BAB 23

12.4K 663 12
                                    

Syaura memandang Zayne. Zayne nampak diam sikit hari ini. Semalam dia meminta maaf dengan Zayne sebab pulang lewat. Disebabkan kereta Mira tayar pancit, dia terpaksa berpusing arah untuk menghantar Mira pulang kerumah sewa mereka. Rumah Zayne agak jauh dari kawasan situ.

" Abang okay? " suara Syaura memecah sunyi.

Zayne yang sibuk menyelak kertas, memandang Syaura.

" Okay je. Kenapa? " Zayne menyambung kerjanya. Syaura mengerut kening. Okay! Hati dia rasa tak sedap.

" Abang diam je dari tadi..selalunya abang bercakap. "

" Lah..abang diam je ke hari ni? Ura rindu abang ke? " Zayne tersenyum memandang Syaura yang mula mencebik.

" Rindu? Tolonglah! Siapalah yang nak rindukan abang? " mentah-mentah Syaura menindakkan kenyataan. Ego ini budak!

" Tak adalah, abang sibuk sikit ni. " terang Zayne.

" Oh! Tak apalah, abang buatlah kerja abang, Ura nak packing baju. " baru sahaja Syaura ingin melangkah, Zayne mencapai pergelangan Syaura.

" Temankanlah abang. " mata Zayne ditatap. Dah mula perangai manja suaminya ini. Hohoho!

Zayne menarik Syaura untuk duduk diatas pehanya. Mula-mula Syaura agak kekok tapi melihatkan riak wajah Zayne yang penat, dia berlagak biasa.

Tangan sebelah Zayne yang masih mengetik keypad dilaptop, tangan sebelah lagi memeluk pinggang Syaura.

Dia mula mencium lengan Syaura. Dihidu-hidu. Mata masih fokus pada skrin laptop. Kejap-kejap dihidu lengan Syaura.

" Wangilah sayang abang ni..suka bau dia." hidung Zayne masih lagi ditempat yang sama.

Syaura menahan malu, mukanya sudah merah seperti udang terbakar. Dadanya berdebar ditambahkan lagi bau Zayne yang memenuhi rongga hidungnya menambahkan lagi debaran.

" Kalau abang diam je, Ura kena buat macam ni, baru abang sedar yang abang dah beristeri. "

" Lah, macam tu pulak? "

" Yelah, abang kalau dah buat keje, memang abang dengan kerja je. So sayang kena buat macam ni, baru abang tahu, yang Syaura nak abang layan Syaura. "

" Eh mana ada! Ura bukan jenis yang nak kacau orang lain buat kerja. Lagipun Ura fahamlah abang banyak kerja. Abang bukannya kerja yang pergi meniaga then balik rumah rehat. "

" Mana ada orang meniaga balik rumah then rehat sayang. Dia balik je rumah, kena kemas barang-barang yang dia gunakan untuk berniaga. "

" Ye, Ura tahu. Maksud Ura kat sini, diorang tak busy macam abang. Diorang tak ada kertas nak belek-belek. "

" Ye ke? Habis peniaga yang ada kedai tu? Stok nak kena kira semua tu? Kena belek kertas jugakan? " Zayne sengaja menyakat Syaura.

" Tapi tak sebusy abang.. "  Syaura tak nak kalah mulut. Zayne ketawa.

" Yelah-yelah. Perempuan memang tak nak kalahkan? " Fakta! Nasib baik Zayne sayang. Syaura senyum kemenangan.

Melihatkan Syaura yang mula mendiamkan diri. Idea nakal Zayne mula muncul.

Perlahan-lahan tangannya bergerak naik kebelakang Syaura. Rambut Syaura ditarik.

" Auw! " Syaura menjerit kecil. Dia memandang Zayne yang buat muka selamba.

" Abang buatkan?! "

" Mana ada, tangan abang dari tadi kat sini. " sangkal Zayne. Sedaya upaya dia menahan senyum.

Syaura mengecilkan matanya. Ni berlakon ni. Tak nak mengaku ye, siap kau!

Syaura mula menarik rambut Zayne segera memeluk tubuh. Mukanya juga selamba.

" Auch! Sakitlah sayang.." adu Zayne.

