BAB 29

10.5K 589 21
                                    

Perjalanan yang memakan masa selama sejam lebih telah digunakan dengan dengkuran halus dari pelajar semester akhir.

Akhirnya, pasukan Syahmi membawa kemenangan. Aktiviti diTadom Hills sangat menyeronokkan. Kesemua pelajar sangat berpuas hati. Pensyarah juga tidak ketinggalan untuk merasai outdoor program.

Syaura memandang keluar jendela tingkap bas. Otaknya masih memikir tentang kejadian tadi.

" Abang mintak maaf.." Muka Zayne memandang sayu. Syaura hanya membatukan diri. Hatinya masih lagi sakit. Tak pernah seumur hidup dia, dia ditengking dikhayalak orang ramai.

Zayne cuba meraih tangan Syaura. Tapi Syaura menepis.

" Jangan kacau saya. " tak tegas tapi seakan-akan menjauh.

Dia sayangkan Zayne. Tapi kenapa Mia juga yang selalu jadi pilihan pertama? Kenapa bukan dia?

Zayne mengahwini dia atas sebab apa kalau dia selalu menjadi pilihan yang terakhir? Atau Zayne berpura-pura dalam mencintainya.

Kalau sekali dia masih mampu menerima, tapi ni dah masuk kali kedua Mia menjadi pilihan pertama.

Walaupun hatinya sekeras batu, tapi apabila dikikir akan rapuh juga. Dia sebagai isteri mempunyai hati selembut tisu. Mudah terkoyak.

Zayne selalu menyalahkan dirinya apabila terjadinya permasalahan. Seolah-olah dia adalah pembawa masalah.

" Awak ni bermasalah! "

Hatinya sakit apabila teringat ayat itu. Apabila teringat muka Mia yang memandangnya sinis membuatkan hatinya meluat.


" Puan Sri tak nak bagitahu Syaura ke? " Mak Kiah yang mengambil tempat disebelah Puan Sri Yasmin sambil menghulurkan secawan kopi

" Belum lagi kiah, lagipun saya pergi sana lepas dia habis paper nanti. " ujar Puan Sri Yasmin.

" Baiklah Puan Sri. Hari ini tak ada kelas ke Puan Sri? "

" Tak ada Kiah, esok baru ada. " Mak Kiah hanya mengangguk. Puan Sri Yasmin telah mengikuti kelas haji dan umrah.

Puan Sri Yasmin ingin menunaikan rukun islam yang kelima itu. Dia bercadang ingin menunaikan haji dan umrah setelah Syaura menamatkan peperiksaan akhir yang akan berlangsung lagi sebulan.

" Nanti kalau umur saya tak panjang, tolong tengok anak saya, cucu-cucu saya ye Kiah. " Mak Kiah terkejut. Tiba-tiba sahaja Puan Sri Yasmin berkata sebegitu.

" Apalah Puan Sri merepek ni? InshaAllah Puan Sri yang tengokkan diorang. " Mak Kiah cuba yakinkan Puan Sri Yasmin. Walaupun hakikat, hatinya rasa tidak sedap.

Puan Sri Yasmin hanya tersenyum lalu mengangguk. Matanya terbayang wajah Syaura semasa kecil hingga kedewasa. Semoga Zayne menjaga hati Syaura dan selalu melindungi cucunya yang satu itu.

" Boleh tak Mak andak? " Tasha cuba memujuk Mak Andak. Orang tua dihadapannya ini hanya mengeluarkan not 100.

" Ambik ni, beli buku. Kena belajar rajin-rajin. " Mak Andak menghulurkan not 100.

Tasha seraya mengangguk. Dia tersenyum lebar saat wang bertukar tangan. Dia seraya mendekatkan not 100 kehidungnya.

" Kamu ni Tasha, jaga diri tu..kamu tu perempuan, jangan jadi macam si Ura tu. Kahwin pun kena tangkap basah. Keluar sampai tengah pagi. Entah-entah setiap kali balik tu mabuk. Dah berapa lama pula dia macam tu, agaknya perut tu dah kembung dengan air haram tu! " Tasha memeluk tubuh. Tiba-tiba sahaja Mak andak membangkitkan isu tentang Syaura.

" Kadang-kadang, aku kesian dengan si Zayne tu dapat bini yang macam tu. Sepatutnya Zayne tu pilih engkau Tasha. Tapi perempuan tu juga yang dia nakkan. "

" Eleh Mak andak! Bukan abang Zayne yang pilih, tu pun sebab dia kena kahwin paksa dengan perempuan murahan tu. " sampuk Tasha.

