BAB 14

10.1K 581 25
                                    

Syaura memandang luka ditepi pipinya. Panjang juga kuku perempuan palsu tu.

Dia mengambil handplast. Bercorak kartun? What?!

Nak tak nak dia tampallah juga. Pedih juga. Lepas sahaja dia cuci lukanya, dia menampal.

Balik sahaja dari Kolej, terus dia memandu balik kerumah sewanya. Tak jadi dia dengan Mira nak lepak dekat LaVendar.

Syaura mengetap bibir apabila teringat kisah tadi. Nampaknya Zayne memang selalu salahkan dia. Nampak sangat perempuan tu bermakna!

Bukan sebab cemburu, tapi sebab dia sakit hati. Bukan salah dia ! Mesti esok cerita dia paling popular!

" Penat aku. " keluh Syaura. Pedih pipinya dibiarkan. Kesan luka ditangannya juga dibiarkan. Tak berdaya dia nak membelek.

Bila dia sahaja nampak jahat. Salah orang lain, dia juga yang salah.

' Kalau aku dapat pijak muka pompuan tu, memang aku pijak! ' desis hatinya.

Ting!

Iphonenya berbunyi. Menandakan WhatsApp masuk.

Ting! Ting!

" Ish!! Siapa yang chat ni!! " kasar dia membelek iphonenya.

- awak okay?
- saya risau dekat awak..-
- sorry.. - Sir Zayne

Dia menjulingkan mata keatas. Iphone diletak. Malas dia nak layan. Gi lantak kaulah! Tadi menghalau sangat! Lepas tu nak risau-risau.

Dia cuba melelapkan matanya. Iphonenya berbunyi. Menandakan masuk panggilan.

Dikerling. Sir Zayne call. Dia silent iphone dan dibiarkan. Matanya dikatup semula dan berlayar kealam mimpi.

Zayne tidak tentu arah. Syaura merajuk! Call tak diangkat, chat tak direply. Aduh! Kerja diatas mejanya dibiarkan sahaja.

Jam menunjukkan pukul 5.00 petang. Dia mengemas mejanya. Waktu bekerja sudah habis.

" Zayne! " mendengar sahaja suara Mia, membuatkan langkahnya lebih laju.

" Zayne!! I'm talking to you! "

" Apa lagi Mia?! " Zayne memandang tajam Mia.

" Penat I tunggu you tadi, I ada benda nak bincang dengan you! " Mia merengek manja.

" Bincang apa lagi Mia? You dah datang tempat kerja I, buat kecoh dekat sini, cari fasal dengan student I..apa lagi yang you nak ?" malas dia nak melayan perempuan yang berada dihadapannya.

Mia mencebik.

" I cari you because i miss you so much Zayne. I nak kita like before.."

" Before what?! " Mia terdiam. Sudah lama dia cuba menjejaki Zayne. Akhirnya dia dapat tahu tentang Zayne.

" Megat Zayne Darris, I nak kita getback! " terus-terang Mia. Dia merapati Zayne.

" Malas I nak layan you Mia ! " Dia meninggalkan Mia yang terkulat-kulat memandangnya.

" Sokay Zayne! I tetap akan dapatkan you!" mulutnya menguntum senyuman sinis.

Kehadirannya tak akan terhenti disitu sahaja. Dia akan sedaya upaya dapatkan Zayne walaupun menggunakan cara yang kotor.

Naik sakit tangan Syamira mengetuk pintu bilik Syaura.

" Woi Syaura!! Kau nak bertapa berapa lama dalam bilik tu?! Kau keluar makan sekarang.." sakit nak tekak Mira.

Dari siang tadi, batang hidung Syaura tak nampak. Date dengan Syaura cancel sebba kejadian perempuan I you tu!

Baru sahaja dia nak mencurah gubahan skrip dekat kawasan yang tenang diLaVender. Musnah, hancus harapannya.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang