BAB 18

11K 588 13
                                    

Hari ini adalah hari paling bermakna bagi Zayne. Dia nampak kacak dengan baju melayu putih. Dipadankan dengan samping dan songkok.

Walaupun dia dan Syaura mempunyai kisah hitam, tapi itu tidak menghalangnya untuk meneruskan niatnya.

Permintaan Syaura sangat dia hormati. Pernikahan mereka tidak dihebohkan. Syaura tak nak satu kolej tahu yang mereka akan disatukan. Dia tidak kisah asalkan Syaura bahagia.

Syaura sudah bersiap. Hanya menunggu ketibaan pihak lelaki. Dadanya berdebar. Tiada senyum diwajahnya. Nampak mukanya gelisah.

Hari dia dan Zayne akan disatukan sudah pun tiba. Bunga sulaman dari keluarga Mira digenggam kuat. Menghilangkan rasa resah.

Syamira memegang tangan Syaura. Menyalurkan semangat. Tahu kawannya resah.

" Kau jangan takut..aku kan ada.." Mira tersenyum manis.

Hatinya rasa sedih. Melihat Syaura yang sudah bersiap dengan busana putih. Rekaan dari Puan Sri Yasmin. Sangat padan dengan Syaura.

" Aku okay je.." Syaura menggosok tangan Mira.

" Syaura..aku doakan kau bahagia, jadi isteri yang baik, dengar kata suami. Jangan melawan, jangan degil, jangan.."

" Yelah makcik ! Aku ingat..berapa kali kau nak pesan? " Syaura mula mencebik.

Mira tersengih! Dia tahu masuk kali ini sudah lima kali dia pesan dengan Syaura. Semalam pun sama, sampailah Syaura nak lelapkan mata pun dia pesan benda yang sama.

" Syaura..pihak lelaki dah sampai." Liyana ditugaskan untuk memanggil Syaura turun. Lagilah dada Syaura berdebar macam nak pecah.

Syamira pula tidak menyempat. Laju sahaja langkahnya.

" Weh Mira ! Asal kau tinggalkan aku? Kau pula yang tak menyempat." Syaura menjeling tajam. Syamira patah balik.

" Aku terlupalah..tak sabar-sabar mata aku nak tengok sir hot tu.." usik Mira.

Mereka melangkah perlahan. Saat Syaura berada dianak tangga. Semua mata memandangnya.

Hatinya gugup. Tangannya sejuk. Liyana dapat rasakan tangan Syaura sejuk.

Saat mata Syaura memandang, matanya terpaku pada Zayne yang turut memandangnya.

Zayne nampak kacak dengan baju melayu berwarna putih. Mata hazel Zayne juga menikam wajah Syaura yang cantik.

Sungguh dia terpaku melihat kejelitaan Syaura sebentar tadi. Dia terpana saat Syaura tersenyum memandangnya.

Kini akad nikah akan dimulakan. Mira yang teruja melihat majlis akad nikah Syaura.

" Ura.." bisik Mira.

" Apa?"

" Bakal suami kau handsome weh.." mereka berbisik. Hilang sedikit resah Syaura.

" Aku tahu.."

" Eleh kau! Share husbandlah weh.."

" Kepala hotak kaulah Mira. Jangan buat lawak, nanti aku sekeh kepala kau. " ugut Syaura.

" Ala..aku pun nak husband handsome macam sir hot tu.." rengek Mira dalam nada berbisik.

Bahu Mira ditepuk Liyana. Mereka berdua menahan senyum.

Saat tangan Zayne sudah dijabat oleh tok kadi, dada Syaura kembali gemuruh. Semua mata tertumpu pada Zayne.

" Megat Zayne Darris bin Dato Megat Zainuddin. "

" Saya. " suara Zayne menyahut. Syaura berdebar. Flash kamera menandakan jurukamera menangkap gambar yang paling penting untuk dijadikan kenangan.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Место, где живут истории. Откройте их для себя