Bab 6

12.8K 506 6

Syahrul membawa keluar ayam yang sudah dirempahnya. "Weh, api dah menyala ke?"

Ammar mengangguk. Dia dan Khai memanggang ayam yang dibawa oleh Syahrul. Sementara Syahrul sedang membancuhkan air buat kawan-kawannya.

"Penat betul bersihkan rumah kau harini, Rul. Berapa abad kau tak mengemas? Dahlah duduk rumah besar, seorang pulak tu. Dengan rumah bersepah macam tu, kau tak takut ke?" Khai menghampiri Syahrul. Dia mencapai segelas air yang dihulurkan Syahrul lalu meneguknya.

"Adalah juga kadang-kadang tu. Tapi nak buat macam mana, dah bujang kan. Lainlah kau orang. Ammar dah ada bini dan kau duduk dengan famili kau."balas Syahrul sambil duduk di kerusi. Dari beranda tingkat tiga banglo Milano miliknya yang berada di bahagian hujung itu, dia dapat melihat persekitaran luar dengan lebih jelas.

Matanya tertancap pada sebuah rumah teres yang berada tidak jauh dari situ. Tergaris senyuman di bibirnya.

"Kawan kita senyum sorang-soranglah Khai." Usik Ammar sambil tergelak.

"Huish... bahaya tu. Rul, baik kau cerita. Kau dapat skandal baru atau tender baru?" Desak Khai. Dia berhenti mengunyah ayam yang sudah di panggang oleh Ammar.

Syahrul tergelak mendengar kata-kata kawannya. "Apalah kau orang ni. Aku bahagia pum kau orang bising. Tak ada apa-apalah."

"Kata kawan baik... apa ni tak nak shared dengan kita orang."

Syahrul menghembuskan nafasnya. "Haritu aku ada langgar seorang 'ayam dara kampung'...."

"Huishh... cun tak? Kau tambat tak?" potong Khai. Ammar menunjal kepala Khai. "Cerita belum tamat der. Bagilah dia cerita dulu."

Syahrul menggeleng kepalanya. "Cun kau kata? Weh keras macam kayu adalah. Brutal pulak tu. She is different. She is not an ordinary girls."

"Wah... ini kau tambat dia atau dia yang tambat kau?" ujar Ammar bersahaja. Syahrul mencampak selipar pada Ammar. Padan muka kau.

"Bawa bertenang semua... jangan gaduh. Izinkan aku menggoreng satu lagu khas buat orang yang sudah ditambat hatinya oleh ayam kampung. Hahahaha...." Syahrul hanya mampu menggeleng kepala dengan kerenah kawan-kawannya.

Khai mencapai gitar dan membetulkan tunenya."Jangan tinggalkan auramu.Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi,
Mimpikan kita....

Jangan biarkan wangianmu,mohon memahami. Ia melekat di hidung
Yang memenuhi di setiap sudut mindaku...."

Ammar pula mencapai botol lalu didekatkan ke mulut. Acah-acah microfon. "Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu.
Kan ku culik cintamu, macam ku larikan lirikmu. Kau tak perasan aku sukamu, dari dulu lagi
Kau simpan hatiku..."

"Eh Rul, bila kau jumpa dia?"

"Empat hari lepas."

"....empat hari lepas... empat hari lepas. Pamm...pamm...param...pam...." Ammar dan Khai menyudahkan nyanyiannya. Tergelak mereka bertiga.

"Dah lah. Sumbang lagu tu. Menangis kalau Mark Adam dengar nanti." Ujar Syahrul dalam tawa yang masih bersisa.

Elina sedang mencuci basikalnya. Esok dia berancang untuk bersiar-siar. Dah lama dia tidak keluar berjalan sejak sudah berkerja ni.

Dari jauh, ada tiga pasang mata sedang memerhatikannya. "Rul, aku bet RM 500 kalau kau berani tegur dia."bisik Ammar.

