Bab 36

24.3K 696 23
                                    

Syahrul menapak ke katil. Tubuh isterinya digoncang perlahan. "El, bangun. Solat subuh."

Elina menggeliat kecil lalu menarik selimut separas kepala. Hishh...kacau betul. Omel Elina dalam hati.

"Elina, bangunlah. Nanti lepas solat sambunglah balik tidur. Bangun mandi dulu kemudian solat." Arah Syahrul tegas. Selimut yang membaluti tubuh isterinya direntap.

Terbuka segar matanya apabila selimutnya ditarik dari tubuhnya. Dia lantas merampas kembali selimut dari tangan Syahrul dan menutup tubuhnya yang terdedah. Wajahnya sudah berona merah. Malu!

Syahrul tersengih. "Malu ke? Dahlah, pergi mandi cepat. Lepas tu solat subuh." Arah Syahrul. Elina segera bangkit tanpa sebarang kata menuju ke bilik air. Selimut dicampak keluar apabila tubuhnya sudah membolosi bilik air.

"Mandi janabah ye sayang!" Laung Syahrul kemudian dia tergelak apabila Elina mencampakkan botol syampu ke lantai sebagai tanda protes.

Selesai solat subuh, Syahrul berbaring semula ke katil. Elina masih berteleku di lantai. Dia malu mahu berhadapan dengan suaminya itu. Biarlah aku beku dekat sini dari kena usik dengan dia.

Syahrul bangun dari pembaringannya. Rambut panjang isterinya ditarik sedikit. Terjerit kecil Elina.

"Buat apa dekat bawah tu? Sejukkan lantai tu. Meh naik atas ni." Ajak Syahrul. Dia menepuk-nepuk ruang disisinya.

Elina menggeleng. Dia menekup wajahnya dengan kedua tapak tangannya. Syahrul tergelak lepas. "Sayang, tadi menganguk sangat. Jomlah tidur balik."

Elina masih menggeleng. Syahrul menghampiri isterinya. Dia menarik tangan Elina dari menekup wajah. "Sayang, saya janji tak kacau awak. Kita tidur ya? Saya pun mengantuk lagi ni. Kejap lagi nak berjalan pulak." Pujuk Syahrul. Dia menarik tubuh Elina sehingga naik ke katil.

Elina baring membelakangi suaminya. Wajahnya ditekupkan ke bantal pula. Sejujurnya dia masih malu dengan kejadian malam tadi.

Syahrul menarik Elina mendekatinya dan memeluk tubuh isterinya dari belakang. Wajahnya disembamkan pada bahu isterinya. "Saya cintakan awak Elina." Bisik Syahrul. Dia mengeratkan lagi pelukannya sebelum dia terlena.

Elina meletakkan tangannya diatas tangan suaminya. "Saya cintakan awak juga Syahrul." Balas Elina perlahan dan dia juga turut terlena didalam dakapan suaminya.


Terjerit Elina apabila kuda yang ditunggangnya mula bergerak sedikit laju. Ini adalah kali pertama dia menunggang kuda. Mujur ada Syahrul di belakangnya.

"Sayang, slow your voice. Awak akan takutkan kuda ni dengan suara nyaring awak tu." Syahrul mencapai tali kendali dari tangan Elina dan menghentakkan beberapa kali untuk menukar kepada kelajuan normal.

"Saya rasa mesti awak dah biasa menunggang. Tengok cara awak ni macam dah pro." Komen Elina apabila Syahrul membantu Elina turun dari kuda itu.

Syahrul menggosok-gosok kepala isterinya. "Saya ni semua benda saya pro. Setakat kuda aje, unta pun saya dah tunggang tau." Syahrul mendabik dadanya dengan megah. Ceh! Nak tunjuk lagak depan binilah katakan. Cuba hulur kunci motor pada si Syahrul ni. Agak-agak dia akan cakap besar tak?

"Yelah, suami saya ni serba boleh." Balas Elina menyampah. Mereka berdua meninggalkan kawasan horsing itu.

Destinasi kedua Taman Flora dipilih. Melihat bunga-bunga dan pastinya memborong strawberi. Yelah, dekat KL mana ada jual strawberi segar seperti di tempat tinggi sebegini.

Habis satu Fraser dijelajah. Alah,  Bukit Fraser bukannya besar mana. Pusing kiri pusing kanan akan jumpa jalan yang sama juga. Tapi seronoklah juga. Apa tak seronoknya kalau dah berjalan bersama orang yang tercinta. Jalan di bawah jambatan Sungai Klang pun akan terasa indah jika bersama dengan orang yang tersayang. Betul tak?

Elina dengan kamera talifon pintarnya bagai tidak dapat dipisah. Setiap ceruk pasti akan diambil gambarnya disitu. Jenuh Syahrul menjadi pak jurukamera tak bergaji. Ku relakan jiwa ajelah , Syahrul oi.

