Bab 12

12.3K 491 1

"Masya Allah! Ini rumah ke kandang lembu?"

Elina tercengang di depan pintu masuk rumah Suaminya. Dari luar nampak sahaja cantik, tetapi bila bukak pintu, hampir pengsan dia.

Syahrul tersengih. "Dalam perjanjian kita, kau kene kemas rumah aku ni seminggu sekali. Jadi tunggu apa lagi, kemaskanlah. Aku nak keluar kejap."

Elina hanya memerhati kereta Audi biru itu meluncur pergi. Dia memandang kembali rumah Syahrul. Rumah ini perlu banyak pengubahsuaian! Dan pembersihan.

Dia membuka cardigannya dan digantung pada belakang pintu. Tudung juga dicabut. Rambut disanggul tinggi. Dia mencapai bakul pakaian dan mengutip baju-baju yang berselerak di ruang tamu. Semuanya baju kotor yang belum berbasuh.

Kemudian dia menyapu lantai dan mengemop dari tingkat atas sehingga ke bawah. Hampir patah pinggangnya melakukan kerja rumah seorang diri di dalam rumah yang bersar ini.

Elina membuka pintu bilik tidur di tingkat dua. Rasanya ini mungkin bilik dia. Mata Elina membuntang melihat bilik lelaki itu.

"Ya Allah. Apa salah aku sampai dia seksa aku macam ni. Tak sanggup aku nak kemas rumah dia macam ni." Dalam bebel-bebel Elina, dia mengutip jua pakaian yang berterabur di lantai.

Tilam ditukar kepada cadar yang baru. Akhirnya, siap juga dia mengemas seluruh rumah lelaki itu. Barulah nampak macam rumah kalau kemas begini.

Hmm... cantik rumah dia ni sebenarnya bila kemas. Tak macam masa aku mula-mula jejak kaki disini. Desis Elina dalam hati.

Dia menuruni anak tangga. Puas hatinya melihat rumahnya sudah kemas. Opss, rumah suaminya.

Syahrul terpana melihat Elina yang sedang menuruni anak tangga. Tangannya menutup pintu peti ais kembali.

Elina terkejut melihat Syahrul yang berada di dapur. Dia berlari menuju ke bilik dan mencapai cardigannya lalu disarungkan ke tubuhnya. Malunya!

"Bila balik?" Soal Elina. Suaranya dikawal.

Syahrul tersengih nakal. "Baru aje. By the way, nice body." Wajah Elina membahang. Malu apabila Syahrul melihat tubuhnya yang hanya dibaluti tank top sebentar tadi.

"Buat apa kau nak malu dengan aku. Aku bukan orang lain pun, suami kau juga." Tambah Syahrul. Dia menghampiri Elina. Ingin menggiat gadis itu lagi.

Elina melangkah setapak ke belakang. "Don't step forward. I'm begging you Syahrul." Elina sudah ketakutan melihat senyum herot nakal suaminya.

Syahrul merapatkan wajahnya. Elina memejam matanya rapat. Dadanya berdebar-debar. Tak lama kemudian, meletus tawa Syahrul. "Kau kenapa tutup mata? Kelakarlah kau ni."

Elina menggigit bibirnya. Geram betul dengan usikan suaminya itu. Dia lantas menggeletek tubuh suaminya. Hanya itu kelemahan Syahrul yang dia tahu. Geli apabila digeletek.

Syahrul menolak troli manakala Elina memilih barangan yang ingin dibelinya. Hampir kesemua barang dapur sudah diambil, tinggal beberapa barang peribadinya sahaja.

"Awak pergilah bayar. Saya nak ambil barang saya kejap." Ujar Elina.

Syahrul menarik tangan Elina yang ingin pergi itu. "Apa salahnya bayar sekali?"

Elina menggaru kepalanya. "Err... ni... err...hishh.. awak pergi ajelah beratur dulu. Sibuk aje pegang-pegang saya." Elina melepaskan pegangan tangannya dan berlalu ke bahagian barangan peribadi wanita. Dua bungkusan tuala wanita dicapai.

"Lah, benda ni pun nak malu ke dengan aku? Aku ingatkan kau nak ambil lingerie dekat hujung sana tu." Ujar Syahrul selamba. Elina membeliakkan matanya.

Setelah selesai membeli barangan, mereka terus pulang ke rumah. Perut sudah berkeroncong, Elina mengeluarkan bahan memasak yang baru dibelinya tadi.

"Awak susun semua ni dalam kabibet. Saya nak masak." Arah Elina.

"Eh, apasal pulak? Kaulah kemas nanti. Buat apa ada bini tak reti nak tolong kemaskan rumah." Tolak Syahrul.

Elina mencekak pinggang. "Saya tak kira. Awak tolonglah juga. Saya penat tau kemas rumah awak ni, basuh baju-baju awak yang entah berapa tahun tak basuh tu. Saya nak masak, awak juga yang nak makan. Saya..." Syahrul melekatkan jari telunjuknya pada bibir Elina.

"Yelah sayangku. Cukuplah kau membebel. Boleh pecah telinga aku kalau hari-hari dengar kau membebel ni." Syahrul mengambil barang-barang yang dibeli tadi dan menyusun didalam kabinet.

Elina menelan air liurnya. Jantungnya masih berdegup tak seirama. Dia mengambil sayur dan membasuhnya di singki. Jangan fikir apa-apa. Sekarang tugas kau adalah masak dan kau boleh keluar dari rumah dia ni.

"Yeay... tak sabar nak makan. Mesti sedap saya masak." Ujar Elina riang.

Syahrul hanya menayangkan muka meluatnya. "Puji diri sendiri."

"Suka hatilah." Elina mencedokkan nasi buat suaminya. Syahrul menuangkan air buat isterinya. Syahrul tergelak tiba-tiba.

"Apa yang kelakar?" Tanya Elina.

Syahrul menggeleng. Takkan nak cakap yang aku pernah dejavu benda ni kot. Tuang air untuk isteri. Kelakar sangat.

Selesai bersantapan dan membasuh pinggan, Elina mencapai beg tangannya. "Awak, saya balik dulu."

Syahrul membuntuti langkah Elina menuju ke pintu. "Nak aku hantarkan ke?" Elina menggeleng.

"Tak apa. Boleh jalan kaki."

"Betul ni?"

Elina tergelak melihat wajah serius suaminya bertanya kepastiannya. "Betullah. Bukannya jauh pun. Seberang jalan ni aje. Awak risau ke?" Elina menduga.

"Mestilah. Buatnya kene langgar ke? Lepas tu kau degil nak orang tu bertanggungjawab pulak dan orang tu bawak kau lari macam mana?" Balas Syahrul meluat. Elina menepuk dada suaminya perlahan.

"Ada-ada ajelah awak ni. Saya balik dulu tau. Dah sampai rumah nanti saya mesej awak. Alah, kalau dari tingkat tiga tu rasanya awak boleh nampak saya sampai depan pintu rumah."

"Yelah...yelah... cepatlah balik. Nak balik pun sempat juga nak membebel." Gumam Syahrul perlahan.

Elina tersenyum. Perlahan-lahan tangan suaminya dicapai lalu mengucup tangan suaminya. "Saya balik dulu awak. Assalamualaikum."

Syahrul terpana.

Jangan!Read this story for FREE!