Bab 40

22.1K 720 38
                                    

Ekhmal menukar pakaian seragamnya kepada pakaian biasa. Jam ditangan dikerling. Sudah pukul 8.30 malam. Masih sempatkah mahu ke rumah Hafiza? Hatinya kuat merasakan Hafiza ada kaitannya dengan kehilangan Elina.

"Kak Fiza, saya buat satu permintaan boleh?"

"Apa?"

Elina menarik nafasnya dalam. "Saya teringin sangat nak tahu. Kenapa akak nak balas dendam pada saya atas kesilapan abang saya? Kenapa akak fitnah suami saya? Kenapa akak tergamak seksa saya sebegini?" Elina menghampiri Hafiza sambil maraih tangan perempuan itu.

Hafiza tergelak besar. Tangannya direntap dari pegangan Elina. Matanya diarah ke luar tingkap. "Kau tahu tak abang kau tergamaknya curangi aku? Kau tahu tak demi cinta aku pada abang kau, aku dibuang keluarga! Sesen pun aku tak dapat harta dari keluarga aku! Aku terlalu cintakan abang kau sehingga sekarang, cinta itu sangat menyiksa hati aku ni.

Aku memang tak pandang orang miskin, masa Syahrul curahkan perasaan pada aku pun aku tolak dia mentah-mentah. Tetapi entah ubat apa yang abang kau guna sehingga aku boleh jatuh cinta pada dia. Aku terlalu cintakan Ekhmal, Elina. Sangat-sangat!

Tapi disebabkan perempuan yang berlagak alim suci yang serupa macam kau, yang abang kau gila-gilakan sangat tu dah memusnahkan rumahtangga kami. Dia dah tak cintakan aku. Apa lagi yang boleh aku lakukan? Hati aku terseksa. Depan mata aku Elina, depan mata aku sendiri aku lihat dia lafazkan cinta pada perempuan tu.

Apa kau rasa masa lihat aku cuba cumbui suami kau? Sakit kan?" Hafiza tergelak besar sambil menyapu air matanya.

"Begitulah apa yang aku rasakan. Dia salahkan aku kerana aku tak menjaga keperluannya kerana sibuk bekerja. Ya, aku dah mula bekerja semula selepas berbaik dengan keluarga aku. Itupun kerana ayah aku sudah tiada pewaris harta setelah abang aku meninggal semasa kemalangan."

Elina turut mengalirkan air matanya. Dia faham perasaan Hafiza sebagai sesama wanita. "Kenapa akak nakkan suami saya pula? Kerana nak membalas dendam pada saya?" Duga Elina.

Hafiza mengangguk. "Ada dua sebab. Pertama aku tahu Syahrul kaya. Aku nak move on dan kembali kepada Hafiza yang lama. Yang gilakan lelaki kaya. Kalau Syahrul tak nak, aku tak ada masalah. Banyak lelaki lain bersepah. Tetapi bila dapat tahu dia suami kau, misi aku adalah buat kau terseksa sebagaimana aku rasa.

Aku tak mampu balas dendam pada abang kau, jadi aku balas pada kau. Bagi dia, derita kau adalah derita dia. Dia kan sayang adik dia sangat-sangat." Balas Hafiza sambil tersenyum. Dia memaling ke belakang untuk menatap wajah Elina yang pastinya hancur mendengar luahannya.

Hafiza terkaku. Elina pelik. Kenapa Hafiza tiba-tiba sahaja menjadi pucat. Dia juga turut memaling ke belakang. Elina turut kaku.

Ekhmal menghampiri mereka berdua. Elina berganjak menjauhi Hafiza dan menapak mendekati abangnya.

"Macam mana you boleh masuk rumah i?" Marah Hafiza.

"You masih cinta kan i? Tak sangka kata laluan rumah you tarikh perkahwinan kita." Ujar Ekhmal bersahaja. Berubah merah wajah Hafiza.

"Boleh pergi jahanamlah cinta tu. You keluar dari rumah i sekarang! Bawalah adik you tu. I dah puas dapat lihat dia terseksa walaupun sekejap. Tapi i puas. Puas sangat!" Tempelak Hafiza. Dengan sinis dia melangkah pergi tetapi tangannya ditarik.

"I nak benda ni selesai sekarang juga! Biar Elina jadi saksi perkara ni selesai. Hafiza, i masih cintakan you." Ekhmal memegang kedua bahu Hafiza.

Elina ternganga. Eh, drama apa yang dia orang nak lakonkan ni? Perlukah aku terus berdiri dekat sini? Lebih baik aku pergi lari selamatkan diri. Ujar Elina dalam hati.

Jangan!Where stories live. Discover now