Bab 42

14K 482 8

Syahrul mundar-mandir di luar bilik. Doktor Yani menyuruh semua berada di luar kecuali Hafiza. Dan dia terpaksa keluar apabila Hafiza sudah mula menyinga.

Elina tersedar apabila cahaya mula menerobos matanya. Doktor Yani tersenyum. "Elina ada rasa apa-apa tak? Sakit dekat mana-mana ke?"

Elina menggeleng. "Pening-pening sikit. Mungkin penat sangat kot." Balasnya lemah.

"Ada rasa penat sangat ke sejak kebelakangan ni?" Soal doktor Yani semula. Elina mengangguk.

"Penatlah juga. Kerja lagi, nak bantu uruskan majlis ini dan mengurus suami yang banyak songeh tu. Haishh." Sempat Elina mengeluh. Tergelak Hafiza dan Doktor Yani mendengarnya.

Dokotr Yani mengeluarkan kotak kecil dari dalam begnya. Lalu diberikan pada Elina. "Saya cuma nak buat pemastian. Cara menggunakannya ada dalam kotak."

Elina menelan air liur. Alat ujian kehamilan diambil dari tangan Doktor Yani. Hafiza memimpinnya sehingga ke dalam bilik air. "Akak, macam mana kalau Lina mengandung?"

Hafiza menepuk dahi. "Lina, kalau mengandung tu Alhamdulillah lah. Apahal pulak nak takut? Lina bukan mengandung anak orang lain, anak suami sendiri."

Betul juga. Elina tersengih. Apasal jadi bengong pula aku ni. Otak Elina berjeda. Elina mengunci pintu bilik air. Alat bewarna putih itu dikeluarkan dari kotaknya.

Elina keluar bersama alat penguji itu lalu diberikan kepada doktor Yani. Alat ini perlu menunggu dalam masa dua minit untuk menunjukkan hasilnya. Mereka menanti penuh debar.

Berubah wajah Elina apabila dua garisan merah jambu mula timbul. Hafiza terjerit riang. Tubuh adik iparnya dirangkul.

"Tahniah, awak mengandung Elina. Nanti datang ke klinik untuk buat ultrasound dan pemeriksaan bulanan." Ujar Doktor Yani.

"Kak Fiza, akak diam aje tau. Jangan bagitau Rul. Lina nak kejutkan dia. Nak belasah dia dulu baru Lina bagitahu. Boleh?" Pinta Elina. Hafiza mengangguk.

Hafiza keluar bersama doktor Yani. Syahrul menerpa kearah mereka. "Macam mana dengan Elina? Dia sakit apa?" Soal Syahrul bertubi-tubi.

Hafiza menggeleng. "Teruk sakitnya. Tak dapat diubat buat masa ni. Perlu tunggu sehingga masanya tiba." Ujar Hafiza sedih. Bibirnya ditahan dari tersenyum.

Syahrul terus masuk kedalam untuk berjumpa isterinya. Elina sedang memakai baju itu terjerit kecil apabil Syahrul menghampirinya.

"Apa awak ni? Pergilah! Saya nak pakai baju." Marah Elina. Dia memalingkan badannya membelakangi Syahrul lalu menyarung baju kurung kapas milik Hafiza.

"Awak sakit apa? Kenapa tukar baju pulak?" Tanya Syahrul. Dia menarik lengan Elina agar menghadapnya.

"Saya tukar baju sebab baju tu dah busuk. Awak sendiri kata saya busuk kan? Sekarang busuk lagi tak?" Balas Elina. Syahrul menggeleng.

"Wangi sangat. Sayang, awak sakit apa? Apa doktor cakap?" Syahrul masih tak berpuas hati apabila Elina enggan memberitahunya akan penyakit Elina.

Elina memandang suaminya tajam. Kemudian dia memukul dada suaminya bertalu-talu. "Ini semua salah awak! Awak yang buat saya sakit!" Marah Elina tiba-tiba.

Syahrul terpinga-pinga. Aku kah penyebab Elina sakit? "Apa saya dah buat pada awak?"

"Awak buat saya mengandung, tahu tak? Ini semua salah awak!"

Syahrul tergamam. Tangan Elina ditangkap dari memukulnya dan digenggam. "Apa saya dah buat? Ulang balik. Tak faham."

Elina nak tergelak melihat wajah sengal ubi kayu suaminya. "Awak dah buat saya mengandung, Rul. Me...ngan...dung! Salah awaklah. Tak pepasal sembilan bulan saya sakit." Seloroh Elina. Dia akhirnya meletuskan tawanya.

Riaksi wajah Syahrul sudah berubah ceria. Dia menarik Elina ke dalam pelukannya. "El, awak biar betul?"

Elina mengangguk. Wajahnya didongakkan untuk menghadap wajah suaminya. "Awak nakal sangat dengan saya, macam manalah saya tak mengandung. Hishh, lepaslah."

Syahrul tersengih. Pipi isterinya dicium berkali-kali. Terjerit kecil Elina dibuatnya.

"Ehem...ehem..."

Elina dan Syahrul menoleh. Pelukan dilepaskan apabila Ekhmal, Hafiza, Tan Sri Sufian serta Puan Sri Fida melangkah masuk kedalam bilik.

"Fiza kata korang bedua ni ada berita gembira. Apa dia?" Tanya Ekhmal. Elina menyalami Puan Sri Fida.

"Mama baru sampai ke?" Tanya Elina sopan. Puan Sri Fida mengangguk.

"A'aah. Baru aje sampainya. Apa yang berita gembiranya? Mama lapar ni. Nak makan lauk kenduri. Hehe." Kata-kata Puan Sri Fida mengundang tawa semua.

Syahrul memeluk bahu isterinya. "Perancangan tersasar, ma. Tak lama lagi bercuculah mama." Ucapnya sambil mencubit manja pipi Elina.

Mereka semua yang berada disitu terkejut kecuali Hafiza. "Biar betul? Kamu jangan main-mainkan perasaan mama, Rul."

Elina tersenyum. "Biiznillah betul, ma. Kami pun baru tahu tadi."

Puan Sri Fida menarik tubuh Elina. Dia gembira akhirnya dia akan menimang cucu pertama. Tan Sri Sufian memegang bahu anaknya, Syahrul.

"Rul perlu banyak bersabar ya kalau Elina punya alahan serupa macam mama. Mama masa mengandungkan Rul dan adik-adik dulu, dia punya emosi asyik nak sentap aje. Lepas tu suka buat benda yang pelik-pelik. Yang lain semua dady yang tanggung. Muntah, mengidam semua dady yang seksa.

Lagi satu yang dady tak tahan masa mama mengandung dulu, bau perfume mama. Padahal dady suka aje bau tu. Lepas lima bulan macam tu baru kurang sikit. Haishh..."

Syahrul menelan air liurnya. Dia memandang Elina. Elina sudah tergelak besar.

Tak lama kemudian, Syahrul mencicit lari ke tandas apabila Elina menyemburkan wangian yang biasa dipakainya. Saja nak test betul ataupun tidak telahan bapa mertuanya. Mereka semua yang berada disitu tergelak besar. Nasib kaulah Syahrul.

Jangan!Read this story for FREE!