Bab 37

13.8K 401 24

Elina menuruni anak tangga. Telinganya menangkap bunyi sudip berlaga kuali didapur. Dia pasti Syahrul sedang memasak sesuatu lalu dia mengorak langkah menuju ke dapur.

Syahrul tidak perasankan kehadiran Elina. Elina memeluk suaminya dari belakang. "Awak masak yer?"

Syahrul menoleh kepalanya ke belakang. "Eh taklah, saya tengah mandi." Seloroh Syahrul bersahaja. Elina menepuk belakang suaminya perlahan.

"Terukkan saya ni. Dahlah bangun lambat lepas tu suami pulak yang masak." Elina melepaskan pelukannya. Dia membuka peti sejuk dan mengeluarkan sekotak jus oren. Dua gelas diambil dan diletakkan diatas meja.

Syahrul menutup api. "Awakkan tak sihat lagi, saya tak kesah. Tapi memandangkan saya yang masak, awak kena telan aje ye. Awak pun tahu tahap masakan saya macam mana kan?" Syahrul mencuit hidung Elina sebelum meletakkan pinggan yang sudah berisi 'mee goreng hitam'.

Elina menelan air liurnya. Dia mengerling wajah suaminya. Syahrul hanya tersenyum. Elina mengeluh sebelum ikut tersenyum. "Saya pasti rasanya tidak mengecewakan walaupun warnanya agak... menyedihkan." Komen Elina sebelum menyuap mee kedalam mulutnya.

Terpejam matanya menikmati masakan suaminya. Syahrul tergelak.

"Rul, inilah mee goreng paling sedap pernah saya nikmati." Puji Elina terpaksa demi menjaga hati suaminya. Syahrul menggosok kepala Elina.

"Sayang, saya tahu tak sedap. Tak perlu paksa diri awak semata-mata nak jaga hati saya. Okey?"

Elina mengangguk. "Rul, awak tahu yang saya sayang awak."

~sebulan kemudian~

Syahrul masih dalam pencariannya. Dia mengelilingi ibu kota Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan berdekatan. Tangannya masih mendail nombor tersebut.

Tetapi jawapannya tetap hampa. Tidak bersahut langsung pada pemilik nombor itu. Mesej juga sudah beribu dihantar namun tidak berbalas.

Syahrul buntu. Kemana harus dia mencari lagi. Takala ini hanya perasaan kecewa yang menemani dirinya.

Segala janji, bisikan rindu, sentuhan dan kenangan manis mula terlayar kotak fikirannya. Dan sekali lagi air matanya tumpah.

Talifonnya berdering. Lantas dijawab tanpa melihat siapa pemanggilnya.

"Hello." Suara perempuan mula kedengaran di hujung talian.

Syahrul tersentak. "Kau nak apa?"

Perempuan itu tergelak. "Rul, kenapa suara you macam stress je?"

"Kau kalau tak ada apa-apa hal, jangan ganggu aku....."

"Rul, perempuan kampung tu dah tinggalkan you. You nak buat apa lagi cari dia? I sentiasa ada untuk you, Rul."

Syahrul lantas menamatkan talian. Samsung S6 Edgenya di campak di seat sebelah. Tangannya mengetuk stereng kereta kuat. Wajahnya diraup kebelakang.

Elina.... mana kau?

Elina terbaring lemah diatas lantai. Badannya sudah kehabisan tenaga. Hampir seminggu dia dikurung di situ dan dia tidak menjamah walau sesuap makanan yang diberikan.

Syahrul... saya minta maaf. Saya sepatutnya percayakan awak. Saya... tak sepatutnya ikutkan rasa hati yang akhirnya membinasakan diri saya sendiri. Saya minta maaf Syahrul.

Pemandangannya mula kabur dan dia akhirnya tidak sedarkan diri.

Ekhmal manghampiri adik iparnya. Belakang lelaki itu ditepuk perlahan. Syahrul mengangkat wajah memandang abang iparnya. "Ada apa-apa khabar tentang Elina?"

Ekhmal menggeleng. "Abang masih mencarinya. Rul jangan khuatir, InshaaAllah Elina selamat. Mungkin dia perlukan masa untuk bertenang." Pujuk Ekhmal.

Syahrul menggeleng. "Saya tetap nak cari isteri saya. Saya nak jelaskan kesalah fahaman yang terjadi ini. Tolonglah abang, kalau abang tahu mana Elina, saya rayu pada abang beritahu saya. Saya perlu berjumpa dengan Elina."

"Sumpah! Abang sendiri tak tahu kemana Elina. Rul, dah masuk waktu asar. Lebih baik kita tunaikan dulu tanggungjawab kita dan berdoa agar urusan kita dipermudahkan. Rul pun nampak tak terurus. Berdoalah padanya. Merayu padanya. Mengadulah padanya. Mari." Ajak Ekhmal. Syahrul hanya mengikut langkah Ekhmal menuju ke masjid yang berhampiran.

~Tiga minggu sebelumnya~

Elina mengerling jam di dinding. Sudah pukul lapan malam. Bayang Syahrul masih tidak kelihatan. Dia benar-benar risau. Hatinya sedari tadi gusar.

Nombor suaminya didail. "Awak dekat mana?" Tanya Elina setelah salamnya bersahut.

"Saya dekat ofis lagi ni. El, saya balik lambat tau. Kereta saya rosak jadi saya kena tunggu Khai datang sini." Ujar Syahrul. Elina terkejut.

"Rosak? Khai kawan awak tu bukan ke dia di Ipoh?"

"Memanglah. Tapi dia on the way balik ke sini. Jadi dia kata dia akan singgah sini dan hantarkan saya balik rumah. Awak jangan risaulah, saya okey. Saya tunggu Khai dekat dalam ofis saya. Sambil-sambil tu saya pun buatlah kerja apa yang patut."

"Rul, saya ambil awak. Tak perlulah susahkan Khai. Kesian dia. Awak tunggu ya." Putus Elina.

"Eh, tak payah! Saya dah janji dengan Khai nak lepak kejap. Lagipun dah lama tak jumpa dia. Awak tunggu aje dekat rumah ya?" Tolak syahrul. Elina merengus.

"Baiklah." Talian ditamatkan. Tetapi entah mengapa Elina msih rasa tak sedap hati. Ah, kalau nak lepak, ajak aje si Khai tu datang rumah!

Elina mencapai kunci motosikalnya. Degil betul si Elina ni.




*sorry gaiss. Masa sweet dah tamat.✌































Jangan!Read this story for FREE!