Syahrul menggeleng. Tak ada kerja aku nak tegur dia.

"Aduh Rul. Sporting la sikit. Aku bet kau kereta race aku seminggu di litar. Amacam?" Khai pula yang mencabar.

"Taknaklah aku. Karang dia ingat aku syok dekat dia."tolak Syahrul.

"Eleh... perempuan lain kau boleh aje ayat. Ni pun perempuan juga weh. Boleh tahan cun. Ke betul hati kau dah ditambat ni? Ah kau ni tak macho ah. Biar aku ajelah yang pergi settle." Ujar Khai.

Syahrul menarik lengan Khai ke belakang. "Ah kau tak payah nak mengada. Biar aku yang pergi settle." Getus Syahrul. Dia menghampiri rumah Elina.

Elina sedang leka meletakkan minyak pada rantai basikal, dia tidak perasan akan kehadiran Syahrul disitu.

"Woi!" Sergah Syahrul.

Terkejut Elina. Mujur jarinya tidak tersepit pada rantai basikal. "Apa woi-woi? Salam tak ada ke??"

Syahrul menggaru kepalanya. Otaknya kosong untuk memikirkan topik yang ingin dibualkan. "Err... eh, kau memang ada basikal aje eh? Apa gaji kau tak cukup ke nak beli kereta dan bayar bulan-bulan?"

Elina memandang Syahrul yang berada di luar pagar tajam. Dia memang datang sini untuk menyakitkan hati aku ke apa? "Me no drive."balas Elina ringkas.

Syahrul tersenyum mengejek. "Ada lagi rupanya dalam dunia ni orang yang tak memandu. Atau kau tak mampu nak ambil lesen? Yelah nak ambil lesen sekarang pun bayarannya mahal. Naik basikal free aje."

Berdesing telinga Elina mendengarnya. Mulutnya ingin membalas kata-kata Syahrul terhenti tika talifonnya berbunyi. Keningnya berkerut. Wajah Syahrul dipandang.

"walaikumsalam aunty, ada apa eh talifon malam-malam ni?" jawab Elina setelah mengangkat panggilan tersebut.

Elina kelihatan menggaru-garu kepalanya yang bertudung itu. "Err... boleh InsyaaAllah. Elina free aje esok. Lagipun sekejap aje kan aunty?"

Syahrul sudah bosan berdiri disitu. Dia ingin pergi tetapi telinganya dapat menangkap butir bicara Elina pada talifon.

"Rul? Oh... Syahrul. Dia ada ni dengan Lina. Mungkin dia tertinggal talifon kot. Aunty nak cakap dengan dia ke?"

Syahrul menoleh. Apasal babitkan nama aku sekali ni? Siapa yang call Elina? Elina menghampiri Syahrul.

"Mama awak."

Syahrul terkejut. Aduh apa pulak kali ni. Dia menyambut huluran talifon daripada Elina.

"Err ma... kenapa tak call Rul sendiri?" Syahrul menjarakkan talifon dari telinganya. Bingit. Elina tergelak. Kelakar betul reaksi muka Syahrul tika itu.

"Ye, nanti Rul baliklah. Balik esok? Bawa Elina? Buat apa pulak bawak dia? Yelah... ok ma Assalamualaikum." Syahrul menamatkan perbualannya bersama mamanya. Dia menyerahkan kembali talifon kepada Elina.

"Kau bak buat apa jumpa mama aku?" soal Syahrul.

Elina menyimpan talifon ke dalam poket seluarnya. "Entah... mama awak kata nak jumpa sekejap. Mungkin nak beri evidenve?"

"Kalau macam tu esok pukul 12.30 tengahari aku tunggu kat luar. Jangan lambat!" Syahrul berlalu meninggalkan Elina. Elina membuat muka. Entah apa-apa lah. Suka buat keputusan sendiri. Aku ni tak habis cakap lagi. Getus Elina dalam hati.



Jangan!Read this story for FREE!