Bab 17

22K 768 0
                                    

Sudah dua bulan mereka mendirikan rumahtangga. Tiada apa-apa yang berubah dalam hidup kedua-duanya. Melainkan seperkara.

Syahrul bertegas mahu mengambil dan mengantar Elina ke tempat kerja. Itu sahaja yang berubah dan menjadi satu rutin buat Syahrul.

Elina masih berpegang pada perjanjian mereka. Setiap seminggu dia akan datang kerumah suaminya untuk mengemas. Dan seperti biasa, bebelannya akan berpanjangan dari mula dia melangkah masuk ke rumah lelaki itu sehingga dia menapak keluar.

Rumah saja besar dan cantik dari luar. Tapi kat dalam MasyaAllah. Macam manalah orang boleh hidup dalam keadaan yang macam bersepah macam tongkang pecah? Fikir Elina sambil mengemop lantai.

Syahrul menghidupkan televisyen. Bosannya. Tak ada cerita yang menarik pun. Hujung minggu begini kalau dating pun baik juga. Tapi, semua skandal aku sudah lari. Siapa aku nak ajak keluar?

Elina menolak tubuh suaminya dari belakang. "Eh, awak pergi beli barang yang saya dah senaraikan ni. Semua barang dah habis. Sabun mandi tak ada, Syampu tinggal separuh, sabun basuh baju dah habis. Semua dah habislah. Agak-agaknya awak ni mandi kerbau aje kot."

Mencerlung mata Syahrul. Ewah-ewah, mulut sedapnya berkata-kata. "Mana kau tahu aku mandi kerbau? Kau intai eh?"

"Ishh... tak kuasa saya. Cepatlah pergi beli, Syahrul. Saya nak basuh baju-baju awak ni." Dalih Elina. Tak kuasa nak melayan lawak sengal suaminya.

Syahrul berjeda sebentar. Dia memandang Elina dari atas ke bawah dengan senyuman yang meleret. "El.... jom...."

"Jom apa? Awak nak buat apa dekat saya ha?" Pintas Elina cemas. Meremang bulu romanya apabila Syahrul memandangnya sebegitu.

"Kau fikir apa? Aku nak ajak kau keluar dengan akulah. Jomlah, aku bosan ni. Kita tengok wayang ke, main roller blades ke? Esok dah kerja, so aku nak enjoylah harini dengan kau. Jomlah Elina." Ajak Syahrul. Elina membuat muka meluat. Ingatkan 'jom' apa tadi.

"Habistu baju bila nak basuh?"

"Hantar dobi. Dah cepat bersiap." Arah Syahrul. Dia tak sabar nak berseronok.

"Saya tak ada baju dekat rumah awak."

"Ada. Nanti kejap aku bagi."

Elina tergelak sendiri. Syahrul yang tenang memandu menoleh. "Kenapa gelak tiba-tiba? period ke?"

Elina menggeleng. "Bila awak beli baju couple ni? Awak ada hati eh dengan saya?"

Syahrul memaling wajahnya ke luar tingkap. "Tak ingin aku nak ada hati dengan kau. Aku saja aje beli tempoh hari. Ingat nak hadiahkan dekat Azuan dan makwe dia. Tak sangka kau pulak yang dapat pakai. Kira tuah kaulah." Dalih Syahrul. Dia mengawal reaksi wajahnya. Tidak mahu kantoi dengan isterinya akan perkara yang sebenar.

Elina mengangguk. "Yelah... siapalah saya ni kan. Tak teringin pun nak pakai baju couple ni dengan awak. Nanti saya boleh beli sendiri dan pakai dengan pakwe saya." Ujar Elina sinis.

"Kau ada pakwe ke?" Soal Syahrul. Berubah suaranya.

"Kenapa? Ingat tak laku ke?"

"Sedar sikit kau tu isteri aku. Jangan nak menggatal dengan orang lain selagi kau terikat dengan aku. Aku taknak orang anggap aku ni dayus." Tegas bicara Syahrul sehingga membuat Elina terdiam.

Mereka masuk ke pusat membeli-belah Sunway Pyramid. Elina menyilangkan beg di badannya. Syahrul menarik lengan Elina agar dapat berjalan beriringan.

"Kau ni janganlah jalan laju sangat."

Elina merengus. Hilang moodnya melihat wajah mencuka Syahrul. Tadi beriya nak enjoy. Sekali dia yang emo terlebih. "Syahrul, nak ais krim?"

Elina melepaskan lengannya lalu mendekati booth McD. Ais krim kon chocotop dipesan. Setelah membuat pembayaran, dia menghampiri suaminya.

