BAB 69

9.5K 518 51
                                    

Zayne menolak Syaura perlahan menghampiri taman bunga milik arwah Puan Sri Yasmin. Hari ini, mereka singgah kerumah arwah Puan Sri Yasmin yang menjadi pusat tahfiz. Kini pusat tahfiz itu terdiri daripada beberapa orang guru dan kesemua budak tahfiz itu dalam lingkungan umur 7 tahun sehingga 20 tahun.

Mereka berdua memandang pada kawasan taman bunga tu. Tiba-tiba sahaja Syaura ketawa.

" Abang ingat tak dekat sini yang first abang tegur Ura sebab Ura sedih tu.."

" Mestilah abang ingat sayang..kena palau masa tu.." Zayne ketawa.

" Then ada satu lagi aktiviti kita dekat sini.." kata Zayne perlahan.

" Senja.." Syaura tersenyum.

" Jom kita tengok senja hari ni.." ajak Syaura.

Hanya sejam sahaja lagi untuk senja. Mereka berdua bercerita tentang masa lampau yang indah. Dimana pertemuan mereka terjadi disinilah tempatnya. Dimana mereka disatukan. Semuanya disingkap semula. Ada butir ketika itu Zayne ketawa dan ada pula Syaura yang ketawakan Zayne.

Senja yang mula menyapa pandangan Syaura dan Zayne membuatkan mereka diam merenung senja. Zayne memeluk pinggang Syaura erat. Kepala Syaura dilentokkan dibahu Zayne.

" Abang..senja tu menyenangkan pandangan kitakan? Ada kala dia merah merekah, ada kala dia hitam gelap berduka..tapi langit tetap menyambut kedatangan senja.." bisik Syaura perlahan.

" Senja pula setiap hari dia berusaha untuk muncul bertemu dengan langit, sebab antara senja dan langit, tak akan pernah terpisah..macam kita berdua. " Zayne membisik lembut ditelinga Syaura.

Kasih terhadap Syaura padanya sangat mendamaikan. Sehinggakan dia terleka saat cinta menyapanya. Hadirnya Syaura dalam hidupnya banyak yang dia pelajari.

Keajaiban terhadap kehilangan sangat menyentak tangkai hatinya ketika itu. Hampir separuh mati dia merasakan erti cinta sejati. Pandangan matanya bertaut dengan mata Syaura.

" Kalau Ura tak ada nanti..abang tengok senja..dapat abang lepaskan rindu pada Ura.." Kata Syaura tanpa memalingkan wajah kearah lain.

" Kalau abang tak ada pula nanti.." Tangan Zayne memegang dada Syaura.

" Ingat, yang abang ada selalu dalam hati ni.." Zayne tersenyum.

" Ura dapat rasakan yang Ura akan pergi dulu.." Zayne mencubit perlahan pipi Syaura.

" Dah..jangan nak merepek, jom kita maghrib dengan diorang kat sini. " Zayne menolak wheelchair Syaura masuk kedalam rumah.

' Ada peluang lagi ke untuk abang uruskan Ura? '





Zafrul hanya menyediakan segala kelengkapan yang diminta oleh Zayne. Dia berharap semuanya berjalan dengan lancar. Pemandangan laut dimatanya sangat mendamaikan. Hari ini adalah dimana hari ulang tahun Syaura yang ke 26.

Zayne ingin menyambut secara privasi dengan Syaura. Dimana pagi tadi, kawan-kawan Syaura menyambut hari jadinya dicafe ZD. Dan malam pula, Zayne akan menyambut dengan Syaura dihadapan laut.

Jika ini adalah permintaan Zayne, dia akan tunaikan. Jika sanggup berkorban demi Zayne, dia akan korbankan nyawa demi adiknya.

" Boss..saya dah ready.." Man yang mengenakan blazer putih sebagai pelayan memandangnya dengan tersenyum.

" Saya pun.." Shah memegang beberapa keping kotak yang sudah pun siap ditulis. Tinggal kedatangan Zayne dan Syaura sahaja lagi.

" Okay..kejap lagi Zayne dengan Syaura datang. " Mereka semua mengambil tempat ditempat yang ditetapkan.

SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]Where stories live. Discover now