" Eh! Bukan Uralah yang buat, tangan Ura dari tadi kat sini. " dia pulangkan semula ayat Zayne.

Melihatkan mata Zayne yang mengecil dan senyum sinis dari Zayne, Syaura mula mengangkat punggung dan..

" Lari!!! Ada monster gatal kejar !!" Syaura melangkah laju naik ketingkat atas. Zayne tidak kurang hebat juga, dia mengejar Syaura yang mula jauh dari dia.

Tenaga lelaki lebih kuat berbanding tenaga perempuan. Itu tidak menyebabkan Zayne tak dapat tangkap Syaura.

Syaura sengaja membalingnya dengan bantal. Suara Syaura dah terjerit-jerit sebab tangan Zayne mula mencapai badannya.

" Dapat!! " Zayne menghempap badan Syaura. Muka Syaura yang mula kemerah-merahan itu ditatap.

Puas juga dia nak nengejar Syaura, Syaura agresif ! Habis semua bantal didalam bilik tidur mereka bersepah.

" Ish! Abang main tipu! " bentak Syaura.

" Mana ada. " mendengarkan suara Zayne, bulu roma Syaura meremang. Zayne masih menatap wajahnya. Pandangan Zayne redup.

" Abang cintakan Syaura. " bisik Zayne. Nafas Zayne dapat dirasa kerana Zayne merapatkan mulutnya ditelinga Syaura.

Zayne masih menunggu jawapan dari Syaura. Disebabkan Syauralah dia rasa bahagia. Walaupun Syaura degil, tapi Syaura selalu melayan manjanya.

" Ura..err..ura.." suara Syaura tersekat-sekat.

" Ura apa sayang? " Zayne mencium pipi Syaura.

" Ura pun. " jujur Syaura. Hatinya berbunga apabila dengan Zayne. Makin hari dia mula rasa selesa dengan Zayne. Walaupun baginya ini terlalu cepat tapi tak salah kalau dia berterus terang. Zayne suaminya.

Perlahan-lahan Zayne mengangkat tubuh Syaura. Dia membaringkan Syaura dikatil. Dada Syaura berdebar. Ini kali pertama mereka sebegini. Selama ini dia hanya mampu memberi alasan dan menolak kemahuan Zayne. Tapi kali ni..rasa macam dah tak boleh tolak.

" Can I got something special from you " bisik Zayne. Syaura hanya tersenyum.

" Segala hati dan jiwa Ura hanya untuk abang. " Zayne menyimpul senyum.

" Abang suami Ura, selama-lamanya. " bisik Syaura. Hati Zayne bergetar hebat. Syaura mengungkapkan kata cinta.

" Bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm. Abang cintakan Ura sepenuh hati abang. Abang janji, abang tak akan sia-siakan Syaura. Syaura hanya milik abang sepenuhnya. " Syaura menayangkan senyum gembira saat Zayne membisikkan kata-kata cinta.

Sentuhan dari Zayne melemahkan Syaura. Kucupan dari Zayne membuatkan Syaura rasa terbuai. Perasaan mereka tidak boleh digambarkan melalui ungkapan.

Jiwa mereka berdua meronta-ronta. Jelas senyuman dari Syaura yang menandakan dia selesa dan bersedia untuk menjalankan taggungjawab sebagai seorang isteri.

Hati dan segala jiwanya hanya untuk Zayne. Allah telah tetapkan hatinya untuk Zayne. Mata Zayne mengambarkan perasaan sebenar apa yang dia rasa terhadap Syaura.

Pada malam ini, mereka berdua saling memberi dan menerima kasih sayang yang sebenar. Segala rasa sayang dan cinta dicurahkan antara satu sama lain.

Bibit-bibit cinta antara mereka sudah menjadi satu titip untuk kebahagiaan mereka.

Mereka berdoa agar rumahtangga mereka sentiasa dilindungi Allah.

~ hehe ada yang tersenyum ke tu?? Sorry mana yg typo dan sorry if auat english Qay tak beberapa sangat sbb Qay tak pandai speaking omputih.

~ sorry kesayangan Qay, Qay tak pandai nak sweet² ni, Qay mampu yang macam ni.

~ teruskan vote dan comment okay, Qay sukalah baca comment² korang. Comment dan vote tauu!!

Iloveyou guys!!

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now