"Syahrul...nak share? Saya beli satu aje ni." Kata Elina. Dia menyuakan ais krim ke bibir suaminya. Syahrul menggeleng. Elina menyua lagi. Lebih dekat sehingga terkena bibir lelaki itu.

"Elina, kan aku cakap tak nak. Degi..."

"Hmm... makan juga. Sedap tak sayang? Sedap kan? Comotnya, sini saya lap bibir awak." Elina geram, dia menyumbat ais krim ke mulut suaminya. Kemudian terkekek-kekek dia ketawa melihat wajah cemberut Syahrul.

Tangannya lincah mengesat kesan krim di bibir suaminya. Syahrul menggigit jemari Elina. Padan muka. "Apa awak ni? Sakitlah."

"Cakap jujur. Kau ada pakwe ke Elina?" Syahrul memegang kedua bahu isterinya. Elina merenung wajah suaminya.

"Tak ada. Tapi..."

"Tapi?"

"Saya ada suami. Suami saya nakal sangat. Menyampah kadang-kadang dengan dia tu. Menjengkelkan." Elina mencubit pipi suaminya geram.

Syahrul tergelak. Lega hatinya mendengar pengakuan Elina. Entah kenapa dia rasa sakit hati bila Elina berkata yang dia ingin memakai baju couple bersama teman lelakinya.

"Jom tengok movie. Saya dah tempah tiket online." Syahrul menggenggam tangan isterinya dan mereka berjalan beriringan ke panggung wayang.

Setelah menonton wayang dan bermain ice skating, Syahrul memasuki butik pakaian ternama disitu. Elina meminta diri ingin ke ladies.

Sedang Elina berjalan untuk kembali kepada Syahrul semula, dia terlihat kelibat seorang wanita seusia abangnya menuju ke butik H&M. Dia mengejar wanita itu lalu menarik lengannya.

"Kak Hafiza." Wanita itu menoleh. Dia terkejut.

Elina tergamam. Tak sangka dia akhirnya dapat berjumpa dengan seseorang yang selama ini dia cari.

"Akak... Ya Allah! Akhirnya dapat juga Lina jumpa akak. Akak sihat? Akak, Abang Ekhmal mana? Lina nak jumpa dia." Ujar Elina teruja.

Wanita itu mendengus kasar. Dia merentap lengannya. "Manalah i tahu! Dia abang you, bukan abang i. I dan dia dah tak ada apa-apa hubungan. Kami dah lama bercerai. so please, don't blocking my way. Perempuan kampung. Erghh..."

Elina terkedu. Jika benar apa yang dikatakan wanita itu, mana abangnya? Kenapa abangnya tidak menghubunginya sehingga sekarang? Dia terduduk di bangku yang disediakan di tengah-tengah pusat membeli-belah.

Abang... kemana lagi harus Lina mencari abang? Bahunya disentuh dari belakang.

"Elina, kenapa ni? Kenapa kau menangis? Kene rompak ke?" Ujar Syahrul cemas. Dia menghampiri isterinya. Elina menggeleng.

"Saya nak balik. Saya dah penat. Boleh kita balik sekarang?"

Syahrul mengangguk. "Jom balik."

Sepanjang perjalanan, Elina banyak berdiam dari melayan bual bicara suaminya. Syahrul sendiri pelik. Mengapa tiba-tiba isterinya berubah. Ada sesuatu yang berlakukah semasa Elina ke tandas?

Syahrul menghantar Elina ke rumahnya. "El, tak salahkan kalau kau beritahu aku apa sebab kau sedih macam ni?"

Air mata Elina tumpah jua. Sedari tadi dia menahan tangisannya dan dia sudah penat. Merembes-rembes air mata yang keluar. Syahrul menarik Elina kedalam pelukannya.

"Lina nak cari abang. Tadi... Lina jum...jumpa isteri di..dia. Li..Lina baru tahu yang mereka...dah bercerai. Kemana Lina nak cari abang lagi?" Ujar Elina tersedu-sedu. Dia menyembamkan wajahnya pada dada suaminya.

Syahrul menggosok belakang tubuh isterinya. "Shuu... jangan nangis lagi. Nanti kita cari sama-sama abang kau. Aku akan bantu kau cari abang kau."

Elina mendongak memandang wajah suaminya. "Betul ke ni?" Syahrul mengangguk. Elina memeluk tubuh suaminya erat.

"Terima kasih awak. Sayang awak."

Syahrul terpana. Dia dapat rasakan jantungnya berdegup laju dan suatu perasaan aneh menular dalam hatinya tika Elina memeluknya erat sebegini dan mengatakan.... 'sayang awak'.

Jangan!Where stories live. Discover now