Bab 34

13.4K 495 10

Ekhmal menghidangkan minuman yang dipesan oleh Elina. Dia menarik kerusi dihadapan adiknya.

Elina memandang abangnya tajam. "Sekarang, ceritakan semuanya."

Ekhmal meraup rambutnya kebelakang. "Lina ingat lagi tak gerai makan abang kat tepi jalan besar di Alor Star dulu?"

Elina mengangguk.

"Disitulah bermulanya pertemuan abang dengan Hafiza. Setiap waktu makan tengahari dia akan kunjungi gerai abang. Sampai satu tahap tu, dia tak pesan apa-apa lagi abang dah sediakan makanan dan minuman untuk dia. Sebab abang dah tahu apa yang dia akan pesan." Ekhmal tergelak kecil mengimbau kenangan lalu. Elina hanya menarik senyuman nipis. Jelas kekeceaaan terpancar di wajah abangnya itu.

Ekhmal menarik nafas. "Setiap hari dia datang makan di gerai abang dan sebelum dia pulang, dia akan cakap kita akan berjumpa lagi esok dan hari-hari yang seterusnya. Abang pada mulanya anggap ianya sebagai gurauan manja sesama pelanggan. Jadi abang pun melayan samalah. Nak jaga hati pelangganlah katakan.

Tapi lama kelamaan, hati abang terpaut dengannya. Abang sedar diri abang manalah layak dengan perempuan sehebat Hafiza. Anak orang kaya, berjawatan tinggi. Abang ada apa? Cuma gerai kecil. Nak sambung belajar abang tak mampu. Abang kesiankan Elina. Duit belanja Elina pun selalu tak cukup, kalau tambah abang sama belajar sekali, gamaknya kebuluran lah kita dua beradik." Sempat Ekhmal berseloroh.

Tergelak Elina dibuatnya. Air mata yang mula bergenang di tubir mata diseka. Kesian abangku, terlalu banyak berkorban buat diriku sehingga mengabaikan keperluannya sendiri.

"Ada satu hari tu, Hafiza menangis datang ke gerai abang waktu malam semasa abang nak tutup gerai. Abang tanya dia kenapa dan dia terus peluk abang. Abang tolak dia tetapi makin erat dia peluk abang. Dia cakap dia dah jatuh cinta pada abang. Dia rela tinggalkan kemewahannya demi memilih abang.

Keluarganya dah buang dia kerana dia menentang perkahwinannya bersama seseorang yang dia benci. Seseorang yang pernah mengambil kesempatan padanya sewaktu zaman sekolah dulu. Abang memanglah teruja bila dia mengakui perasaan dia pada abang tapi abang sedar, abang takkan mampu untuk tanggung dia.

Abang cakap dengan dia, Fiza, better you dengar cakap family you. Mereka tahu apa yang terbaik buat you. I ni miskin, tak ada apa-apa pun."

Ekhmal menundukkan kepalanya. Dia tergelak sendiri.

"Dia cakap dia nak bersama abang walau ombak membadai sekalipun. Dia sanggup hidup susah dengan abang dan mulakan hidup baru bersama abang. Jadi, kami pun decide untuk berkahwin."

Elina menyedup air minumannya. "Tapi kenapa abang buang Lina?"

"Awal perkahwinan kami semuanya indah belaka. Abang tak bermaksud untuk buang Lina, abang cuma tak sedar apa yang abang dah buat. Abang terlalu turutkan kehendak Hafiza. Dia kata dia tak suka abang asyik bercerita tengang Elina jadi dia suruh abang buat pilihan. Dia atau Lina. Abang betul-betul tak sanggup kehilangan Hafiza jadi abang pilih dia."

"Tanah arwah ayah?"

Ekhmal mengeluh lemah. "Abang silap. Bila Hafiza beri cadangan untuk abang buka restoran sendiri, abang terus bersetuju. Dia cadangkan abang jual tanah tu dan guna duit tu untuk beli kedai serta buat modal perniagaan. Abang taknak sebab abang sayangkan rumah tu. Tapi Hafiza memujuk abang.

Lepas dah ada duit banyak nanti boleh beli semula rumah tu. Setakat rumah yang nak runtuh lagi dua tiga tahun tu buat apa nak disayang sangat? Itulah ayat yang dia selalu lontarkan kepada abang. Abang pun juallah tanah tu pada Pak Kasim yang memang dah lama sangat berkenankan rumah arwah ayah tu.

Dapat duit tu, abang terus buka restoran. Alhamdulillah kehidupan kami semakin senang. Perniagaan abang semakin maju dari hari ke hari.

