Bab 3

25K 832 4
                                    

Tak berkedip mata Elina melihat basikal-basikal yang tersusun di hadapan matanya. Semuanya berjenama dan pastinya mahal.

"Kau pilih aje mana yang kau berkenan. Aku bayar."

Elina menggigit bawah bibirnya. "Err... mahal sangat basikal-basikal dekat sini awak."

Syahrul mendengus. Susah sangat ke nak buat pilihan budak kampung ni? "Tauke, kasi angkat yang warna biru tu." Syahrul menunjuk ke arah basikal BMX.

Elina membuntang. Weh, harga basikal tu separuh dari gaji bulanan aku kot. Harga basikal aku yang hancur tu pun tak semahal itu. Dia berjeda.

Selesai membuat pembayaran, Syahrul menghantar Elina pulang. "Kau tinggal dekat mana?" Syahrul menanya Elina.

"Taman kemboja A."balas Elina pendek.

"Oh... dekat ajelah."

Elina menoleh. "Apa yang dekat?"

"Rumah aku tu...." Syahrul menunjuk ke arah kawasan banglo yang baru siap dibina. "Yang corner lot house tu."

Elina menganga. Tak sangka Syahrul tinggal di kawasan banglo Milano. Bersebelahan dengan taman perumahannya. Amat dekat. Jika jalan kaki cuma sekangkang kera sahaja.

"Berhenti sini."ujar Elina.

Syahrul mengeluarkan basikal baru Elina dan meletakkan di depan rumahnya.

"Terima kasih."ucap Elina sambil menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat.

Syahrul menggaru kepalanya. "Err... aku minta maaflah sebab langgar kau tadi."

"Tak mengapa. Tapi lain kali walau macam mana pun kecemasan awak, awak perlu berhati-hati. Bahaya awak memandu macam tu. Saya masuk dulu." Pinta Elina. Syahrul mengangguk.

Syahrul meninggalkan kawasan rumah Elina setelah melihat Elina masuk ke dalam rumahnya.

Syahrul sudah lambat ke tempat kerjanya. Stokin di sumbat ke dalam kocek seluarnya dan pintu rumah di kunci. Dia menghidupkan enjin kereta dan dengan lafaz bismillah, kereta dipacu keluar perkarangan rumahnya.

Dia berhenti di simpang tiga. "Time ni jugaklah kau nak merah." dengus Syahrul. Dia terpandang seorang gadis berbasikal di bahu jalan. Comel.

Berkemeja putih bersalut blazzer di luar dan berseluar slack. Ada backpack bag dibelakangnya. Nak kata budak sekolah macam bukan. Takkan pergi sekolah pakai tudung kain satin berwarna krim?

"Muka macam familiar. Siapa agaknya? Basikal tu pun, macam kenal aje." Tak lama kemudian, gadis itu meneruskan kayuhannya.

"Pin...pin..."

Syahrul tersedar dari lamunannya. Dia menurunkan brek tangan dan menekan pedal minyak.

Elina merantai basikalnya di tepi pokok. Jam tangan berjenama Baby-G di kerling. Sudah pukul 7.50 pagi. Fuh, nasih baik sempat. Lagi 10 minit aje masa yang tinggal. Kalau lewat tadi, merahlah kad aku. Bebel Elina sendiri.

Sambil berjalan masuk ke ofis, dia membetulkan tudungnya. Senyuman dan salam diberikan pada rakan sepejabat yang menegurnya.

"Awat dengan kaki hang tu Lina? Rempit ka?" Soal Kak Radiah. Hairan melihat Elina terjengket-jengket.

"Biasalah kak. Jatuh basikal. Tuan dah sampai ke, kak?" dalih Elina. Malas mahu bersembang lama-lama. Nanti satu kerja pun tak jalan.

"Belum lagilah... baru pukul berapa. Hang cuti sehari ni akak bosan betullah. Tak ada geng nak kacau....."

"Yelah kak... saya nak ke kubikel saya dulu ke kak. Cuti sehari ni mesti bertimbun kerja saya. Nanti lunch akak sambung cerita akak." Elina melangkah pergi meninggalkan meja Kak Radiah.

Elina menghenyakkan punggung di kerusinya. Suis komputer di hidupkan. Dia mengeluh seketika. Teringat akan basikal lamanya yang telah selamat berada di tempat besi buruk.

Basikal yang terlalu banyak berjasa dengannya. Dengan basikal itu dia dapat menyertai konvoi berbasikal satu wilayah dan konvoi-konvoi yang lain-lainnya. Itu baru berbasikal.

Dahulu, dia punya sebuah superbike peninggalan arwah ayahnya. Dengan superbike itulah dia telah menjelajah dan yang paling jauh dia pernah ke Thailand mengikuti kawan-kawan superbikenya. Namun, itu hanya tinggal kenangan sahaja kerana dia terpaksa menjual motor itu untuk menampung kos pembelajarannya yang agak tinggi.

Dia berasa sedih dan ralat kerana kedua-dua benda yang berharga dalam hidupnya sudah tiada kini. Superbike dan basikal pemberian abangnya sudah menjadi kenangan dalam hidupnya.

Walau semahal mana basikal yang Syahrul gantikan, tetap tidak dapat menandingi basikal lamanya. Kerana terlalu banyak kenangan bersama basikal itu. Kemana-mana bersama basikal kerana basikal itulah satu-satunya kenderaan yang dia punya.

"Oit!! Jauh termenung. Dah ade 'abe' ke? Tu, Tuan Saifudin panggil tu." tegur Athilah yang lalu di sebelah mejanya.

Elina tersentak dari lamunannya. Dia mengangguk dan terhinjut-hinjut dia masuk ke bilik tuan besarnya.

"Assalamualaikum, tuan."sapa Elina dengan senyuman yang manis.

"Walaikumsalam. Duduk Elina. Macam mana kaki? Dah okey?"balas Tuan Saifudin.

"Kurang dah sikit. Terima kasih." Elina melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Tuan Saifudin.

"Lain kali, hati-hati bawa basikal tu. Saya ada job untuk awak. Tapi, client kita yang seorang ni cerewet banyak tau. Seram tak?" seloroh Tuan Saifudin. Walaupun dia bos besar, hubungan sesama pekerja bawahan semua dilayan baik dan sama rata dan membuat semua pekerja senang dengan bos mereka.

"Agak seramlah juga. Tapi apa boleh buat, nasib badan." Elina juga ikut berseloroh.

"Baiklah. Kalau macam tu, ini keterangannya. Esok awak boleh berjumpa dengan Puan Sri ni masa lunch our. Dia kata dia cuma free masa tu aje. So, awak talifon dan setkan dekat mana nak bertemu."beritahu Tuan Saifudin. Elina mengangguk faham akan tugasan yang baru diberikan oleh majikannya.

Jangan!Where stories live. Discover now