Bab 39

11.6K 392 6

Lama Syahrul berteleku diatas tempat sujudnya. Ekhmal menghampiri Syahrul dan mengajaknya pulang tetapi Syahrul menolak. "Saya nak beri'tikaf sebentar di masjid. Abang baliklah kalau abang nak."

Ekhmal menepuk belakang Syahrul beberapa kali. "Sabar ya. Doa pada Allah. Abang pergi dulu."

Syahrul hanya menghantar pandang pemergian Ekhmal. Dia kembali dengan dunianya semula. Kemana lagi harus dia mencari Elina? Hampir seminggu bayang isterinya hilang. Seluruh pelosok Kuala Lumpur telah dicarinya.

Syahrul menadah tangan. Ya Allah, temukanlah semula aku dan Elina. Bantulah kami menjernihkan semula hubungan kami. Permudahkanlah segala-galanya, Ya Allah. Lindungilah dimana sahaja dia berada, wahai tuhan seluruh alam. Jauhkanlah dari segala bahaya dan khianat manusia Utuhkanlah cinta dan kasih sayang antara kami.

Syahrul mencapai senaskah Al-Quran lalu membacanya. Dia meneruskan i'tikafnya sehingga masuk waktu maghrib.

Elina tersedar apabila terasa wajah dan sebahagian badannya basah seperti disimbah air. Terpisat-pisat dia cuba mencelikkan matanya.

"Hey bangunglah! You tu yang bodoh. I bagi makanan you tak nak makan. Lepastu nak pengsan-pengsan pula. Menyusahkan!" Rengus seseorang.

Elina kenal si empunya suara. Matanya diarah kepada suara itu. Seorang perempuan sedang bercekak pinggang memandangnya sinis. Pemandangannya masih kabur, tetapi itu lebih baik dari memandang wajah itu dengan jelas.

"Elina, Elina... kesian i tengok you ni. Kuat sangat cinta you pada Syahrul tu kan, sehingga you tak sanggup buat apa yang i suruh."

Elina mengesot mendekati perempuan itu. "Kak Fiza, apa salah saya pada akak? Kenapa akak buat saya macam ni?"

Hafiza tergelak. "Salah you pada i rasanya tak ada. Tapi salah abang you tu terlalu banyak. Apa you rasa sekarang? Terseksa kan? Itulah apa yang i rasakan selama ni. I tak dapat balas pada dia, jadi i balas pada you.

Hey perempuan, i taknak you mati tau. I ni masih ada hati perut. Jadi baik you makan. Jangan risau, dalam makanan ni tak ada racun pun. Nah, makan sekarang!" Hafiza membuka bungkusan nasi lalu disua kepada Elina.

Melihatkan Elina yang teragak-agak itu, dia menyuap nasi ke mulutnya. "See, i tak mati pun. Jadi tak ada masalah untuk you makan."

Elina perlahan-lahan menyuapkan nasi kedalam mulutnya. Ikutkan hati, mahu saja dia telan semuanya tetapi tekaknya terasa perit. Maklumlah, asyik menjerit melolong aje.

Hafiza tersenyum. "Elina, kalau you dah bersedia untuk lakukan apa yang i suruh, jumpa i diluar. I beri kebebasan pada you didalam rumah ini tapi ingat, jangan cuba nak melarikan diri. Semua jalan keluar i dah sekat. You cuba lari, you mati!" Gertak Hafiza.

Elina mengangguk. Hafiza lantas keluar dari bilik pengurungan Elina itu.

Iphonenya dikeluarkan dari poket jeans. Jarinya lincah menaip sesuatu.

Seronok juga rupanya berbual dengan bekas adik ipar ni.

Butang send ditekan dengan senyuman meleret. Hehehe.

Ekhmal sedang menghidangkan salah satu jenis makanan chinese set kepada tetamu yang perlu dilayannya. Kerja seorang service assistant memerlukannya berdiri di sisi tetamu yang dijaganya. Segala kemahuan dan kerenah tetamu perlu dilayani bagai raja.

Tiba-tiba talifonnya bergetar. Ekhmal meminta diri dan berlalu ke belakang dapur. Dia mengeluarkan talifonnya. Mesej Hafiza?

Seronok juga rupanya berbual dengan bekas adik ipar ni.

Jangan!Read this story for FREE!