Bab 41

12.6K 452 10

Syahrul meramas kasar rambutnya. Bengang pula dia apabila mendengar cerita daripada Elina tentang Hafiza menculiknya. Ingin sekali dia menyepak perempuan kurang ajar itu kerana sewenangnya memperlakukan isterinya begitu.

Elina mengusap bahu suaminya. "Awak, saya dah tak kisah lagi. Kak Fiza pun dah minta maaf."

"Senangnya awak maafkan orang macam dia tu? Dia dah bahayakan nyawa awak tahu tak? Saya hampir kehilangan awak! Apa yang dia suruh awak buat?" Soal Syahrul. Dia ingin sekali tahu apa yang Hafiza menyuruh Elina lakukan.

Elina berjeda sebentar. Nak bagitahu ke tak? Syahrul merenung tepat ke anak mata isterinya. "Bagitahu saya, El. Saya perlu tahu."

"Dia...suruh saya... minta cerai." Akhirnya terkeluar juga sebaris ayat itu. Mencerlung mata Syahrul.

"Eh, tapi dia tak paksa. Dia cuma bagi saya pilihan. Kalau nak bebas, minta cerai atau tunggu sehingga ada orang yang datang selamatkan saya. Tu aje. Ala, awak tak payahlah risau. Benda dah selesai pun kan?" Elina cuba memujuk suaminya.

Syahrul menjentik dahi isterinya. "Hoi! Awak ni betul-betullah bertuah. Ya Allah, Elina sayang. Awak kata tak payah risau? Macam mana saya tak risau, saya macam orang gila cari awak tau. Saya nak jelaskan apa yang berlaku pada awak, saya nak beri rakaman cctv pada awak supaya awak percaya kata-kata saya.

Abang Ekhmal kata awak pergi tenangkan fikiran tapi rupanya awak kena culik? Hishh... saya tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan saya sekarang. Saya tak boleh maafkan Hafiza begitu saja. Dia dah keterlaluan."

Elina mengeluh. "Rul, manusia tak lari dari buat kesilapan. Kak Fiza tu manusia biasa. Saya juga manusia biasa. Saya pun buat kesilapan kerana tak mempercayai awak. Tapi awak tak menghukum saya. Jadi adilkah saya nak menghukum Kak Fiza?

Saya tak anggap pun diri saya diculik. Kak Fiza kurung saya ditempat yang selesa. Ada katil saiz king lagi. Dia bagi makan dan minum. Tapi saya aje yang tak nak makan. Dia buat begitu kerana dendam dia. Sama macam awak dulu, awak main perempuan kerana dendam pada Kak Fiza. Ingat tak awak pernah cerita dulu?

Bila saya dengar luahan hati dia, saya faham perasaan dia. Saya mula teringatkan awak. Saya rasa bersalah pada awak. Kak Fiza banyak menyedarkan saya melalui kisah kehidupannya. Dalam hubungan memerlukam kepercayaan yang tinggi. Jadi saya anggap macam pergi kem motivasilah. Hehehe...." Elina berseloroh di akhir ayatnya.

Syahrul menarik bahu Elina. Dia mengucup ubun-ubun isterinya. "So, dia dah berbaik dengan abang awak ke?"

"A'aah. Dorang akan kahwin semula. Huishh... selamat saya." Elina mengurut dadanya. Wajah Syahrul berkerut.

"Apa yang selamatnya?"

Erk! Takkan nak cakap. Elina menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia bangkit dan ingin berlalu ke dapur tetapi segera ditarik oleh Syahrul sehingga Elina terduduk diatas ribanya.

Elina sudah tidak dapat bergerak apabila pinggangnya sudah dirangkul kemas dari belakang. "Hishh... orang nak pergi dapur."

Syahrul buat tidak endah. "Cakap dulu. Selamat apa?"

Elina menggeleng. "Tak ada apa yang selamat. Dah tepi, saya nak minum."

"Degil ya?" Syahrul mula beraksi nakal. Rambut panjang Elina yang menutupi leher diselak. Lalu dia membenamkan bibirnya disitu. Terjerit kecil Elina.

"Rul janganlah." Rengek Elina. Matanya terpejam menahan geli.

"Cakap cepat atau, saya buat dekat tempat lain pula." Syahrul sudah mengangkat sebelah keningnya.

"Okey...okey." Elina memusingkan badannya. Sebelah lengannya merangkul bahu suaminya. "Selamat saya...tak perlu shared awak dengan Kak Fiza. Hahaha...." Elina ketawa lepas.

Jangan!Read this story for FREE!