"Rul, kenapa cepat sangat nak balik? Saya tak puas lagi tengok burung dekat sini." Rengek Elina manja. Lengan suaminya dilepaskan tanda protes.

Syahrul mencapai tangan isterinya kembali. "El, dah pukul berapa dah ni? Dekat pukul empat. Solat zohor pun tak terlaksana lagi. Memanglah kita musafir, tapi solat kita utamakanlah dulu.

Kita jamak takdim dulu kemudian kita ada masa yang panjang kalau awak nak berjalan lagi. Ikutkan, saya nak berjalan ke tempat lain sebelum balik KL." Terang Syahrul panjang. Elina rasa tersentap pula. Dia langsung terlupa akan tanggungjawab yang satu itu.

"Okey. Sorry saya terlupa." Ujar Elina. Syahrul menggosok-gosok kepala isterinya.

"Jom."

Mereka berdua tiba di rumah banglo elit Milano tepat pukul 1 pagi. Berjalan sakan betul. Keluar dari Fraser, mereka singgah di Bukit Tinggi pula.

Elina sudah tiga kali berhenti untuk mengeluarkan isi perut. Sehingga dia sudah tiada tenaga untuk berdiri. Akhirnya dia terlelap sehinggalah tiba di rumah.

Syahrul mengeluarkan beg-beg pakaian dan diletakkan ke ruang tamu. Kemudiam dia membuka pintu di bahagian tempat duduk isterinya. Lengan Elina digoncang perlahan.

"El, dah sampai. Larat tak nak bangun?"

Elina mencelikkan matanya. Dia merangkul leher suaminya. "Tak laratlah." Syahrul tersenyum. Dia lantas mencepung tubuh isterinya keluar dan menutup pintu kereta dengan lengannya.

Tubuh Elina dibaringkan perlahan-lahan diatas katil. Dia turun ke bawah semula untuk mengunci pintu rumah. Setelah memastikan semua tingkap dan pintu berkunci, Syahrul kembali ke biliknya.

Elina bergegas ke bilik air dan memuntahkan isi perutnya. Syahrul mengurut belakang badan Elina. "Masuk angin kot. Tulah tak nak makan. Dah pergi baring. Saya bawakan minyak angin."

Elina akur. Dia membuka selendang yang menutupi kepalanya dan berbaring. Syahrul duduk disebelah isterinya. Baju Elina diselak.

"Eh awak nak buat apa ni?" Elina menepis tangan Syahrul.

"Lah, saya nak sapu minyak angin dekat perut awaklah. Awak ingat saya nak buat apa?" Bidas Syahrul. Bengang pulak bila kerjanya tergendala. Aku pun penat juga. Namhn ditahan saja dalam hati.

"Tak pe saya boleh...."

"Elina, mudahkan kerja saya. Saya pun penat juga. Duduk diam-diam." Syahrul menyelak semula baju isterinya.

Elina memejam matanya apabila tangan Syahrul menyentuh lembut perutnya. Syahrul menutup botol minyak angin dan diletakkan di atas meja kecil.

Dia menepuk bantal sebelum berbaring sebelah isterinya. Syahrul mengiring membelakangi isterinya. Elina terdiam. Syahrul terasa hati ke dengan aku?

Perlahan-lahan bahu suaminya disentuh. "Rul, awak marah saya ke?"

"Tak."

"Pandanglah sini." Gumam Elina perlahan. Selama ni Syahrul tak pernah membelakanginya. Dia dapat mengagak suaminya berkecil hati dengannya.

"Syahrul...." bisik Elina.

Syahrul rimas. Dia berpusing menghadap isterinya. "Nak apa?" Balas Syahrul dingin.

"Saya minta maaf kalau.... awak... terasa dengan saya." Tutur Elina perlahan. Sebelah tangannya bermain-main diwajah suaminya. Saja ambil hatilah tu. Desis Syahrul.

"Tidurlah Elina. Saya penat sangat ni memandu seharian." Syahrul memejam matanya. Elina menggigit bibirnya.

"Awak maafkan saya ta...."

"Tidur ya? Saya maafkan awak." Balas Syahrul setelah melepaskan pagutan bibir isterinya. Dia menarik Elina dan merangkul tubuh isterinya.

Elina membalas pelukan suaminya. Kepalanya dilentokkan di dada suaminya. Dia dapat rasakan kehangatan tubuh suaminya menjalar ke dalam dirinya. Hatinya masih seperti dulu. Masih berdegup laju ketika bersama Syahrul. Cintanya hanya buat Syahrul.

Ya Allah, jangan engkau hilangkan rasa cinta antara kami. Aku mohon padamu....jangan!

Jangan!Where stories live. Discover now