Dua tahun berlalu, rumahtangga kami mula goyah. Abang tahu salah abang semua ini berpunca. Abang tak kuat menahan godaan apabila berjauhan dengan Hafiza. Masa tu Hafiza berada di luar negara kerana ayahnya sakit tenat.

Sebulan abang ditinggalkan abang sudah mula memandang gadis lain. Sebenarnya, abang hanya nak usha-usha aje. Biasalah, cuci mata. Tetapi perempuan ni mengingatkan abang dengan Elina. Bertudung dan manis sangat rupanya.

Kami menjalinkan hubungan diluar pengetahuan Hafiza. Apabila Hafiza dapat tahu, mengamuk sakan lah dia. Setiap hari kami bergaduh. Abang salahkan dia dan dia salahkan abang. Dan pun kami bercerai. Itulah ceritanya." Ekhmal mengeluh kasar.

Elina mengangguk perlahan. Kesian juga pada Kak Fiza. Tapi apa boleh buat, nasi dah jadi bubur. "Jadi mana restoran abang? Apasal ditutup?"

Ekhmal tergelak. "Lina, bukan ditutup tapi dah bankrupt. Panjang ceritanya macam mana boleh bankrupt tapi tak perlulah Lina tahu. Itulah balasan untuk abang setelah apa yang abang buat. Abang buang Lina, abang curangi isteri abang sendiri."

Elina mengangguk faham. Dia mengusap belakang tapak tangan abangnya. "Allah sedang uji abang. Abang bersabar ya."

"Lina, Hafiza tak jahat. Dia cuma dah terbiasa dengan kehidupan yang senang. Dia dilahirkan dengan kemewahan yang melimpah ruah. Bila kahwin dengan abang pun abang manjakan dia dengan kemewahan juga. Abang harap Lina bersabar ya jika apa-apa terjadi pada hubungan Lina dan suami jika ianya datang dari Hafiza." Ekhmal bangkit lalu meninggalkan Elina yang termangu sendiri.

Syahrul membuka pintu bilik. Dia melihat Elina sudah nyenyak tidur. Syahrul membuka butang bajunya lalu masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Setelah selesai mandi, dia memanjat katil perlahan-lahan. Tidak mahu mengejutkan isterinya yang sudah nyenyak itu. Perlahan-lahan kepala Elina diangkat dan diletakkan diatas lengannya.

Tubuh isterinya dipeluk dan kepalanya dicium bertalu-talu. Rindu betul dengan si comel ini. Hilang segala penatnya apabila melihat wajah polos Elina. Tak lama kemudian, Syahrul juga turut hanyut dialam mimpi.

Elina menggeliat sambil sebelah tangan menonyoh matanya. Dia ingin bangun tetapi dadanya terasa berat seperti ditindih. Dia mencelikkan matanya. Syahrul? Bila masa dia balik? Bukam sepatutnya dia balik harini ke? Ishh.... aku mamai lagi ni. Ni mesti mimpi.

Elina kembali memejam matanya. Kemudian dia membuka semula matanya. Syahrul masih lagi terlentok diatas dadanya. Pinggangnya masih lagi dalam pelukan suaminya. Ya, aku tak mimpi. Ni memang Syahrul.

Elina menepuk perlahan lengan suaminya. "Awak, bangunlah."

Syahrul terjaga dari nyenyaknya. Dia memberikam senyuman manis buat isterinya. "Morning sayang."

"Bila balik? Ishh... bangunlah. Beratlah awak ni." Elina menolak kepala suaminya.

Syahrul tersengih. "Ingat lagi tak lesson three? French kisses at morning."

Elina sudah menjauhi wajahnya apabila Syahrul mula mendekat. "Awak ni gatal sangat kenapa?"

"El, saya baru balik ni kan? Layanlah saya elok-elok. Karang saya kahwin lagi baru tahu." Syahrul berseloroh.

Terbuntang biji mata Elina. Dia memandang tepat kearah suaminya. "Awak jangan nak mengada eh nak kaw...."

"Ikutkan, dua hari saya tak ada. Jadi kena qadha lagi dua kisses." Syahrul mengenyit matanya nakal. Elina tergelak. Wajahnya sudah berona merah.

"Love lesson jenis apalah ni?" Omel Elina sebelum bibir mereka bertaut semula. Cintanya semakin mekar dihati buat si suami. Hanya nama Syahrul Helmi yang terukir indah di dalam hatinya tika ini.




Jangan!Read this story for FREE!