Puan Sri Fida tidak sempat berkata apa apabila Elina sudah berpaling ke belakang.

Malangnya, dia tidak perasan akan susuk tubuh seseorang di belakangnya dan tanpa sengaja melanggarnya. Dahinya mendarat cantik di dada seseorang. Kepalanya di angkat. Mata mereka bersatu pandang. Elina terpaku.

"Elina." Terpacul nama itu di bibir Syahrul. Lama mereka dalam posisi begitu membuatkan hatinya bergetar. Syahrul menolak tubuh Elina menjauhinya sedikit.

"Sorry ma i'm late." Ucap Syahrul sambil menyalam tangan mamanya. Elina ingin berlalu pergi tetapi Syahrul pantas menarik lengan gadis itu.

"Tunggulah kejap. Saya hantar awak balik nanti." Ujar Syahrul.

Puan Sri Fida dan Nora berpandangan sesama sendiri. Ada riak tidak puas hati di wajah Nora.

"Ada apa ma? Kalau tiada hal penting, Rul perlu ke tempat lain." Syahrul menarik kerusi buat Elina dan menyuruh gadis itu duduk kemudian dia duduk di sebelas gadis itu.

Elina membuat muka. Apa masalah lelaki ni? Apasal nak libatkan aku dalam family discussion dia pulak. Lepas tu sesedap perisa adabi dia aje nak pegang-pegang tangan aku. Memang minta penampar betul lelaki ni. Bebel Elina dalam hati.

"Mama nak kenalkan Nora pada Rul. Ingat tak perkara tempoh hari yang kita dah bincangkan tu?" Puan Sri Fida memulakan mukaddimahnya.

Syahrul meraup wajahnya. "Please not here lah ma. Depan Elina pulak tu. Nanti-nanti dekat rumah pun boleh bincang."

"No Rul! Mama pun nak bercucu juga. Rul ni asyik nak mengelat aje. Sampai bila nak membujang macam ni? Cubalah jangan menolak. Bawa berkawan, kenal satu sama lain."pujuk Puan Sri Fida.

Elina hanya membuang pandang ke arah lain. Malas mahu masuk campur urusan keluarga orang. Nora sedari tadi memandang ke arah Syahrul dan Elina.

Dia orang ni couple ke? Pakai warna sedondon. Pegang-pegang tangan pulak tadi. Sakit mata aje menengok.

"Ma, may i have a choice to choose who will be my wife?"tanya Syahrul. Puan Sri Fida mengangguk.

Elina yang sedang leka dalam dunianya sendiri dikerling Syahrul. Dia seakan mendapat satu idea.

"El, jom." Elina tersentak apabila Syahrul memanggilnya. Dia ikut bangun lalu membuntuti langkah Syahrul yang ingin keluar dari restoran.

Syahrul berpusing ke belakang lalu memegang bahu Elina. Terkejut Elina dengan tindakan Syahrul. "Ma, what do you think about Elina? She is beautiful right?" Syahrul lantas berlalu pergi bersama Elina.

Puan Sri Fida dapat memahami maksud anaknya. Dia tersenyum penuh makna. Tak sangka selera anaknya sudah berubah. Alhamdulillah jika benar apa yang difikirkannya.

Nora terasa seperti patung bodoh. Sikit pun Syahrul tidak memandang dirinya. Apa kurangnya aku? Aku seksi, cantik, elegen dan moden. Perempuan tu nampak sangat kolot dan kekampungannya. Nanti kau! Dendam mula berlingkar di hati Nora.

Jangan!Where stories live. Discover now