" Ha betul cakap kamu tu Tasha. Mak andak setuju. "

" Mak andak! Diorang sekarang tinggal mana eh? "

" Entahlah Tasha. Lepas je diorang keluar sebab betina tu ajak Zayne duduk rumah lain, sampai sekarang batang hidung pun tak nampak. Dasar cucu tak kenang budi! "

Syaura keluar dari rumah itu bukan atas sebab Syaura yang nak keluar. Mak andak dan Tasha hanya membuat spekulasi sendiri. Adatlah manusia zaman sekarang hanya membuat kesimpulan berdasarkan apa yang mereka nampak.

" Huh! " Tasha menjulingkan mata keatas. Menyampah dia dengan Syaura. Fikir Syaura tu kuat je, kalau tak dah lama Syaura makan penampar dari dia.

' Bolehlah malan ni aku enjoy! Bukan senang nak dapat peluang macam ni! ' gumam Tasha.

Mak andak bukannya tahu aktiviti liarnya. Tiap-tiap malam dia menyelinap keluar untuk melepaskan nafsunya. Setiap malam club menjadi rumahnya. Air arak sudah sebati dengan dirinya. Memberi layanan kepada VVIP juga adalah kerja dia. Janji dia dapat hasil yang lumayan.

Zayne memandang rumahnya yang sunyi. Selepas sahaja menghantar Mia balik, dia segera pulang kerumah.

" Ura.. " kakinya mendaki tangga. Pintu bilik dibuka. Kosong.

Dia turun semula pergi dapur. Matanya melilau mencari Syaura. Tapi tak ada. Disetiap pelosok rumah dia mencari Syaura. Sudah berpuluh kali juga dia menyeru nama Syaura. Dia keluar rumah, baru perasan, kereta Syaura tiada.

Sebuah kereta Myvi menjalar masuk kedalam garaj rumahnya. Zayne mengamati penumpang sebelah dan driver. Syaura dan Mira.

" Terima kasih Mira, kereta aku nanti aku suruh Man yang repairkan. " Syaura melambai-lambai Mira.

Dia menapak masuk kedalam rumah. Zayne yang setia menunggunya diabaikan. Bukan dia nak balas dendam, tapi dia kepenatan.

" Kenapa abang sampai dulu baru Ura yang sampai? " Syaura melabuhkan punggungnya disofa. Dia cuba mengambil nafas. Penat!

" Kereta rosak. " jawab Syaura sepatah.

" Kenapa tak bagitahu abang? " Zayne pula mengambil tempat dihadapan Syaura. Muka isterinya ditatap. Rindu.

" Dah call tadi, tapi Mia kata..Zayne keluar isi minyak, dia nak hantar I balik, pandai-pandai youlah uruskan diri sendiri. Mintaklah tolong lecturer lain. " tenang sahaja Syaura cerita.

Zayne terdiam! Memang dia ada singgah stesen minyak untuk beli air, tak sangka pula Mia angkat call dari Syaura. Mia tidak memaklumkan pada dia.

Dia memandang Syaura yang mula menutup mata. Syaura nampak tenang. Seperti tiada apa-apa.

" Abang tak tahu kereta Ura rosak. Mia mintak tolong abang. Mia tak bagitahu pun yang Ura call. " Serentak itu Syaura bangun.

" Tak apa, Ura dah settlekan." Syaura mendaki tangga. Airmatanya ditahan. Zayne tak bagitahu pun nak tolong Mia. WhatsApp pun tak!

Terkejut juga masa dia call Zayne, Mia yang angkat. Nasib baik Mia tak tanya ssoalan why dan why. Huh! Dia nak berehat. Matanya dah berat. Sekilas matanya memandang jam didinding. Pukul 2 petang.

Dia menghempas tubuhnya diatas katil. Matanya semakin memberat. Segera dihalau kejadian semalam dan hari ini. Dia tak nak berfikir. Setiap kali muncul dibenak fikirannya, setiap kali itulah hatinya sakit.

Dia dapat rasa tangan melingkar dipinggangnya. Dapat rasa bibir Zayne lembut menyentuh tengkuknya.

" Abang minta maaf.. " Zayne berbisik. Syaura tidak terdaya menolak Zayne. Matanya makin memberat. Dan akhirnya mereka berdua terlena.

~ hai guys, first thing.. Qay nak say sorry kalau karya Qay ni membosankan kalian. Minta maaf tau!
If penggunaaan english Qay salah just komen je, Qay pun dalam belajar nak berspeaking ni. Hehehehe

Happy weekend day!!!

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]On viuen les histories. Descobreix ara